. . .

Friday 27 May 2011

Cara mudah mengedit gambar menggunakan photoshop - part 1

Assalamualaikum semua dan salam jumaat..hari ini ialah hari yang paling indah bagi aku sebab selepas blogspot,google pulak buat kejutan yang hampir sama macam kejutan elektrik kat aku..#_#..Mana taknya pagi-pagi dah buat aku tersentap sebab tak boleh login..bila dah boleh login widget follower pulak hilang.Dalam kekalutan aku teringat nasihat seorang blogger genius Izamir Ridzwan untuk bertukar ke wordpress..Sempat jugak aku tanya beliau kat facebook tentang masaalah aku ni...Jawapan beliau membuatkan aku lebih tentang sedikit dan renjatan elektrik dah beransur hilang..Rupanya google sedang maintenance..wakaka..gelabah betul aku ni..harap selepas ini semuanya kembali normal...(^_^)

Walauapapun aku tetap nak teruskan menaip entry untuk hari ini..Entry kali ini juga berbentuk tutorial lah kununnya..ha..ha..aku bukanlah seorang yang teror menggunakan photoshop..Tapi aku memang suka sangat mengedit menggunakan photoshop...adakalanya boleh mencapai tahap gian..bahaya jugak tu..

Okey kita teruskan...misi yang pertama  buka perisian photoshop..klik "file" dan pilih "open" untuk memilih gambar yang korang nak crop..contohnya macam gambar ni.

Untuk mengcrop gambar kita boleh guna "quick selection tool" atau "pen tool".
Tapi klu nak lebih mudah gunala "pen tool"...

double klik pada "layer" (bulatan merah).
akan keluar pop up seperti dalam gambar..klik ok.

crop menggunakan "pen tool" pada gambar yang korang nak..
pastikan ia berakhir pada titik permulaan...
Bila dah siap adjust titik-titik atau kotak-kotak kecik (pen tool)
 menggunakan "arrow" (direct selection tool).right kilik pada "arrow" untuk 
 memilih function yang korang nak.

Dah selesai dan puas hati klik ctrl+enter .Kotak kecik 
 tadi akan bertukar menjadi dot-dot yang mengerlip-ngerlip..

 Klik "select" (bahagian atas) dan pilih "inverse"...
akan keluar dot-dot disekeliling gambar.
Tekan button (keyboard) Backspace atau Del.
Selepas itu hanya akan tinggal gambar yang korang crop.

Untuk menghilangkan garisan dot-dot klik ctl+D.
Dah siap,senang saje..selamat mencuba..minah dalam gambar ni ialah night flower my yonger sister.Tapi blog beliau jarang berupdate disebabkan keadaan dirinya yang sangat suka menyibukkkan diri dengan kerja..ha..ha..Walauapapun kalau nak jengok blog beliau klik di sini...

Wednesday 25 May 2011

Cara Menggunakan Photoshop Brushes

Assalamualaikum..salam sejahtera..Ape khabar semua......!!! chewah..macam nak berucap kat pentas pulak.. Hari ni baru terasa nak menaip..inipun da kena seru oleh Cik Azeya kat pesbuk..klu tak belum tentu rase malas tahap gaban ni membuatkan aku menaip entry ni..thanks buat beliau yang menyebabkan aku bersemangat balik mengupdate blog..ha..ha..akulah blogger paling teruk di dunia..update blog dua minggu sekali.Bila mood rajin sehari 2-3 entry aku post..Bila mood malas..tu dia hampir dua minggu aku tak update...nasib baik bukan dua bulan...adakah aku akan dipecat oleh blogspot...oh tidak aku sayang jugak kat blog ni..

Sebenarnya pengguna lappy usang aku ni ada tiga orang...Agak susah jugak bagi untuk aku mengupdate blog lebih-lebih lagi broadband sangat slow dan terlalu tenang.Kadang-kadang tengah syok menaip tiba-tiba lappy kesayangan aku ni merajuk pulak...!!! takde angin,ribut taufan,apatah lagi blackout,tiba-tiba je gelap...kalau da merajuk macam tu memang sungguh membuat ketensenan ku menjadi-jadi..tp nak buat macam mane dia pun reti penat jugak..oh lappy kasihan dikau..tak berhenti bekerja..

