. . .

Saturday 31 December 2011

Tempahan baju pelbagai fesyen dan design

Assalamualaikum...Saya mengambil tempahan baju pelbagai fesyen.Untuk tempahan boleh rujuk link dibawah :

 Fesyen : page
 Fesyen : facebook

Juga boleh rujuk di link ini :

Tempahan pola pakaian 

Friday 30 December 2011

Fakta berkaitan bekam dan khasiat berbekam

Salam..entry untuk hari ini berkaitan perubatan cara tradisional.Berbekam adalah amalan sunah yang diwarisi turun temurun sejak dari zaman nabi kite Muhammad S.A.W.Banyak kebaikan dan kelebihan amalan berbekam.

Khasiat bekam
1) Boleh membersihkan darah dan meningkatkan aktiviti saraf tulang belakang.
2) Memperbaiki aliran pembuluh darah.
3) Menghilangkan kejang-kejang dan luka dalaman pada otot.
4) Bermanfaat bagi penderita asma,pneumonia dan angina pectoris.
5) Bermanfaat ketika mengalami pening,luka dalaman di bahagian kepala dan wajah,migrain dan sakit gigi.
6) Ketika mengalami berbagai jenis penyakit mata dan rabun.
7) Ketika mengalami gangguan rahim dan berhentinya menstruasi bagi wanita.
8) Ketika terkena sengal,sciatica dan tulang.
9) Untuk mengatasi gangguan tekanan darah dan arteriosclerosis.
10) Ketika mengalami sakit bahu,dada dan punggung.
11) Bermanfaat mengatasi kemalasan,kelesuan dan banyak tidur.
12) Bermanfaat mengatasi luka-luka,bisul,jerawat dan gatal-gatal kulit.
13) Bermanfaat mengatasi pericarditis dan (radang selaput jantung) dan nephritis (radang ginjal) yang parah.
14) Bermanfaat mengatasi keracunan.
15) Bermanfaat mengatasi luka-luka bernanah.
16) Membantu membuang angin dalam badan, Melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.
hparadix



Model - adik lelaki ku

 Titik - titik bekam



FAKTA MENGENAI RAWATAN BEKAM

Proses berbekam
Bekam darah dilakukan dengan melukai permukaan kulit menggunakan jarum tajam.Darah toksik dikeluarkan menggunakan alat pengamal bekam.
  • Proses mengeluarkan darah toksik adalah antara tiga hingga lima minit.
  • Darah toksik dikenal pasti berdasarkan warna merah pekat dan berbuih. 
  • Mereka yang berbekam dinasihat tidak mandi selama tiga jam selepas berbekam.
Waktu rawatan untuk bekam
  • Waktu paling sesuai dilakukan ketika pertengahan bulan islam kerana ketika ini, darah toksik sedang berhimpun. Bagaimanapun, bekam boleh dilakukan padabila-bila masa untuk tujuan mengubati penyakit. 
  • Mereka yang hendak mendapatkan rawatan bekam dinasihatkan tidak makan makanan berat antara dua hingga jam sebelum berbekam dan lebih baik berpuasa sebelum mendapatkan rawatan bekam. Peralatan Berbekam.
Peralatan berbekam
  • Alat-alat bekam pada zaman Nabi Muhammad, cawan atau mangkuk kaca digunakan untuk berbekam, manakala 
  • Orang Cina pada zaman kuno, menggunakan tanduk. 
  • Orang Eropah pada abad ke-18 menggunakan lintah untuk menghisap darah toksik dan kaedah ini masih digunakan di sesetengah tempat di Barat hingga sekarang.
  • Pengamal bekam moden menggunakan penggunaan alat seperti mangkuk, pisau pembedahan, bahan antiseptik dan memakai sarung tangan.

LARANGAN BAGI RAWATAN BEKAM

Tidak semua orang boleh berbekam kerana dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan. Mereka termasuk yang mempunyai masalah tekanan darah rendah, pesakit kudis,perempuan mengandung 3 bulan pertama,berpuasa,perempuan datang haid,masalah kulit yang serius atau dalam keadaan sangat letih.Antara anggota bahagian tubuh yang tidak boleh dibekam ialah mata, telinga, hidung, mulut, alat kelamin dan dubur. 

