. . .

Monday 28 February 2011

Indahnya Zaman Kanak-kanak


Tiba-tiba pulak teringat zaman kecik - kecik dulu...Kadang-kadang senyum sorang-sorang...
Lain benar suasana nya dengan zaman sekarang.Kalau dulu bila cuti sekolah,celik mata je aku dan adik ikut bapak pergi ke kebun..Tujuan utama kami bukan nak tolong bapak kutip koko tapi kami nak main parit kecik dalam kebun bapak.Air parit kat kebun jernih dan sangat bersih....

Kebiasaanya selepas hujan air parit akan penuh...air berkocak-kocak dihiasi anak-anak ikan haruan atau anak ikan lumba (yang cantik seperti ikan emas),dan kadang-kadang sepasukan berudu comel berenang-renang.Hi....tapi yang itu aku memang geli..tak berani nak sentuh pun.Tapi kalau anak ikan memang sampai pengsan kami kejar dengan tangguk yang kami bawa dari rumah.Adakalanya jika ada rezeki kami dapat mak atau bapak haruan..takpun kami dapat tangkap abang dan kakak haruan...aku agak je sebab saiznya kecik sikit dari mak bapak haruan..kan..

Kadang-kadang ibuku bising sebab kami balik dengan badan berselut lumpur...kesian ibu..penat beliau membasuh baju kami..Cuci dengan tangan pulak tu..Dolu-dolu mesin basuh kan mahal...Takpe bu sekarang kami da besar kami belikan mesin basuh untuk ibu ye...

Selalunya balik dari meniaga bapak akan menyuruh salah seorang dari kami menghantar kiriman embah..Aku dan adik selalu berebut menjadi sukarelawan...Punye la baik...rupa-rupanya ada udang di sebalik batu...
Sebenarnya kami ada agenda lain...kami nak tengok tb pulak..tapi masa tu rumah kami belum ada tb.Kami selalu tengok tb kat rumah embah je la..tak jauh pun,belakang sikit dari rumah kami..Tapi waktu tengahari mak bapak aku suruh kami tidur..

Dah namanya budak mesti cengkelat je kan..budak-budak mana suka tidur waktu siang..Kalau kena paksa barulah nak tidur..Tak pun kene ugut dengan rotan...ha..ha..Da besar lain pulak jadinya.Tak payah disuruh pun wajib tidur tepat pada masanya,dengan alasan tidur yang cukup itu perlu..untuk kesihatan la kununnya..hi..hi..

Tapi kami ni bijak juga..sebelum bapak suruh,kami da meeting terlebih dulu...Biasanya aku menawarkan diri untuk menghantar barang lepas tu tak balik-balik,dan adik pula menyusul kemudian.Bila bapak da tidur dia pulak lesap...Bila dua-dua da hilang bapak hanya mampu menggeleng kan kepala.."tula bapak sape suruh tak beli tb..".Itu jela jawapan kami bila bapak dah marah..Teruk betul bila dikenang balik...

Petang kami main lagi.Kami main dengan sepupu...selalunya kami main baling kasut,main musang kejar ayam,main sorok-sorok(paling best aku balik nyorok kat rumah..ha..ha..berpinau sepupu aku mencari)kadang -kadang kami main  ting-ting, lompat getah,lompat galah.
Da nak senja baru la kami terkial-kial nak balik...itupun bila dah kena jerit dengan bapak.
"Ba....lik..........!!!!! " gempa bumi sekejap....

Hai..bila terkenang semua ni rasa rindu sangat zaman kanak-kanak..

Saturday 26 February 2011

Petua : Mencuci Mata Cara Tradisional

Petua ini telah diamalkan oleh keluarga ku secara turun temurun.Kami menggunakan sireh untuk mencuci mata. Caranya sangat mudah tetapi agak pedih pada permulaanya,dan tidak akan memberi kesan sampingan pada mata.
Cara-caranya :
-Lenyek atau tumbuk lumat daun sireh.
-Campurkan dengan secawan air suam dan bubuh satu sudu teh garam.
-Gaulkan dan perah air yang bercampur sireh tadi dan tapis,
-Kemudian masukkan air perahan sirih kedalam pinggan yang saiznya sebesar muka..
-Tambahkan lagi air suam sehingga penuh.