Panjang jugak aku melalut,macam dah lari tajuk je..melampau ni...okey..berbalik pada tajuk tadi jom kita belajar macammana nak menggunakan photoshop brushes takpun berus lukisan untuk photosop.. ha..ha.. bagi sesiapa yang lebih berpengetahuan bab ni bolehla beri tunjuk ajar jika ada kesilapan ye..he..he..aku pun budak baru belajar...

Mula-mula sekali download berus photoshop kat mane website atau blog,takpun boleh juga tengok kat sini dan klu nak lebih banyak taip saje kat goole search "free download photoshop brushes".Berderet pilihan untuk korang.Selepas download carik kat file C "download".Contoh seperti di bawah...

 Rigt klik file winrar pilih "extrak to....." 
Kemudian akan keluar satu file buka file tu dan 
tada...tula dia berus lukisan korang....right klik pada berus tu klik open.
Secara auto perisian photoshop akan terbuka.

Seterusnya cari  
"kotak simpanan berus" seperti contoh...

Buka kotak berus tadi dan korang boleh mula memberus atau mengecop...

Ha..inilah contohnye...Macam-macam jenis sebenarnya design photoshop brushes.
Senangkan tak perlu bersusah payah untuk melukis..hanya perlu cop sahaja.


Monday 16 May 2011

Download Free Doodles...!!!

Salam semua...Hari ini tiba-tiba buang tebiat buat entry lain daripada yang lain.Aku memang minat photoshop.Photoshop the best lah...Sebelum ni hampir setiap hari godek-godek makhluk bernama photoshop.Korang suka tak.Kalau suka nak shrae link download free brushes untuk doodles yang kiut ni..kalau tak berminat just ignore lah ye..Tapi yang penting mestilah ada perisian photoshop...

Dengan brushes ni korang tak perlu nak bersusah payah untuk mendesign doodles yang disukai...hanya perlu resize untuk besarkan saiz atau sebaliknya...jom pilih doodles yang berkenan dihati..eh..he..he..






jlyn85.deviantart.com












Selamat mendonlod...ngee..(^__<)


Sunday 15 May 2011

Itu kuasa make up..!!

Bila tengok gambar beliau ni memula aku sedikit jelez..."cumey..macam anak patung..Ha..ha..Itulah kata hati aku...Tapi bila tengok betul-betul rupanya wajah beliau yang terlalu cumey hanyalah kerana ditacap dengan makeup...serius,sangat berbeza..tapi mungkin memerlukan kepakaran...Tak cun pun boleh jadi cun..klu yang cun bertambahlah cunnya kot..


  Wajah sebelumnya yang suci murni tanpa sebarang makeup...??

 Produk barangan makeup yang digunakan..

 Bermula dengan membersihkan segala kekotoran di wajah dan menampalnya dengan ,krim bedak dan sebagainya..

 Sehinggalah jadi putih seperti ini...

 Gunakan penyepit yang seakan gunting ini untuk....

 Dan inilah hasilnya...

 Opps belum lagi..tambahkan bulu mata pelbagai jenis dan saiz yang berada dipasaran.

 Kemudian...solekkan mata menggunakan...

Setelah selesai lekatkan bulu mata tadi..seperti ini..(gam atau pelekat mungkin telah disediakan..klu tak ada sila pulang balik ke kedai tersebut untuk penukaran..ngee..)

 Dan inilah hasil hasilnya....

Yang ini pun o.k jugak.... 

 Yang ini..wow..!!..sangat berbeza..



p/s : Entry ini bukanlah tutorial makeup sebab tukang taip memang tak reti bermekap..hu..hu.. penerangan pun seakan menulis resepi....wink-wink..untuk tutorial makeup sila rujuk pada pakar...



Saturday 14 May 2011

Koleksi beg yang pelik tapi comel dan kiut...

Ha..ha..tajuk tak boleh blah...Tujuan yang sebenarnya tadi nak cari design beg yang menarik dan tertarik. Sebelum tu aku ade melawat blog seorang kawan Mayra Aish...Cantik beg baru yang beliau order.Tapi cari punya cari design lain pulak yang aku dapat...apakata kita layan dulu gambar-gambar kat bawah ni ye....


 Beg yang sangat comel..Sesuai untuk kanak-kanak juga orang dewasa..