Antara anggota bahagian tubuh yang tidak boleh dibekam ialah mata, telinga, hidung, mulut, alat kelamin dan  dubur.

DALIL TENTANG RAWATAN BEKAM

Hadis Rasulullah S.A.W:"jika ada ubat yang dapat menyembuhkan penyakit, maka bekam juga dapat menyembuhkannya."HR Malik

أن النبي صلى الله عليه وسام احتجم وهو محرم صائم . رواه مسل“ Sesungguhnya Rasulullah SAW telah berbekam di dalam keadaan baginda berihram dan berpuasa. “-Riwayat Muslim dalam sesetengah tariq Hadis Syadad, itu berlaku pada zaman pembukaan Mekah sedangkan Ibn Abbas mendampingi baginda ketika Hajjatul Wida.

Hadith-hadith lain dia (Anas) berkata:

Telah bersabda Rasulullah SAW: “Tidaklah aku melewati sekelompok malaikat pada malam aku diisra`kan kecuali mereka berkata, Wahai Muhammad, suruhlah umatmu berbekam.”Riwayat Ibnu Majah (3479), Kitab Pengobatan, Bab Bekam.Disahihkan al-Albani dalam Shahih al-Jami` (II: 5671), dan Takhrij al-Misykat (4544).

Dari Ibnu ‘Abbas, bahwasanya Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Tidaklah aku melewati sekelompok malaikat pada malam aku diisra`kan kecuali tiap mereka berkata kepadaku, wajib bagimu wahai Muhammad untuk berbekam.”Riwayat Ibnu Majah (3477), Kitab Pengobatan, Bab Bekam.Disahihkan al-Albani dalam ash-Sahihah (V: 2263) dan Shahih al-Jami` (II: 5672).

Dari Said Ibnu Jabir dari Ibnu Abbas dari Nabi SAW "kesembuhan itu berada pada tiga hal, yaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku (berobat) dengan kay.”-Hadith Sahih Al Bukhari.
kredit duniaherbahpa

Bagi  sesiapa yang ingin mendapatkan rawatan tradisional dan bekam bolehla hubungi En.Ibnu Ismail (Hisham) ditalian : 0132053637





.

Tempahan template blog

Salam semua...moge hari ini hari yang ceria..dan semoga anda hepi selalu...(^_^) Kat sini saya nak nyatakan tentang tempahan template blog...kepada sesiapa yang ingin atau berminat sekaligus memang sedang mencari2 designer bolehla menempah kepada pn.hoya...
Kepada sesiapa yang berminat bolehla hubungi puan hoya di

facebook.com

Atau jangan segan silu untuk mengemail saye di alamat ni..


Template yang saya akan buat insyaallah kemas , do followloading yang ringan kecuali jika ada masaalah dengan internet atau internet carik pasal dengan anda lah...  Insyaallah anda pasti akan berpuashati dan akan senyum macam ni.------> (^_^)

Tak perlu bersusah payah dan pening2 memikirkan koding html yang sememangnye rumit... Tempah je kat saye...muuaahaaahaaa...Saye akan tanggung kerumitan itu..hi..hi..

Okey...sesiapa yang berminat bolehla hantar resume secepat mungkin...he..he..

Contoh layout..


Disini juga ada contoh template yang telah disediakan oleh pn.hoyahadis.Template tersebut hanya contoh sahaja... saya akan buat berdasarkan permintaan.
 hoyahadisphotoshop.blogspot.com

 hoyahadisdesign.blogspot.com


Cara menempah.. inbox saye ke facebook atau email (link diatas)
  1. Beri warna tema template blog yang dikehendaki..(penting)
  2. Bagi saya gambar yang perlu dan nak dimasukkan ke dalam design.
  3. Bagi link url blog.
  4. Upah design perlu di bank in kan sebelum koding dimasukkan ke blog anda.
Full template saye.
  1. Dari header ke footer termasuk background post hingga ke footer post.
  2. Termasuk background utk title sidebar dan footer.
  3. Contoh layout seperti diatas...
  4. Tambahan koding akan dikira pada harga lain...
Jom tempah...anda pasti puas hati...(^_^)


Untuk lihat contoh template yang design hoyahadis klik di bawah

Tempahan

Monday 26 December 2011

Cara letak fan page / facebook like box ke dalam blog

Salam blogger.. jom bertutorial.. he..he..tutorial ni mungkin semua orang dah tahu..tapi tapi ape salahnya kalau aku juga berkongsi kat blog ni kan..