-Bersihkan muka anda terlebih dahulu.
-Letakkan muka ke pinggan dan mencecah kedalam air dan biarkan mata terbuka .
-Mata akan rasa pedih buat pertama kali.
-Jika air da sejuk tambahkan lagi air suam yang baru.Buat begini selama setengah jam.

p/s Jangan buang terus air tadi lihat dulu apa yang ada didalam pinggan..
Jika anda melakukannya dengan cara yang betul anda akan melihat hasilnya.
Kadang-kadang ada pasir halus dan benang-benang halus di dalam air tadi.

Friday 25 February 2011

Kenali Fibroid Mulai Sekarang

Hari ini aku nak berkongsi berkaitan Fibroid..Pernah tak dengar tentang Fibroid.Aku tergerak untuk menaip entry berkaitan kesihatan ni bukannya sebab aku da pandai sangat..malu pulak..uhuk..uhuk..

Tapi timbul kesedaran nie bila ibu yang ku sayangi dijangka menghidap penyakit nie.Sebelum tu dokter kata ibuku menghidap kanser rahim.Tetapi setelah berulang kali buat medical check up dan scan dokter mengesahkan ibuku tidak menghidap kanser.Alhamdulillah...Terima kasih ya Allah..Ibuku terselamat dari penyakit yang sangat digeruni kaum wanita.


Gambar ini dikutip dari Medline Plus


Walaupun Fibroid bukanlah kanser (ia hanyalah ketumbuhan biasa dalam rahim) tetapi pepejal ini tetap memberi masaalah pada ibuku.Ibuku sering merasa lemah badan sebab kekurangan darah kerana terlalu banyak keluar haid.Ini adalah antara masaalah yang dihadapi oleh pesakit Fibroid.Masaalah lain yang sering dihadapi oleh ibuku ialah kerap sakit belakang,sakit semasa haid,sembelit,kerap kencing disebabkan oleh tekanan akibat dari ketumbuhan rahim.Jika pesakit yang masih muda pula mereka sukar mengandung dan mengalami keguguran yang kerap.

Fibroid jarang diketahui oleh wanita kerana ia hanya memberi masaalah bila Fibroid ini membesar.Sebelum ini ibuku memang selalu tak sihat.punca utamanya sebab kekurangan darah..

Pada mulanya ibuku merasa pelik sebab seperti ada benjolan di dalam rahim.Ibuku pergi kehospital macam biasa tapi hanya diberi vitamin.pernah ibuku dimasukkan ke wad sebab kekurangan darah.malam itu juga aku dan adikku balik ke kampung dan menjenguk  ibuku diwad.

Setelah beberapa kali berulang-alik kehospital akhirnya ibuku bertemu dengan seorang dokter yang sangat perihatin. Kali itu ibuku tak diberi vitamin berkilo-kilo macam biasa.Tapi dokter tu buat pemeriksaan yang sangat teliti termasuklah scan.Aku bukan ingin menyalahkan dokter tetapi gejala Fibroid selalunya dikesan dengan tak sengaja.Sesiapun yang bernama wanita sekiranya anda merasa ada benjolan didalam perut segeralah buat pemeriksaan sebelum ia membesar.Hanya ujian ultrasound yang boleh membezakan samada bengkak itu berasal dari Fibroid atau ovari.(Ibuku pernah menjalani ujian papsmear tetapi ujiannya positif sebab papsmear untuk menjejaki sel kanser)

Sejak itu barulah kami tahu yang ibuku bukanlah menhidap penyakit biase.Tapi penyakit yang sangat aku takuti walaupun ia bukanlah kanser.

