. . .

Saturday 18 June 2011

Tutorial Photoshop : Membuat Text Berkaca (teks glasses) dengan photoshop

Assalamualaikum semua...jom kita tuto lagi..nampaknya aku semakin gian membuat tutorial photoshop...he..he..Tapi diingatkan hanya untuk sesiapa yg baru ingin mengenali apa itu photoshop...Bagi sesiapa yg dah mahir sila beli tunjuk ajar ye...

Tutorial kali ini berkaitan text juga...kalau sebelum ni aku buat tuto berkaitan tulisan @ text berminyak...hari ini aku akan buat tutorial berkaitan teks berkaca pula...seperti gambar dibawah ini..



Jom kita mulakan..seperti biasa buka software photoshop.Kalau korang belum download font yang menarik, sila download terlebih dahulu atau guna saja font yang sedia ada dalam format window...

Langkah pertama,
Pilih background yang sesuai dalam stock korang pilih menu > open..Saiz gambar lebih kutang 800x600 - 500x400..Jika saiz background besar text akan menjadi kecik.Tapi text tu boleh dibesarkan diakhir step nanti menggunakan Move Tool (V).

Langkah kedua,
Pilih Horizontal Type Tool (T) di side tepi menu photoshop untuk menaip text..Selepas korang taip satu huruf secara auto akan bertambah satu layer "T" (layer kedua).Taip apa saja perkataan yang korang suka...(^_^)



Langkah ketiga,
Right klik pada layer text dan pilih blending options...Setting aturan seperti gambar-gambar di bawah.









 klik pada gambar untuk tumbesaran...

Dah siap klik o.k dan lihatah hasilnya...
*Kalau nak tukar jenis tulisan (boleh lihat dibahagian menu sebelah atas) sebelum tu double klik pada layer tekt...
*Kalau tulisan agak kecil dan korang nak besarkan pilih Move Tool (V) pada menu photoshop dibahagian tepi sebelum tu klik pada text,dan korang boleh adjust dengan Move Tool (V).

Semoga berjaya...

Friday 17 June 2011

Cara membuat tulisan @ text menarik dengan photoshop tanpa perlu melukis

Salam jumaat...semoga hari ini korang semua berbahagia hendaknya...heee..Mood rajin menaip entry,tp idea kosong pulak..mukadimah tak panjang...he..he..jom kita belajar membuat text menarik macam gambar kat bawah ni...



Sebelum mula mendesign download terlebih dahulu font dalam carian google.Bederet pilihan untuk korang akan keluar,sampai pening nak pilih mana satu...Taip saja "free font" atau "free cute font" atau "free download doodle font" dan macam-macam perkataan lagi asalkan berkaitan "free font".
Jangan lupa taip free kalau tak korang terpaksa buat credit card untuk pay pal langganan...hu..hu..lebih baik cari yang free sahaja okey...terbalik2 pun takpe inchik.google mesti faham punye..kui..kui..

Kalau nak dapat carian yang banyak kena la taip dalam bahasa mat saleh,sebab diorang ni memang rajin buat benda-benda pelik dan kadang-kadang tak terjangka dek akal.

Ini antara contoh laman web yang menyediakan free font...
www.addictivefonts.com-calligraphy
www.addictivefonts.com-best-free-fonts-deviantart
www.psdeluxe.com50-free-graffiti-fonts-for-urban-artworks

Laman web dibawah ni untuk font yang agak kiut miut...he..he..sesuai lagi untuk para ibu yang masih bersikap kebudak-budakan seperti aku ni...kiut tau..tak caye klik untuk download key...
www.abstractfonts.com-cartoon
www.fontspace.com-doodles
www.addictivefonts.com-funny-kids

Selepas download korang cari dimana letaknya fail download korang.Biasanya akan tersimpan secara auto di fail "C > Download".Selalunya fail tersedia dalam fail "Winrar.

Seperti biasa right klik pada fail winrar dan pilih "extrak to...",kemudian akan keluar satu fail buka fail tu dan jeng-jeng..tu la font korang..

b
              Langkah seterusnya install font,right klik pada font dan pilih install...


          
Da siap...buka perisian photoshop dan korang boleh menaip dengan tulisan baru yang menarik...seperti contoh diatas...

Selamat mencuba....

Tutorial photoshop : Membuat text berminyak

Salam semua..hari ni nak buat tutorial text berminyak pulak..cute tak gambar bawah..jom cuba..


Step pertama seperti biasa buka software photoshop..

Klik file - new untuk membuka kertas kerja gitu.. buat saiz berukuran 400 X 150 atau terpulang berapa saiz yg korang suka.