Fungsi Facebook like box ialah untuk meningkatkan visitor , kerana semakin ramai orang mengklik fanpage kita semakin banyak link url blog kita di halaman facebook mereka..Secara tak langsung boleh menigkatkan visitor di blog kita..

Okey jom kite mulakan..

Login ke akaun facebook
Kemudian klik link url dibawah ini
https://developers.facebook.com/docs/reference/plugins/like-box/
*link diatas terletak di halaman fan page dengan perkataan "bermula"


Isi pada ruangan yang dibulat kan (warna kelabu) mengikut pilihan korang..
*kelebaran - adjust nombor tidak melebihi kelebaran sidebar
*border colour - tukar kod warna html mengikut kesukaan (kod warna boleh cari dalam blog korang , tak perlu bersusah payah pergi ke website lain untuk mencari kod warna.. caranya pergi ke dashboard - deign - template designer dan pilih advance..
*show stream - tick right - untuk mempamerkan gambar profil fanpage
*show header - tick right untuk mempamerkan header.

Dah siap.. Klik get code untuk mendapatkan kod yang telah disetting...
Pilih iFrame untuk mengambil kod korang.



Step terakhir pergi ke dashboard - design - page eliment , macam biasa add gaget dan pilih html javascript..
Letak kod tadi kedalam ruang kosong yang disediakan...

Save dan lihat hasilnye...

Selamat mencuba dan hepi blogging...(^_^)



.

Sunday 25 December 2011

Tempahan seterusnye dari Cik Gadis lensa

Salam pagi semua..setelah menghilang beberapa hari.. hampir minggu.. akhirnye aku kembali menaip entry..  Disebabkan terlalu lame tak menaip otakku berkurangan idea untuk menaip sesuatu yg bernas..

Entah kali yang keberapa aku salah eja walaupun baru masuk perenggan kedua..mak tuan..!!!..dasyat ni..!!!

Kedahsyatan tu menjadi2 bila internet slow sangat...Nak upload gambar sekeping pun susah...dari malam tadi  aku berusaha mengupload itu gambar , baru pagi ni berjaye..!!!

Kata korang    : Ha..betulke..???
Kata Pn.hoya  : Tak caye..tanye berokben..suuuuuuume org dah tau..
Kata korang    : Ape susah puan hoya..!! tukar je streamyx..laju ooo..macam komet..!!
Kata Pn.hoya  : Yeke macam komet..! ade orang cakap macam siput..!
Kata korang    : (korang teruskn lah berdialog..aku stop sampai sini..heh..heh..)


Ape yang korang akan buat bila internet ( BEROKBEN) slow... 
  1. Korang rase macam nak buang dalam parit (lokasi parit dirahsiakan untuk mengelakkan dikutip..), 
  2. Tanam broadband sedalam tujuh kaki , 
  3. Masukkan kedalam lesung batu dan tumbuk hingga lumat ,
  4. Laju - laju pergi celcom center dan mengamuk..."aku da bayar bulan2 apesal internet aku slow sangat..!!!.." (selepas tu merengkok kat penjara , ha..ha..sape suroh buat pasal..keh..keh.. 

Okeylah berenti merepek , kembali pada niat asal... sebenarnye aku nak cerita yang aku dah siapkan projek mega ku...ya..seperti tajuk diatas (sila dongak ke tajuk..) projek ku dah siap.. tempahan ni sebenarnye tempahan yang kedua...mule-mule nak rahsiakn..nanti korang cakap la baru dua..he..he.. think positif puan hoya..!!

Tapi takpelah dah itu je rezeki aku kan..Selepas ni ada dua lagi tempahan dalam proses untuk disiapkan.. mudah- mudahan rezeki ku bertambah lg dimasa akan datang..insyaallah..aammin..


Tentang Cik Ziela 

Jom kita kenali Cik Gadis Lensa a.k.a Cik Ziela , beliau seorang yang obses dengan dslr . Dalam template tu cube korang kira berapa ketul dslr yang ade , tp bukan gambar bawah ni , tapi korang pergi ke blog beliau.kat sini. Banyak kan , kalau lah dslr tu betul dan laku dijual maka kayalah beliau..he..he..gurau je dik..!!