*Aku pernah terbaca antara punca penyakit yang berkaitan dengan rahim ini disebabkan oleh tuala pakai buang wanita.kerana ia mengandungi bahan kimia yang sangat tinggi terutamanya tuala wanita yang berjenama dioksin.(aku pun tak tahu-menahu berkaitan makhluk ni.).


*Wanita yang mempunyai risiko menghidap penyakit ini biasanya dalam lingkungan 40-50 tahun,wanita yang tidak pernah mengandung,gemuk.

p/s Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang Fibroid sila rujuk pada pakar atau klik disini.


Selamat Hari Jumaat


Hari Ini hari Jumaat pengghulu segala hari.
Dulu masa sekolah setiap kali hari Jumaat aku seronok,
Sebab esok cuti..!!!
Tapi sekarang tak rasa macam tu lagi...
Mungkin da tue dan lebih berakal.

Bila tiba hari Jumaat hati aku gembira,
Sebab seronok bila tengok saudara-saudaraku berpusu-pusu ke masjid,
Ada yang naik kereta,moto,basikal,
dan ada yang berjalan kaki....
Hari biasa maksudku selain hari Jumaat,
Jarang orang ke Masjid,
Mereka kata tak sempat...sebab kerja..agak sebok..

Semoga kalian yang bergelar lelaki
Benar-benar menjalankan tanggung jawabmu sebagai khalifah & hamba Allah.. 
di muka bumi ini...
Jika bukan sebagai pemimpin negara yang agung
 Biarlah menjadi pemimpin keluargamu
 Itu lebih baik.
Daripada menjadi pemimpin berkelas tinggi 
namun tak mampu untuk mengubah 
 peribadi sendiri apatah lagi yang dipimpin...

SELAMAT HARI JUMAAT..
kepada saudara-saudaraku..


Wednesday 23 February 2011

Char Kew Teaw Berapi...!!!

Mesti pelik aku punya resepi Char Kew Teaw ni..Tak pedas tapi kenapa berapi.
Meh aku bagitahu sekarang..
Senang je resepi ni..

Bahan-bahannya :
1/2 paket Kew Teaw
5 ekor udang
30 ketul kerang (untuk memahirkan maths dengan mengira)
1/2 Inci belacan
3 biji bawang putih (di ketuk @ ditumbuk)
7 ketul cili padi (di ketuk)
daun kucai (di hiris halus )
sedikit tauge
1/2 sudu sos tiram
1/2 sudu gula
sedikit serbuk perasagaram secukup rasa
  

Sikit je bahan-bahannya ye tuan-tuan,puan-puan....(",)

Cara 1 :
-bersihkan udang,
-bilas kew teaw dengan air bersih.
-rebus kerang & kopek.

Cara 2 :
-tumbuk bawang bersama belacan dah tumbuk buh sedikit air kacau-kacau.
-panaskan kuali buh minyak lebih kurang 3 sudu.biarkan kuali berasap skit...
 (jangan sampai meletup ye tuan-tuan,puan-puan....)
-minyak da betul-betul panas campakkan bawang putih & belacan yang ditumbuk bercampur air.
 (jarak dalam 3 kaki pun boleh...lagi jauh lagi bagus..ha..ha..)
-jangan terkejut bila kuali berapi sebab itulah yang akan berlaku...kacau je kuali tu cam biase,masukkan cili dan sos tiram.
-dah berbau wangi campakkan pulak udang & kerang yang telah dibersihkan tadi..kacau-kacau.
  masukkan pulak daun kucai.buh sesenduk air jangan biar ia kering.


-kemudian buh kew teaw,garam,gula,serbuk perasa secukup rasa.
-bagi yang sukakan kew teaw basah boleh buh 1/2 cawan air sebelum masukkan kew teaw..
-dah siap,sedia untuk dihidangkan




-resepi ini untuk 2 orang (kena masak sikit-sikit baru sedap,kalau keluarga besar kena masak berulang
 kali la kot...)

p/s : proses memasak hanya boleh ditonton oleh orang dewasa berumur 18 tahun ke atas..
     : umumkan terlebih dahulu pada  kanak-kanak atau orang tua semasa proses memasak ni...
       (takut mereka akan terkejut...hi..hi..)