Design yang sangat cool..juga sesuai untuk kanak-kanak

Beg ini khas untuk si penggemar burger..Ada juga beg seperti ini dicipta untuk anda..Terlebih cool rekaan beg ni..siap ada rantai berukuran 56cm...boleh digunakan sebagai senjata untuk melibas atau menjerut leher peragut sebelum dihantar ke balai polis...hua..ha..ha..

Betseyville Call Me Purse Wishes nama diberi.Bahagian hadapan beg ini dihiasi dengan butang dail putar diperbuat daripada emas dan peranti keras berwarna merah jambu.tapi belum dapat dikenalpasti boleh berfungsi atau tak.
Design beg agak ketinggalan zaman.Tapi nampak klasik dan menarik....Siapa suka sila senyum..(^__^)

Beg ini direka khas oleh João Sabino demi menyelamatkan dunia daripada dipenuhi dengan sampah sarap.Sudah semestinya beg ini direka daripada keybord yang telah rosak.Sangat kreatif..Sila jeling ke keyboard anda sekarang jika ia hampir rosak janganlah merancang untuk membuangnya...

Design beg ini juga direka dari bahan kitar semula...sangat unik


Dalam banyak-banyak design ini yang paling sesuai untuk wanita.Sepatu dan tas disatukan menjadi sebuah handbag.Direka oleh Azumi dan Daud,design ini diberi nama Loop Handle Tas Heel...Agak pelik tapi jangan terkejut harganya £ 200,00...err matawang mana ntah ni..


 Suka tak design-design kat atas tuh...(^__^)

Bahaya menghidupkan penghawa dingin sebaik menaiki kereta...!!!

Salam semua..Topik ini sebenarnya dah lama berlalu.Tapi ada juga insan diluar sana yang tak pernah tahu tentang bahayanya penghawa dingin kereta .Hanya yang arif berkaitan kereta je mungkin tahu perkara ini.Jom baca dulu...

Melalui kajian benzene ialah sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen - ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta)...

  • Terhasil dari pewangi udara,dashboard dan sofa.
  • Juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih.juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih.Jika di biar berlarutan akan menyebabkan Leukemia
  • Boleh menjadi punca keguguran.
  • Juga sejenis toksik yang boleh mencemar buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk menyahkeluarkan toksik tersebut
  • Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi.
  • Kereta jika diparkir di kawasan bebumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. 
  • Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan... dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebih2an secara tidak sedar.



    Langkah keselamatan : Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan pendingin hawa.Biarkan udara segar masuk kedalam kereta terlebih dahulu sehingga hilang udara panas didalam kereta.



    Widget glitter graffic

    Assalamualaikum semua..semalam adalah hari yang agak bosan bagi aku sebab tak boleh login blogspot...hu..hu..Paling merisaukankan bila ramai blogger mengatakan "bersedialah kalau blogspot remove post dan komen korang.." Dalam hati aku terdetik nasib baik aku hanye blogger baru.Bukan banyak manapun post aku.Tapi jenuh la jugak kalau nak menaip balik entry merepek kelolaan aku tuh..ha..ha..

    Bagi blogger lame yang da pemes dan telah mendapat earning yang banyak dalam 1 hari mesti kelam kabut lah mereka...ha..ha..terbaca dekat 1 status kat facebook "time is money"...bila tak boleh login tak boleh la nak post entry...apepun aku bersyukur entry merepek yang aku taip sebelum ni masih menyengih lagi kat blog ni..tak hilang pun rupanya...

    Entry kali ni aku saja nak tayang benda comel ni..he..he....













    thank-you-011.gif
    Thank You - AnitJi.com









    Sakit mata memandang sebenarnya bila widget ini terkumpul dalam satu tempat..he..he....Tapi jika ada sesiapa yang berminat boleh culik widget ni di glitter-graphics.com...



    "ku menatap dalam kelam, tiada yang bisa ku lihat, selain hanya nama-Mu Ya Allah......Esok ataukah nanti, ampuni semua salahku, lindungi aku dari segala fitnah. Kau tempatku meminta, kau beriku bahagia, jadikan aku selamanya..hamba-Mu yang selalu bertakwa. Ampuniku Ya Allah, yang sering melupakan-Mu, saat Kau limpahkan kurnia-Mu, dalam sunyi aku bersujud......pada-MU"