. . .

Friday 6 January 2012

Petua kekal cantik dengan bersenam

Agak sukar bagi seseorang itu hendak memulakan satu senaman, lebih - lebih lagi jika individu tersebut sememangnya jarang bersenam, bersenam sebulan sekali, dan yang paling teruk, tidak pernah bersenam langsung sepanjang tahun tersebut.


alasan tak masuk akal seperti “kurang fit”, tak larat nak berlari, semput, tiada masa, dan berbagai-bagai lagi sebagai halangan untuk bersenam. Bukannya tiada alternatif, tetapi sengaja mencari alasan kerana hakikatnya, individu yang memberikan alasan itu MALAS BERSENAM.
Bersenam bukan bermaksud anda melakukannya untuk kurus, atau bila dah naik berat badan, baru terhegeh-hegeh hendak bersenam.

Tujuan bersenam adalah lebih kepada peningkatan tahap kesihatan dan kekuatan fizikal , membakar lemak., menguruskan badan., menghilangkan stress.

Senaman boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung
  • Ia memperkuat dan meningkatkan keupayaan otot-otot jantung serta mengurangkan bebanan pada jantung anda.
  • Ia menambah penerokaan pembuluh-pembuluh darah dan seterusnya meningkatkan kemasukan oksigen ke dalam otot-otot jantung.
  • Ia meningkatkan paras kolesterol pelindung yang dikenali sebagai ‘high density lipo’ proteins (HDL).
  • Ia membantu mengawal berat badan dengan membakar kalori yang ada.
  • Ia menugurangkan tekanan darah bagi mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi.
  • Ia mengurangkan ketegangan yang disebabkan oleh tekanan perasaan.
  • Ia membantu anda tidur dengan nyenyak.

Senaman yang berkesan mestimensasarkan 5 perkara berikut

1. Kardiovaskular (stamina, jantung)
2. Daya tahan otot (stamina)
3. Kekuatan otot (strength)
4. Komposisi badan
5. Kelenturan


Senaman yang sempurna

  • Jadikan senaman sebagai amalan hidup anda.
  • Senaman perlu dibuat mengikut kehendak dan kesenangan anda.
  • Bila melakukan senaman, jarakkan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu, untuk sekurang-kurangnya 20 minit setiap kali.
  • Senaman yang tidak berkala tidak memberi apa-apa manfaat.
  • Panaskan badan dengan melakukan regangan sekurang-kurangnya 5 minit sebelum sessi senaman dan sejukkan badan melalui regangan selepas aktiviti senaman.
  • Senaman hendaklah bersungguh-sungguh tetapi tidaklah memudaratkan.
  • Kemantapan senaman seharusnya boleh menggerakkan denyutan nadi anda lebih kurang 120-150 denyutan seminit.
  • Mulakan program senaman anda perlahan-lahan dan kemudian tingkatkannya dari masa ke masa.


 Patuhilah Syarat-syarat Bersenam
  • Lakukan senaman dengan betul bagi mengelakkan kecederaan.
  • Jangan bersenam ketika sakit atau cedera.
  • Pastikan anda memanaskan badan sebelum bersenam dan menyejukkannya selepas bersenam.
  • Pakailah pakaian yang selesa dan tidak terlampau ketat.
  • Gunakan kasut yang sesuai dengan lapisan tapak yang cukup apabila berjalan, berjogging atau berlari.

5 Kesalahan Senaman Yang Sering Dilakukan!


Bersenam dengan perut kosong
Apabila anda bersenam dengan perut kosong, ianya agak mustahil untuk tubuh anda membakar lemak dengan baik. Ini adalah kerana karbohidrat diperlukan ketika proses pembakaran lemak. Sekiranya tiada bekalan karbohidrat , otot anda akan bekerja sendiri ketika proses tersebut, dan akan menyebabkan kerosakan pada otot.

Tidak memanaskan badan
Ramai yang mengambil mudah terhadap perkara ini. Sedangkan memanaskan badan adalah perkara yang amat penting untuk mengelakkan kecederaan otot-otot anda. Luangkan sekurang-kurangnya 5 minit untuk memanaskan badan sebelum anda melakukan apa-apa senaman.