*macam ni lah selalu aku masak.wajib berapi.patutnya aku kena duk rumah yang dekat dengan balai bomba.senang mereka nak pantau nanti..hi..hi..

Monday 21 February 2011

Petua dan Ubat Untuk sakit perut

Termasuk hari nie da 3 hari aku tak hapdate entry.
Aku telah ditinggal pergi oleh En.Idea..
Susah sangat ke nak tulis entry ni..
Jari jemariku yang kasar macam kertas pasir ni sebenarnye da sedia untuk menaip.
Tapi  hape yang aku nak taip..

Tetiba aku dapat petua.....
Yang pernah diamalkan oleh family aku...
Nenek aku,pak cik aku,
Dan orang kampung aku... 
(kena senaraikan sekali takut kecik ati pulak...)
Kali ni aku beritahu ubat sakit perut yang agak mantap & berkesan..
 Kalau ade sape - sape yang sakit perut 
Pegi start moto korang sekarang
Kalau takde motor naik beskal pun boleh....la..

Pegi farmasi @ kedai runcit beli ubat 
PILLS CHI KIT TECK AUN

 Sekian....
Siap pun entry ni..
Kwang -kwang....!!!
( Maaf petua diatas masa tu takada idea)

Ini adalah antara petua nak hilangkan sakit perut ataupun cirit birit ini.Tapi petua ini memerlukan kesanggupan anda untuk melakukannya...(^_^)

Petua 1 : Buatkan air teh o pekat tanpa gula dan minum, insyaAllah cirit birit akan hilang
 
Petua 2: Ambilkan satu sudu tepung gandum dan segelas air suam, selepas itu campurkan   satu sudu gandum tersebut ke dalam air suam dan kacau sehingga tepung gandum tersebut larut. Selepas itu pastikan tepung gandum yang tak sebati itu mendap terlebih dahulu sebelum minum (Petua ini aku belum mencuba lagi disebabkan tepung gandum di rumah aku kehabisan stok, sebarang risiko di tanggung oleh anda dan aku tidak bertanggungjawab sekiranya terdapat kesan sampingan. 
 
Petua 3: Banyakkan meminum air suam.
.

Thursday 17 February 2011

Anda seorang yang gila komputer..???

Hati-hati jika anda seorang yang gemar menggunakan komputer sepanjang hari! Anda boleh terdedah kepada bahaya Carpal Tunnel Syndrome.
 

 credit untuk   :: ...belog amiyo... ::

Kalau nak tahu lebih lanjut 
Klik di sini

Belum habis lagi tau info ni....
Sekadar ingin berkongsi maklumat yang perlu kita semua tahu....(",)

Cerita di suatu hari..Mahkamah

Di satu hari yang indah....Aku rasa macam sunyi je rumah ni..Suamiku takde kat rumah..Pergi kerja macam biasa.Mencari sesuap nasi untuk kami empat beranak.Anak - anak da tido,kepenatan bermain dengan kawan - kawan.

Terdetik di hati aku ape kata aku pun tidur sekali...Tiba-tiba.Tu la kerja aku

Aku pun ambik bantal..Dan mula nak melayan mimpi...tiba-tiba...darmm..."Haish ape pulak tu...".Terkejut aku di buatnya..Bunyi bising kat luar.Mcam ade benda jatuh dan budak kecik berumur 6 tahun tengah meraung sekuat hati.

Aku pun bingkas bangun mengintai kat tingkap ape yang berlaku.Oooo..budak tu jatuh dari basikal rupanya.

Sebelum tu aku terdengar diorang sedang sibuk berlumba basikal.Syarat - syarat penyertaan diorang tak kira peringkat umur.Semua boleh join janji ada basikal...Aku kira-kira peserta yang join berumur diantara 6 - 14 tahun.Tapi macam biaselah yang besar pastinya akan membuli sikecik. Kesian...