Tukar layer background dengan warna hitam.Tekan shift+F5 (keyboard) dan pilih warna hitam.




Buat layer baru untuk text,klik sahaja "T" (horizontal type tool),akan keluar layer baru.Double klik pada layer dan ubah nama layer menjadi oily atau apa saja yang berkaitan dengan text korang.


Kemudian,klik kanan pada layer "oily", dan pilih blending option.Kemudian adjust seperti gambar dibawah.







Dah siap klik o.k...dan hasilnya seperti gambar diatas sekali...

p/s : klik pada gambar untuk tumbesaran...(^_^)

Thursday 16 June 2011

Cara membuat cop sendiri (trade mark) pada gambar menggunakan photoshop brushes.

Salam semua...hari ni nak buat tutorial lagi...dengan tajuk cara membuat cop sendiri pada gambar menggunakan photoshop brushes...

Cara ini lebih selamat bila gambar yang korang hasilkan ada cop korang..he..he..kalau ada orang copy paste pun masih ada cop kita..suka tak hu..hu.

Senang sangat nak membuatnya...

Langkah pertama,
Mula-mula seperti biasa buka perisian photoshop terlebih dahulu...pilih gambar yang korang suka atau klik edit > new untuk buat yang baru..pilih saiz antara 400px X 300px @ 300px X 200px.Ataupun klu korang nak adjust gambar sedia ada pun boleh pilih menu Image > Image saiz.



Langkah kedua,
Pastikan gambar yang akan dijadikan brush berwarna hitam dan putih.Untuk menjadikannya hitam dan putih pilih menu Image > Adjusment > Desaturate.Kemudian pergi ke menu sekali lagi dan pilih Image > Adjusment > Levels.Adjust lebih kurang seperti gambar dibawah ni.


Gambar perlu dijadikan hitam dan putih kerana  hitam adalah berh dan putih adalah bahagian transparent.


Langkah ketiga,
Pilih menu Edit > Define Brush.Akan keluar satu kotak Bruh Name,Jika suka boleh ubah nama jika tak abaikan dan buat tak tahu je...kemudian klik O.K..



Langkah keempat,
Akhir sekali pilih Brush tool pada tool box Photoshop,dan lihatlah hasilnya brush yang korang buat tadi...buatlah banyak-banyak ikut kepuasan diri sendiri.Jangan lupa save bila sudah selesai.Nak save boleh tekan button dalam bulatan (gambar) dan pilih save.



Selamat mencuba....(^_^)

Cucur udang kuah kacang

Salam semua...Hari ni mood makan-makan...Resepi ni resepi kegemaran turun temurun.Kalau da buat cucur udang ni kami satu keluarga tak perlu makan nasi dah..he..he..
Jom cuba resepi ni...



Bahan-bahan untuk cucur :
20 ekor udang

3 cawan tepung gandum
4 cawan air
1 biji telur
1 biji bawang besar (ditumbuk halus)1 genggam tauge
2 pokok daun kucai (dihiris halus)
-sedikit serbuk kunyit sebagai pewarna
-garam secukup rasa
-minyak untuk menggoreng

Bahan-bahan untuk kuah
1 cawan kacang tanah (digoreng)
1 ulas bawang besar (dihiris halus)
3 ulas bawang putih (dihiris halus)
15 tangkai cili kering (digunting serong - 1cm)
1 batang serai dititik
1 cawan santan
2 cm belacan

Mula memasak :
-Pecahkan telur dan kacau sehingga berbuih sedikit.Setelah siap campurkan bawang yang telah ditumbuk,tepung dan air.Untuk memudahkan kerja biasa akan ku blender sahaja kesemua bahan tadi...he..he..campurkan sedikit air lagi jika rasa terlalu pekat.Sukatan cairan sama serti membuat cucur....
-Dah siap campurkan pula daun kucai,tauge,sedikit serbuk kunyit dan garam secukup rasa...

Mula menggoreng :
-Panaskan kuali dan bubuh minyak,sukatan minyak biarlah cukup,banyak pun takpe.
-Panaskan sekali senduk untuk acuan jenis stainlees steel atau ape sahaja (asalkan bukan senduk plastik atau kayu ye) kedalam minyak...
-Setelah betul-betul panas tuangkan adunan tepung dengan acuan lain kesenduk yang telah dipanaskan tadi (3/4 penuh) wajib guna senduk lain untuk menuang adunan tepung ke senduk acuan yang telah dipanaskan...
(jangan sesekali celupkan senduk acuan kedalam adunan tepung...sebab tepung akan melekat..)
-Letak seekor ugang semasa cucur masak sepenuhnya..
-Tenggelamkan senduk kedalam minyak dan goyang sedikit.biarkan cucur tanggal dari acuan.
-Sebelum menggoreng cucur yang seterusnya tenggelamkan senduk acuan selama 2 saat kedalam minyak panas kemudian tuangkan cucur menggunakan acuan lain kedalam senduk..