Jom terjah blog beliau untuk mengetahui seterusnye tentang beliau... jangan segan-segan follow sebab beliau sememangnya seorang yang peramah...(^_^)

Kat bawah ni contoh template blog Cik Ziela


 Banner Cik Gadis Lensa


Watermak Cik Gadis Lensa



Kepada sesiapa yang ingin menempah bolehla hubungi puan hoya di
facebook dot com 

atau email di
hoyahadis6372@gmail.com

Happy blogging...!!!.(^_^)

Thursday 15 December 2011

Mengapa Doa Kita Tak Dimakbulkan Allah

by 1001 Kisah Teladan (Ambil Hikmahnya)

Dikisahkan penduduk Basra yang waktu itu sedang dilanda kemelut sosial. Kebetulan mereka kedatangan ulama besar yang bernama Ibrahim bin Adham. Penduduk Basra pun mengadukan nasibnya kepada Ibrahim bin Adham, ”Wahai Abu Ishak (panggilan Ibrahim bin Adham), Allah berfirman dalam Al-Quran agar kami berdoa. Kami warga Basra sudah bertahun-tahun berdoa, tetapi kenapa doa kami tidak dikabulkan Allah?”


Ibrahim bin Adham menjawab, ”Wahai penduduk Basra, karena hati kalian telah mati dalam 10 (sepuluh) hal. Bagaimana mungkin doa kalian akan dikabulkan oleh Allah.
  • Kalian mengakui kekuasaan Allah, tetapi kalian tidak memenuhi hak-hak-Nya.
  • Setiap hari kalian membaca Al-Quran, tetapi kalian tidak mengamalkan isinya.
  • Kalian selalu mengaku cinta kepada Rasul, tetapi kalian meninggalkan amal sunnahnya.
  • Setiap hari kalian membaca ta’awudz, berlindung kepada Allah dari syaitan yang kalian sebut sebagai musuh, tetapi setiap hari pula kalian memberi makan syaitan dan mengikuti langkahnya.
  • Kalian selalu mengatakan ingin masuk syurga, tetapi perbuatan kalian justru bertentangan dengan keinginan itu.
  • Katanya kalian takut masuk neraka, tetapi kalian justru mencampakkan dirimu sendiri ke dalamnya.
  • Kalian mengakui bahwa maut adalah kepastian, tetapi nyatanya kalian tidak mempersiapkan diri untuk menghadapinya.
  • Kalian sibuk mencari-cari kesalahan orang lain, tetapi terhadap kesalahan sendiri kalian tidak mampu melihatnya.
  • Setiap saat kalian menikmati karunia Allah, tetapi kalian lupa mensyukurinya.
  • Kalian sering menguburkan jenazah saudaramu, tetapi kalian tidak bisa mengambil pelajaran dari peristiwa itu.”
”Wahai penduduk Basra, ingatlah sabda Rasulullah, "Berdoalah kepada Allah, tetapi kalian harus yakin akan dikabulkan. Hanya saja kalian harus tahu bahwa Allah tidak berkenan mengabulkan doa dari hati yang lalai dan main-main.”



Orang bijak mengatakan, doa tanpa usaha adalah bohong dan usaha tanpa doa adalah sombong. Doa dan usaha adalah dua hal yang tidak mungkin dipisahkan. Kita tidak boleh hanya berdoa saja tanpa melakukan usaha semaksimal mungkin untuk mengapai tujuan. Kita juga tidak boleh hanya berusaha saja, tanpa berdoa dan mengabaikan Allah sebagai penentu berhasil atau tidaknya tujuan kita.

Doa adalah permohonan, pengharapan seorang hamba kepada Sang Khaliq. Doa itu intinya adalah ibadah, doa adalah senjata, doa adalah obat, doa adalah pintu segala kebaikan. Seluruh hamba sangat bergantung kepada Penciptanya. Setiap hamba memang harus berdoa, sebab kita diciptakan dalam keadaan penuh dengan keterbatasan. Manusia memang ditakdirkan sebagai makhluk yang paling sempurna dengan segala kelebihan-kelebihannya, namun di balik kelebihan itu manusia juga memiliki segudang kelemahan.