Dan yang sebenarnya budak kecik tu kena himpit semasa perlumbaan.Ape lagi jatuhla sikecik tu..

Berbalik pada cerita tadi..budak malang tu di pujuk oleh si abang.Tengok gayanya tak lah teruk mana..Akhirnya budak malang tu pun diam tak nangis lagi dah.Aku pun lega sebab budak tu tak de masaalah kecederaan sangat cuma ada luka skit...

Dah selesai...Aku pun  nak sambung tido...

Tapi bunyi bising lagi...kali nie diorang gaduh pulak..Si abang dan peserta lain tadi marah kat pesalah yang menghimpit si adik..si pesalah pulak menegakkan benang yang basah langsung tak nak mengaku.. Aku biar je lah..lantak lah korang..

Tapi lama kelamaan aku dengar makin sakit telinga aku..Tak tahan aku dengar...Nak marah jer rasanya...Ggrrrr..%.#@#

Sekali lagi aku bangun...dan jenguk kat tingkap.Aku pun tegurla diorang "dik korang settle kat mahkamah lah,bising la kat sini"

Sekali je aku cakap..Tak meleret pun.Sikologi la kononnya.Lepastu salah seorang budak tu cakap "Aaa...jom kita pergi mahkamah..mesti settle punya.Kat sana.ko mesti kene punya..!!!".

Diorang pun blah.Tapi sayup - sayup aku masih terdengar suara tak puas hati pasal exciden tadi.

Ahh biarlah yang penting dah reda.Dan aku pun boleh sambung tido balik....zzzzzz..(^-^)

Siap Sudah

Hari ni tak idea langsung nak isi entry.
 Kosong..otak da beku.. 
Aktiviti hari nie kemaskan blog. 
Da hampir siap.
Aku betulkan ape yang patut dibuang 
Dan buang ape yang tak perlu untuk blog nie.
(Ayat yang mempuyai makne yang same sebenarnye..("/)..)

Sebelumnie Aku nak penuh kan blog nie dengan macam - macam widget.
Salji turun dari atas blog.. 
Curser bersalji.. 
Bintang yang berkelip 
(Dah macam taman 4 musim kat bukit cerakah)
En.Mister Been pun aku da babai tak nak lah nyibuk je

WOO........
Banyak betul widget aku letak,patut berat.
 Belajar dari otai 
Mereka kata berat nak lodding..
Aku pun remove la semua 

Ape lagi yang perlu aku remove
Jangan terdelete dengan blog ni sekali sudah..nghee..

Tapi aku pening dengan setting masa untuk post entry kenapa masa nye tak tepat...
Hurmm.....
 

Wednesday 16 February 2011

Tips Bahagia Suami Isteri

Tips ni aku sekadar ingin berkongsi bersama para pembaca sekalian.Sape tak nak hidup bahagia.Semua  orang mesti nak kan.Cume sesekali kita banyak buat silap..Biaselah kita ni hanyalah manusia biasa tak lari dari buat silap..Banyakkan membaca dan menuntut ilmu itu perlu untuk meluaskan pengetahuan.(Termasuk lah diri aku sekali )..Kat bawah ni ialah ntara yang perlu kita buat demi kebahagian rumahtangga :

-Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing - masing

-Walau sesibuk manapun,luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang - kurangnya sekali walau sekadar bertanya apa yang sedang dilakukan.

-Sentiasa ucapkan kata - kata sayang seperti I LOVE U sepenuh hati sebelum keluar kemana - mana,menamatkan perbualan telefon dan sebelum tidur.

-Sentiasa mencari peluang untuk makan tengahari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari bekerja.

-Biasakan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari bekerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan 

-Luangkan masa untuk berbual dengan pasangan.

-Mudah berbaik jika berlaku pertelingkahan,jangan biar berlarutan selama berjam-jam atau berhari-hari 

-Temani pasangan semasa menonton T.V walaupun sambil membaca surat khabar.yang penting ada disisi. 