Tidak konsisten
Untuk mendapatkan sesuatu hasil daripada senaman yang dilakukan, ia perlu dilakukan dengan konsisten. Ramai yang menganggap senaman boleh dilakukan apabila dirasakan perlu sahaja, sedangkan ia memerlukan penjadualan yang khas untuk anda melakukannya.

Tidak menjaga pemakanan
Ada pendapat mengatakan bahawa apabila anda sudah melakukan senaman, anda bebas untuk memakan apa sahaja. Ia sememangnya tidak benar. Penjagaan pemakanan adalah penting untuk mengekalkan kesihatan dan bentuk tubuh badan anda.

Tidak dilakukan secara berperingkat

Senaman adalah merupakan suatu proses dan anda tidak boleh memaksa otot anda daripada melakukan suatu yang diluar kemampuan secara mengejut. Lakukannya secara berperingkat dan cuba untuk memperbaikinya dari semasa ke semasa.
Cuba elakkan 5 perkara di atas dalam memperoleh keberkesanan senaman. Senaman baik untuk tubuh badan tetapi jika kita salah konsep ia boleh membinasakan badan juga.


Wednesday 4 January 2012

Mudahnya Wanita Mendapat Pahala dan Syurga



Dalam sesebuah rumah tangga, dua peranan utama yang sewajarnya dimainkan oleh seseorang wanita iaitu sebagai isteri dan ibu. Seorang isteri sentiasa mendampingi suaminya sama ada dalam keadaan susah atau senang. Ibu pula terbabit secara langsung dalam memberi pendidikan kepada anak-anak serta menjaga hal ehwal rumah tangga dengan bantuan suami. Firman Allah:

“Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah an-Nisaa’, ayat 58)

Islam membenarkan wanita keluar bekerja berdasarkan kepada keperluan seperti ketika ketiadaan suami, ketidakupayaan suami atau bekerja dalam jawatan yang memerlukan khidmat wanita seperti doktor, tenaga pengajar kepada kaum wanita serta bidang lain yang bersesuaian. Bagaimanapun menurut Islam, keharusan wanita untuk keluar bekerja mestilah mengikut batas syarak iaitu:

*Kerja itu mesti bersesuaian dengan sifat kewanitaan.
*Kerja itu tidak menjejaskan peranannya sebagai isteri dan ibu
*Bertujuan murni sama ada untuk membantu keluarga atau menyampaikan kesedaran Islam kepada wanita lain
*Sentiasa memelihara kehendak syarak seperti menutup aurat.
*Sentiasa menjaga tata susila dan terhindar daripada berlakunya pergaulan bebas dengan lelaki.
*Mendapat restu daripada penjaga, bapa atau suami.
*Mengelak daripada melakukan perkara yang boleh membawa fitnah sama ada dari segi tindakan, cara berpakaian atau mengenakan perhiasan.

Apa yang pasti dengan keluarnya wanita bekerja tidak akan mengubah atau mengabaikan tanggungjawabnya utama sebagai serikandi dan bidadari dalam rumah tangga.

Bagi wanita yang bekerjaya walaupun penat dengan tugas-tugas di pejabat dan di rumah, ingatlah bahawa mudahnya para wanita terutamanya berstatus isteri mendapat pahala. Kejarlah ganjaran di akhirat kelak.

1. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1000 orang lelaki yang jahat.

2. Dua rakaat solat daripada wanita hamil lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

3. Wanita yang beri susu kepada anaknya daripada buah dadanya akan mendapat satu pahala daripada setiap titik susu yang diberikannya.

4. Apabila suami pulang ke rumah dalam keadaan letih dan isteri layan dengan baik akan mendapat pahala jihad.

5. Seorang isteri yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

6. Isteri yang melihat suami dengan kasih sayang dan suami pula melihat isteri dengan penuh kasih sayang, Allah s.w.t. akan pandang dengan penuh rahmat.

7. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar di jalan Allah s.w.t. dan kemudian menjaga rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya dan jadi ketua kepada 70 000 Malaikat dan bidadari. Wanita itu akan dimandikan dalam syurga lalu menunggu suaminya sambil menaiki kuda yang dibuat dari permata Yaqut.

8. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampun oleh Allah s.w.t. seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah s.w.t. memberinya 12 tahun pahala ibadat.

9. Wanita yang memerah susu binatang dengan bacaan “Bismillah” didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

10. Wanita yang menguli tepung dengan “Bismillah” Allah s.w.t. akan berkatkan rezekinya.

11. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir dapat pahala seperti menyapu lantai Baitullah.

12. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah s.w.t. mengizinkannya masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia kehendaki.

13. Pahala bagi wanita hamil adalah seperti berpuasa pada siang hari dan beribadat pada malam hari.

14. Wanita yang bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah swt. akan beri satu pahala haji.

15. Sekiranya wanita itu meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira mati syahid.

16. Apabila seorang wanita yang menyusukan anaknya yang menagis diwaktu malam dengan sabar, dia dapat pahala satu tahun sembahyang dan puasa.

17. Kalau wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh 2 suku tahun maka malaikat di langit datang bawa khabar gembira bahawa syurga wajib bagi kamu.

18. Kalau isteri layan suami tanpa khianat dapat pahala 12 tahun solat.
 
19. Wanita yang picit suami tanpa disuruh dapat pahala 7 tola emas manakala isteri yang picit suami bila disuruh akan dapat pahala 7 tola perak.

20. Wanita yang meninggal dunia dengan dapat keredhaan suaminya, dia akan masuk syurga.

21. Seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.

22. Jika suami mengajar satu masalah agama pada isterinya dia akan dapat pahala 80 tahun ibadat.

23. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah swt di akhirat tetapi Allah swt sendiri akan datang pada wanita yang memberati auratnya iaitu yang memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah (tetap).

24. Seorang isteri yang menyambut baik kedatangan suaminya yang dalam keadaan marah, Allah swt beri kepadanya setengah pahala jihad.

25. Allah swt berkati dalam rezeki bila seorang wanita memasak dengan zikir Bismillah.

26. Allah swt akan melaknati wanita yang sengaja mendedahkan auratnya kepada lelaki yang bukan muhrimnya.

sumber : facebook


Sunday 1 January 2012

Cara buat facebook timeline - garis masa yang menarik

Salam pagi semua , korang dah ubah facebook kepada garis masa = timeline ke belum..ape tu garis masa , ape tu timeline..ohh okey.. yang dah tahu takpe..bermakna facebook korang dah maju.. yang belum buat bukan belum maju , cuma agak ketinggalan sikit..jangan marah...he..he.. *buat gaya lembut*

Nak tahu ape tu timeline jom scroll gambar-gamabar bawah ni..













Eh - eh..!! yang ni timelime sape pulak ni..cam ciut je..ha..ha..masuk kereta sorong , tolak sendiri..
Gambar bawah ni lah timeline pn.hoyahadis..he..he..


Timeline ni seakan blog , susunannya lebih cantik & menarik..yang lebih penting boleh tepek gambar besar-besar (banner) macam header blog dan boleh design cantik - cantik mengikut kreativiti masing-masing.

*Saiz cover atau banner terbaik 851px x 351px

Cara mengubah facebook kepada timeline ni senanng je..buka facebook kawan korang yg ada timeline atau  tekan sini....(^_^)

Klik paparan diatas banner (header) seperti dibawah..


Langkah seterusnye ikut sahaja arahan berikutnye..he..he..ringkas saja tuto ni..sory takde gambar sebab sebelum ni terlupa nak print screen.. :(
Atau boleh rujuk sini...
.
.
"ku menatap dalam kelam, tiada yang bisa ku lihat, selain hanya nama-Mu Ya Allah......Esok ataukah nanti, ampuni semua salahku, lindungi aku dari segala fitnah. Kau tempatku meminta, kau beriku bahagia, jadikan aku selamanya..hamba-Mu yang selalu bertakwa. Ampuniku Ya Allah, yang sering melupakan-Mu, saat Kau limpahkan kurnia-Mu, dalam sunyi aku bersujud......pada-MU"