Sebaik-baiknya kelebihan-kelebihan yang kita miliki, kita mempunyai kelemahan-kelemahan yang tidak dapat kita tutupi, untuk itu kita perlu meminta kepada Allah SWT, berdoa dengan penuh kekhusyukan, penuh harapan, tulus, pasrah dan ikhlas, seperti yang difirmankan Allah, "Wahai manusia, kamulah yang memerlukan Allah, dan Dia-lah Yang Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) Yang Maha Terpuji." ( Faathir: 15).

Apapun persoalan hidup kita, apakah kita sedang bahagia atau sedih, tetaplah berdoa kepada Allah. Jangan berhenti memanjatkan doa kepada Allah, kerana doa adalah masa depan kita. Doa adalah kekuatan kita, doa adalah senjata kita.

Dan bersabarlah menunggu dikabulkan-Nya…

Kredit :
layarminda

Friday 9 December 2011

Jom melukis doodle dengan cara yang mudah..

Selamat petang..Jom - jom kite melukis.. doodle , nak buat pondok kecik di tepi sungai.. ape pun boleh...

Sape2 yang ade anak kecik..ha.. ajak diorang join sekali.. musti diorang sukew..

Alamat tak boleh blogging la jawabnye kalau share komputer ngan budak kecik..ishh tak boleh..










Okey best tak..he..he..he..
Sebelum korang pergi meninggalkan blog ni nak kongsi kat korang sesuatu yang bestttt...ha..ha.. jom bace jap..
Korang da join belum cara mendapatkan income lebih sambil berblogging , berfacebook dan bertweeter ....
Jom join sama - sama... tak rugi tau... sebab korang tak perlu bazirkan duit dan masa... Sebab korang hanya perlu daftar sekali je... dan share iklan kat facebook , twitter dan blog... 

Korang takde blog... takpe share je kat facebook... Kalau takde sambutan korang tak rugi.Kalau korang bosan dan berhenti "berbisness" then nak sambung balik pun boleh. Takde masaalah. Sebab account korang takkan lupuus selagi korang tak lupuskan. Ape yang penting just belajar untuk lebih maju kehadapan... rugi ada facebook , blog tapi tak dapat income..kan.. he..he..

Apekata sambil berblogging , bersembang di facebook  kita dapatkan income yang berbaloi - baloi... Sape nak bagikan...!!!  Melainkan dengan usaha sendiri.
Anggap saja blog dan website yang kita ada sebagai majalah...Nah glamour gitu.. Ape lagi jom Tuan Puan , Enchik , Cik , Pak Cik Mak Cik , Abang Kakak , Adik-adik.... jom join sekali.... meh klik sini kalau berminat ----> says.my Klik daftar okey...
Happy blogging.....(^_^)
 
.
 
 Mari bersenam 
 .

Thursday 8 December 2011

Apa itu keputihan dan merawat keputihan cara tradisional

Moga hari ini hari yang ceria buat korang semua...dah lame rasenye tak buat entry tentang petua.Petua kali penting untuk pengetahuan kaum hawa...kaum adam pun perlu juga ambil tahu untuk isteri dan anak2. Jom bace sekejap...(^_^)

Dalam bahasa yang paling mudah keputihan adalah cairan atau lendir yang keluar daripada liang faraj.

Tidak semua cairan yang keluar boleh dianggap normal apatah lagi yang boleh menyebabkan kegatalan...(@_@).Keputihan sering menimbulkan kerungsingan dan ketakutan di kalangan wanita...(#_#)

Keputihan biasanya berwarna jernih atau kelabu keputihan , adakalanya berwarna kekuningan atau kehijauan.Jika keputihan bersifat lendir , beku seperti susu basi , berbau hanyir dan terdapat radang atau kegatalan pada faraj menandakan berlakunya jangkitan.

Cairan lendir ini berasal dari tiga sumber iaitu :
  1. sekitar mulut vagina
  2. selaput liang vagina
  3. selaput rongga rahim
Wanita yang kerap mengalami masaalah keputihan :
  1. Wanita yang menghampiri masa subur,sebelum atau sesudah haid.
  2. Wanita yang sedang mengalami gangguan jiwaseperti terlalu sedih atau gembira
  3. Wanita hamil.
  4. Wanita yang mengambil pil perancang keluarga.
  5. Wanita yang sedang dalam rawatan dengan ubat hormon
  6. Wanita yang bekerja kuat dengan menggunakan tenaga fizikal yang banyak.
  7. Bayi perempuan yang baru lahir , antara umur satu hingga sepuluh hari (cairan boleh keluar dari vaginanya akibat pengaruh hormon yang dihasilkan oleh placenta atau uri).
  8. Gadis remaja yang menghampiri puberti atau baligh.