-Jangan berpisah tempat tidur walaupun anak da berderet. 

-Amalkan sembahyang berjemaah bersama semasa di rumah.

-Biasakan berkongsi gelas atau pinggan semasa makan jangan merasa geli untuk menghabiskan makanan suami atau isteri 

-Sesekali buatla kejutan dengan memberi hadiah atau kad 

-Ambik masa untuk bergurau senda dengan pasangan.cerita sesuatu yang kelakar teka - teki atau ape je yang membuatkan anda ketawa bersama.

-Kenang pengorbanan masing - masing seperti kesusahan isteri melahirkan anak atau kepayahan  suami yang bekeja keras untuk bekerja. 

-Berterus terang jika ada masaalah jangan simpan dalam hati.

-Simpan tekad untuk menjadi suami atau isteri yang baik dalam rumah tangga

*Kadang-kadang ada pasangan yang segan - segan untuk mrngucapkan I LOVE U pada pasangan sendiri (Terutama pasangan yang da LAMA berkahwin)
Jangan ambik kisah,jangan malu,biar kita yang memulakan.....

Isteri : Abang sayang nak cakap sesuatu ni.. 
Suami : Ape die..
Isteri : Tapi takutla..nanti abang marah.. 
Suami : Cakap je la..abang tak marah pon.. 
Isteri : Betul nie... 
Suami : Abang tak janji..kok ye pun cakapla dulu ape bendenya.. 
Isteri : O.K Sayang cakap ni..tapi jangan marah tau.. 
Suami : Ye...cakapla cepat......
Isteri : I LOVE U.... 
Suami : (tersenyum) I LOVE U TOO...
                                                                                             

Dua Orang Budak Kecik

Kisahni berlaku kat depan rumah sewa ambo yang dulu.Mase tu ambo tengah menyiram pokok - pokok bunga kesayangan ambo.Adela dua orang budak kecik anak - anak jiran tengah bermain.

Mula - mula diorang elok je tapi tak lame kemudian diorang bergaduh pulak tapi tak bertumbuk pun mungkin diorang segan sebab ade mak cik sebelah  rumah diorang tengah siram pokok.

Diorang gaduh camne :

Fais : Eleh macam ko tu pandai sangat !!! 
Farhan : Memangla aku pandai pon!!!!.Ko tu pandai ke.!!!
Fais : Cube ko teka dua kali lima berape!!!
Farhan : Eleh senang je..!!! tiga belas.!!!
Fais : Ek eleh salah la bodoh..!!!
Farhan : Ha ko tau ke..!!!..berape..!!!
Fais : Lapan belas.!!!
Farhan : Ye ke.....
Fais : Ye la...!!Ko ape tau...!!Tak caye tanye aku...

Mak Cik sebelah rumah yang sedang menyiram pokok tadi hampir pengsan menahan diri daripada tergelak...budak...budak...Ggrrrrrr....!!1xx%%!!!



Taman idaman..

Tuesday 15 February 2011

SEGMEN : Er..Hye..Sye Blogger Baru

Nak join..
Senang je.
Follower bawah dari seratus..
Memang sesuai untuk sertai..
Sape-sape nak join klik link kat bawah nie.

Namaku yang pelik...

sHoya Hadis nama yang ambo guna untuk blog ni..Hoya sebenarnya ambo jumpe kat dalam hutan yang jauh dari pedalaman.Hoya ialah sejenis bunga menjalar yang sangat cantik. Bunga nya bulat mekar seperti payung pasar malam brand M.B.S.A.

Hadis pulak nama ambo shidah diputarbelitkan menjadi hadis...Mungkin susah untuk memikirkan nya..Ibarat teka - teki lah..(sape ntah nak pikir.. perasan pulak ambo ye..)Ape-ape je lah..

Tapi Hoya Hadis jangan dicari kat dalam kitab nama-nama islam.Memang sah sah tak de tersenarai makne nye pun sama ada yang tersurat atau tersirat.Kalau peti surat ade gak maknanya.Memang semua orang paham pun..hik..hik..