Kuah kacang :
-Goreng bawang merah dan bawang putih yang telah dihiris,cili kering dan sedikit belacan.
-Kemudian blend kan kesemua bahan yang digoreng termasuk kacang tanah,campurkan sedikit air.
-Masak kesemuanya dalam periuk bersama santan,campurkan serai yang telah dititik,gula merah dan garam secukup rasa.Kacau sehingga kuah menjadi sedikit pekat.
-Kuah kacang ni my style dan lebih mudah dan cepat....he..he..nak buat cara lain pun boleh...asalkan rasanye lebih kurang sama...

Okey selamat mencuba.....

-p/s : mulakan dengan selawat dan doa ketika memasak kerana itu adalah pengikat kasih sayang dalam keluarga...kita hanya merancang dan berusaha...dan Allah yang menentukan..

Wednesday 15 June 2011

Cara mudah mengedit gambar menggunakan photoshop part 2

Salam semua...setelah sekian lama menyepi akhirnya aku kembali mengupdate blog..ayat biasa yang aku taip setiap kali menaip entry...ha..ha..ape-ape jelah...Aku jarang mengupdate bukan sebab dah jemu...tapi ada sebab tertentu...biarlah rahsia kononnya..

Tapi alhamdulillah walaumacammanapun masih juga ade visitor yang melawat blogni...sedikit terharu,walaupun jumlahnya tak seramai selepas mengupdate entry...tu semua kerana apesal.com,kongsi resepi dan juga sahabat blog yang menjengok blog ni da update ke blum...he..he..betul tak...thanks sesangat kat semua yg masih setia mengunjungi blog ni..

Sebenarnya nak sambung tutorial yang sebelum ni...jom kita tuto..tp  tuto ni khas untuk yang baru nak mengenali ape itu photoshop..okey...yang dah pandai sila beri tunjuk ajar key...heee..


Tutorial sebelum ni cara untuk mengcrop gambar menggunakan photosop.. jadi kita sambung dari tutorial sebelum ni lah... sekarang kita belajar cara memindahkan gambar ke background lain untuk menjadikan sekeping menjadi lebih menarik....

Kita mulakan dengan gambar yang telah di crop ni seperti gambar di bawah..


Right klik pada background layer,dan pilih "blending option".Secara tiba-tiba akan keluar "pop out" seperti gambar dibawah...klik right pada "drop shadow" untuk menampilkan bebayang hitam yang menyeramkan dibalakang gambar yang telah dicrop..


Kemudian klik "fail" dan pilih "open" seterusnya pilih gambar di stock fail simpanan korang untuk dijadikan background..dah pilih background susun sebelah menyebelah dengan gambar yang telah dicrop...klik pada gambar crop dan tarik cursor ke background...


Gambar crop akan berpindah ke background seperti gambar dibawah ni.


Tapi gambar crop tu terbalik pulak macam mana nak udjust...ha..ha..camni caranya..klik "move tool (v)" dan buat seperti gambar dibawah.Gambar akan berubah kedudukannya dari kiri kekanan...klu nak buat terbalik dari bawah keatas pun boleh...ngeh..ngeh...


Dah siap...adjust kedudukan dan saiz gambar mengikut kesukaan....


Korang boleh juga buat gambar seolah-olah berada di Paris atau New Zealand dengan hanya menggunakan photoshop...padahal sebenarnya korang ambik gambar kat tepi rumah je..kwang..kwang..

p/s : Sajeje edit gambar ni sebagai galakan pada impian minah dalam gambar yang ingin memiliki motor kuasa besar idaman beliau...semoga impian beliau tercapai..(tp klu tak dapat beli lagi baik  kot..)


"ku menatap dalam kelam, tiada yang bisa ku lihat, selain hanya nama-Mu Ya Allah......Esok ataukah nanti, ampuni semua salahku, lindungi aku dari segala fitnah. Kau tempatku meminta, kau beriku bahagia, jadikan aku selamanya..hamba-Mu yang selalu bertakwa. Ampuniku Ya Allah, yang sering melupakan-Mu, saat Kau limpahkan kurnia-Mu, dalam sunyi aku bersujud......pada-MU"