Cara merawat keputihan cara tradisional

Rawatan semulajadi adalah lebih mudah digunakan berbanding antibiotik. Tiada bahan kimia sintetik dan ia amat sesuai dengan badan kita. Oleh itu penggunaan yang lama antibiotik tidak digalakkan.

Selain itu kesan sampingan rawatan semulajadi tidaklah berbahaya berbanding rawatan antibiotik. Malah ia memberikan perlindungan yang lebih lama dari serangan kembali bakteria keputihan. Ramuan untuk rawatan semulajadi ini banyak sebenarnya. Antaranya adalah penggunaan yogurt , kultur hidup , acid borik dan herba. 

Selain itu rawatan pencegahan semulajadi juga amat penting dalam menghindari keputihan daripada terjadi semula. Melalui rawatan semulajadi ini ia memberikan kelegaan kepada kaum wanita kerana tiada lagi bau yang kurang menyenangkan, tiada lagi kegatalan dan yang lebih penting ia dapat meningkatkan lagi keyakinan diri seseorang wanita.

Rawatan tradisional menggunakan bahan semulajadi


Sirih
Ambil 10 helai daun sirih dan direbus dengan satu liter air. Tapiskan. Air rebusan ini digunakan untuk menggantikan ‘feminine hygiene’. Selamat digunakan walaupun ketika haid.


Delima
Ambil kulit buah delima secukupnya dan jemur sehingga kering. Setelah kering, rebuskan kulit buah delima tersebut dan tapiskan apabila telah sejuk.  Digunakan sebagai ubat sapu.


Kangkung Merawat penyakit busung , insomnia , lemah badan dan keputihan.
Dimakan mentah atau dijadikan jus atau rebus akar kangkung bersama 2 gelas air sehingga isi padu air tinggal segelas untuk diminum


Beluntas
Ambil daun beluntas secukupnya dan rebus dengan segelas air. Tapis apabila telah sejuk dan minum.


Beras
Tanak nasi sehingga hangus. Ambil kerak nasi tersebut dan panggang  sehingga hangus. Kemudian tumbuk sehingga lumat dan masukkan ke dalam setengah cawan air panas dan minum. Amalkan setiap hari sehingga masalah keputihan hilang.

Rizom keladi gajah
Hiris rizom keladi gajah nipis-nipis kemudian digoreng tanpa minyak bersama kira-kira segenggam beras sehingga hangus. Masukkan ia ke dalam air dan rebus selama beberapa jam, seelok-eloknya 5 jam. Campurkan gula ke dalam rebusan tersebut dan biarkan sejuk.  Apabila telah sejuk, tapis dan minum.

Senduduk
Ambil segenggam daun senduduk, sepotong bonglai dan halia. Rebuskan bahan-bahan tersebut bersama sedikit gula. Tapis apabila telah sejuk untuk diminum.

Tapak leman
Ambil dalam 20g daun dan akar Tapak leman dan dipotong kecil. Sertakan juga 10g daun inai, 15g rizom kunci kuning dan 30gm daun misai kucing. Rebuskan kesemua bahan tersebut dan sejukkan. Tapis dan minum dua kali sehari sebelum datang haid.

Turi
Ambil segenggam daun turi dan kunyit. Basuh bersih dan tumbuk sehingga lumat. Masukkan ke dalam 3/4 cawan air panas dan dikacau rata. Biarkan untuk beberapa minit sebelum diperah dan ditapis untuk diminum. Amalkan dua kali sehari.
Satu cara lagi ialah dengan mengambil 120g daun turi, 120g daun sirih, 50g daun ketumbel dan 150g daun jambut batu, hancurkan dan direbus dengan air secukupnya. Campurkan ke dalam air mandian dan berendamlah untuk beberapa minit di dalam air campuran tersebut.