Kat bawah nie ialah gambar bunga kegemaran ambo..cantik tak..Kalau tak cantik di ms
 Hoya Carnosa

Bunga nie senang nak jaga dan rajin berbunga.Tak memerlukan banyak air,siram seminggu sekali pun takpe.Letak kat tempat teduh dan elakkan dari terkena cahaya matahari.

Sekian....

Monday 14 February 2011

Selamat Hari Lahir Suamiku

14 Februari 1978 jam 1.00 petang.Seorang bayi lelaki yang sangat comel telah dilahirkan kedunia ini setelah sembilan bulan berada didalam kandungan ibunya yang bernama Siti Sa'adah Binti Ali.Bayi lelaki itu diberi nama Mohd Nashrudin oleh si ibu dan bapanya yang bernama En.Juaini.

Kehadiran bayi yang merupakan anak kedua dalam keluarga disambut dengan gumbira oleh kedua ibu bapanya.Si kakak yang comel putih gebu melepak juga gumbira bila mendapat berita kelahiran adik lelaki nya yang sangat comel bahkan handsome tak terkate walaupun masih bayi. (sumber petikan dari surat khabar (FEBRUARI 1978) yang tak diketahui statusnya)

Mohd Nashrudin ialah suami ku yang tercinta.Kami bernikah pada 17 Disember 2005. Majlis kami berlangsung pada 24 Disember 2005 di rumah ku dan 25 Disember 2005 di rumah suamiku.Kami kini telah memiliki dua orang cahaya mata yang menyinari hidup kami.

Kehadiran suamiku dalam hidupku membuatkan aku disulami kebahagiaan.Suamiku seorang yang penyayang dan baik hati, sangat - sangat bertolak ansur.Jarang sekali suamiku membuat aku rasa di buli atau disakiti.Kalau terlanjur bersalah suamiku akan segera meminta maaf diatas kesilapannya.

Kami hidup dengan bahagia hingga kini.Ku berdoa semoga kebahagiaan kami berkekalan selamanya samaada didunia dan akhirat..terima kasih suamiku...

SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 33 BUAT SUAMIKU YANG DIKASIHI..

Sambutan Maulidur Rasul

Sambutan Maulidur Rasul disambut untuk mengingati Junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W.Hari bahagia ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh hari isnin( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571 (petikan dari Wikipedia)

Nabi Muhammad sepatutnya menjadi idola dan contoh untuk kita semua.Tetapi generasi hari ini menjadikan artis @ diva sebagai idola mereka.Sirah nabi seharusnya menjadi panduan dalam kehidupan seharian barulah kita memperolehi keberkatan dari yang Maha Esa.

Sambutan Maulidur Rasul harus disusuli dengan semangat dan pengetahuan agar sambutan itu tidak menjadi ritual semata-mata.Kebiasaan kita hari ini kita menyambutnya sekadar ikut - ikutan atau budaya & tradisi kita.

Somaga Maulidur Rasul kali ini membuatkan kita sedar dan lebih mengingati junjungan Nabi kita Muhammad S.A.W tidak kira masa dan waktu.

Selawat untuk junjungan nabi Muhammad S.A.W

Sallalahu Ala Muhammad!

Sallalahu Alaihi Wassallam!

Sallalahu Ala Muhammad!

Sallalahu Alaihi Wassallam!

Ya Nabi Salam Alaika!

Ya Rasul Salam Alaika!

Ya Habib! Salam Alaika!

Salawatullah Alaika!

Hati ini bergetar ketika menulis coretan ini..diri ini terlalu jauh dengan mu..
Terlalu banyak kesilapan yang kulakukan didunia ini..semoga hambamu ini mendapat keredhoan dan keberkatanmu mu Ya Allah..

..Ambo dan photoshop..

Sejak akhir - akhir ini ambo semakin gile..Bukan gila bayang atau gila sampai tahap kena masuk Tanjung Rambutan.Tapi ambo gila bermain dengan Adobe Photoshop.Banyak kerja tertangguh sebab melayan photoshop ni..hu..hu.. Sebahagian daripada wallpaper yang ambo buat..tak cantik pun..dahla tersilap setting saiz.. tak pasal - pasal jadi kecik..





Wallpaper konon -konon nie ambo gune teknik brushes dan colour yang telah di campur adukkan..Adelah skit rupe belacan campur budu campur cancaluk.. hurm boleh belaja lagi sebenarnya.
Teknik crop ambo da boleh dikatakan agak pandai la skit..mane taknye hari - hari meng crop gambar untuk haider ambo tu..ambo belajar dari tutorial Nieza Miecha.blogspot.com..

Sunday 13 February 2011

Saturday 12 February 2011

Kecemasan....Ambo buat silap lagi..!!!...

Kali ini kali yang ke dua ambo buat silap sepanjang pembabitan ambo dalam dunia blog ni.. Malu sih.. Aiyoo.. ambo telah didatangi oleh follower V.I.P.. tapi ambo kenal..lo..lo.. muke ambo rupenye..Kalau tak caye tengok  follower kat bawah tuh.. kan betul..tu muke ambo kan..kan..camne nak delete ye.Da puas ambo carik tapi tak jumpe lagi jalan penyelesaiannye.Kalau yang memule dulu ambo delete terus dengan blog ambo sekali..Nak buat macammane.Zero sangat-sangat tentang blognie.Tapi mase tu belum ade follower  lg.Blog yang kedua da ade follower takkan ambo nak delete sih...tulon-tulon ambo siyes ni tak reti nak delete sendiri ni..Dengan rendah dirinye terpakse lah ambo mintak tolong pada kawan-kawan sume..
Terima kasih pada sesipa yang sudi membantu ambo ye...

Friday 11 February 2011

Massage Penting

Assalamualaikum... kepada para blogger budiman sudi - sudilah follow blog ambo yg simple ni yea..he..he.. blog ni masih tersangat baru dan sedikit membosankan.sila beri tunjuk ajar pada ambo yea.Terima kasih daun keladi...


Thursday 10 February 2011

Perasmian blog HoyaHadis

Hari ini dengan bangganye blog ini telah dirasmikan oleh Pn.HoyaHadisSelamat.. Ho..ho..Sebenarnye aku masih teragak-agak untuk menulis ini blog.. Perkara utama yg buat aku suspen selalu "apela yang aku nk coret kan dalam blogni"..
Tula agaknye ape yg terjadi pd para blogger yg bru berjinak-jinak dengan blog nie.Banyak juge kajian,bedah siasat & eksperimen yang aku buat untuk menghasilkan blog nie..hu..hu.. Maklumla aku takde basic tentang sume yang berkaitan ngan blog.Aku banyak belajar dari tutorial para blogger budiman MALAYSIA yang banyak membantu & berkongsi.. 

Dan sebenarnye hari ini secara tak langsung blog aku telah diperkenalkan oleh En. Firdaus Kasim dalam entrynye sebagai follower yang ke 100(Follower Firdaus Kasim yang ke-100 : Hoya Hadis).Siap dapat pujian gitu. Bayangkan baru 1 post yang aku buat tapi blog aku kebetulan terpilih untuk di isi pada entrynye..hu..hu.. Aku pun terus je bersemangat untuk terus menulis blog nie. Terima kasihlah pada beliau ye.















Ta..daa..
Gambar ini hanyalah sekadar selingan sahaja..



"ku menatap dalam kelam, tiada yang bisa ku lihat, selain hanya nama-Mu Ya Allah......Esok ataukah nanti, ampuni semua salahku, lindungi aku dari segala fitnah. Kau tempatku meminta, kau beriku bahagia, jadikan aku selamanya..hamba-Mu yang selalu bertakwa. Ampuniku Ya Allah, yang sering melupakan-Mu, saat Kau limpahkan kurnia-Mu, dalam sunyi aku bersujud......pada-MU"