Daun baru cina
Ambil kira-kira 30g daun baru cina. Rebuskan sehingga mendidih dan tapiskan apabila telah sejuk. Bolehlah diminum.


.



Lain - lain petua (tak larat nak carik gambar)

Sentul
Akar sentul dipotong kecil dan direbus dengan tiga gelas air sehingga menjadi satu gelas. Tapis dan minum apabila telah sejuk.


Balung ayam ungu
Ambil kira-kira 60g bunga balung ayam dan daging secukupnya. Rebus dengan tiga gelas air sehingga daging menjadi empuk. Makan daging dan minum air rebusan itu apabila telah sejuk.

Balung ayam lebar
Ambil 15g balung ayam lebar yang kering, 15g daun hempedu bumi kering dan hati-hati ungu kering. Rebus dengan tiga gelas air sehingga menjadi satu gelas. Tapis dan minum apabila telah sejuk. Amalkan dua kali sehari seeblum makan.

Bunga Butang
Rebus bunga butang dengan segelas air. Tapis dan minum apabila telah sejuk.

Bunga matahari
Rebus akar dan batang bunga matahari sehingga air rebusan tinggal separuh. Tapis dan minum apabila telah sejuk.

Siantan/jarum-jarum
Ambil bunga siantan kira-kira segenggam dan rebus. Biarkan sejuk sebelum diminum.

Cempaka telur
Rebus bunga cempaka telur secukupnya sehingga mendidih. Tapis dan minum apabila telah sejuk.





Petua dan gambar dari pelbagai sumber dari google.
Kredit : intim , gadismalaysia .

.

Tuesday 6 December 2011

Tempahan pertama untuk blog Inspirasi Sihat dan Cantik

Salampagi semua..Hari nie nak post entry yang dah beberapa hari tersimpan.. aku telah menyiapkan satu tempahan.. dari blog inspirasihatcantik.com .

Design Blog Inspirasi Sihat dan Cantik

Banner Inspirasi cantik..


Watermak Inspirasi sihat dan cantik


Berdebar - debar jugak semasa menyiapkan tempahan ni, maklumlah pertama kali buat.. semoga owner berpuashati dengan hasil kerja aku yang masih baru dan terkial-kial untuk mendesign nih..

Korang nak tempah jugak tak.. boleh je.. he..he.. di alu-alukan.... murah je.. RM15 untuk promosi... Murahkan.. insyaallah aku akan buat yang terbaik..

Terima kasih buat customer pertama aku... sebab beliau ku anggap telah memberi support untuk aku memulakan kerjaya baru ni..eceh.. kerjaya tu..yela sambil2 duduk je kat rumah ni baik aku mendesign blog korang kan..  Mehla tempah...(ayat tak malu merayu2)

Silalah mengunjungi blog beliau... beliau ada menjual produk kesihatan.. meh usaha-usaha dulu.. jom klik sini

Opss... sebelum tu meh support kawan kite ni.. umarfaruq.. tak salah tolong orang kan kawan-kawan..he..he..

Monday 5 December 2011

Bayi berusia sebulan dirogol..!!!

LONDON: Polis semalam cuba menyekat orang ramai daripada cubaan mengadakan perhimpunan sepanjang malam yang boleh mencetuskan kekacauan selepas seorang bayi berusia sebulan dilapor dirogol dan dipukul sehingga hampir mati.

gambar ini sekadar hiasan,tiada kaitan dengan mangsa
Mesej dalam Facebook mendedahkan rancangan untuk mengadakan upacara sepanjang malam bagi berdoa untuk keselamatan bayi berkenaan berhampiran kediamannya, yang dipercayai mangsa paling teruk kes penderaan kanak-kanak di Britain.

Bayi itu mengalami kecederaan teruk termasuk patah tangan, patah tulang selangka, kecederaan paru-paru dan lebam di seluruh tubuh. Menurut laporan lagi, semua tulang rusuknya patah.
Lebih memeranjatkan, terdapat laporan menyatakan bayi itu turut mengalami kecederaan dalam kemaluan, dipercayai akibat dirogol.

Seorang lelaki dan seorang wanita dari Gravesend, Kent, ditangkap berhubung kejadian itu.
Mereka bagaimanapun dibebaskan atas ikat jamin polis sementara menunggu siasatan lanjut.
Satu kumpulan menulis dalam Facebook: “Penjarakan penjahat yang merogol dan memukul bayi berusia sebulan di Gravesend.”

Ia juga mendesak supaya nama pasangan berkenaan didedahkan.
Seorang pengunjung lain menulis: “Pasangan itu perlu dipenjara dan tidak dibenarkan diikat jamin, Mereka adalah penjahat.”

Seorang wanita menambah: “Kami terkejut dengan kejadian ini dan mahu menyuarakan ”sokongan kami terhadap kanak-kanak itu dengan mengadakan upacara khas untuknya malam ini.”

Bayi itu yang namanya tidak disiarkan, berada dalam keadaan tenat ketika dihantar ke hospital, Khamis lalu.


Kejam sangat.Macam dah takde perasaan.. kalaulah penjenayah diberi hukuman yang setimpal dengan perbuatan yang dilakukan, seperti hukuman yang ditentukan Allah, Insyaallah takkan ada orang berani melakukan jenayah...

Dunia sekarang semakin menakutkan sebab manusia lebih berani membuat undang-undang sendiri tanpa memikirkan kesan dan akibat. Walaupun mereka bukan islam , tp  tak terfikirkah penjenayah itu semakin berani dan merasa bebas melakukan perbuatan jahat mereka sewenangnya tanpa rasa belas dan bersalah.Akhirnya yang menjadi mangsa mereka yang menyelamatkan penjenayah itu sendiri .

Sebelum terkena batang hidung sendiri berdoalah semoga undang2 di negara kita berlaku adil pada pesalah , mengikut hukuman yang telah ditentukan oleh Allah...bukan kah Allah itu maha adil. Setiap hukuman yang Allah berikan ada hikmah disebaliknya dan telah tertulis didalam Al-Quran. Semoga apa yang terjadi di negara barat tidak berjangkit ke negara islam seperti  negara kita Malaysia.. Insyaallah.. Aaaminn....


.

Animated Recent Post - Terbaru

Recent post menunjukkan apakah post terbaru yang baru dihasilkan oleh seseorang blogger untuk blognya. Adanya animated recent post widget, dapat menambahkan lagi 'seri' bagi senarai recent post anda.



Tutorial untuk membuat animated recent post ini adalah seperti berikut.

1. Dari dashboard > design > add a gadget > HTML/javascript

2. Copy dan paste kod di bawah ke dalam ruangan HTML/javascript yang anda buka.

<style type="text/css">
#rp_plus_img{height:377px;}
#rp_plus_img li {height:60px;padding:5px;list-style:none;
background-color:#ffffff;
border:solid 1px #000000;}
#rp_plus_img a{color:#00000;}
#rp_plus_img .news-title{display:block;font-weight:bold ;margin-bottom:4px;font-size:11px;
text-align:justify;
-moz-border-radius: 5px;}
#rp_plus_img img{float:left;margin-right:14px;padding:4px;border:solid 1px #00000;width:55px;height:55px;}
</style>
<script type="text/javascript" src="http://ajax.googleapis.com/ajax/libs/jquery/1.4.2/jquery.min.js"></script>
<script type="text/javascript" src="https://sites.google.com/site/unwanted86/javascript/recentpost.js"></script>
<script type="text/javascript">
var speed = 1500;
var pause = 3500;
$(document).ready(function(){
rpnewsticker();
interval = setInterval(rpnewsticker, pause);
});
</script>
<ul id="rp_plus_img">
<script style="text/javascript">
var numposts = 5;
var numchars = 0;
</script>
<script src="/feeds/posts/default?orderby=published&alt=json-in-script&callback=rpthumbnt"></script>
</ul><small><a href="http://tutorialuntukblog.blogspot.com/2011/07/animated-recent-post-ver2.html" target="_blank">get this widget here</a></small>

3. Save dan lihat hasilnya.

Kredit sepenuhnya :
tutorial untuk blog
"ku menatap dalam kelam, tiada yang bisa ku lihat, selain hanya nama-Mu Ya Allah......Esok ataukah nanti, ampuni semua salahku, lindungi aku dari segala fitnah. Kau tempatku meminta, kau beriku bahagia, jadikan aku selamanya..hamba-Mu yang selalu bertakwa. Ampuniku Ya Allah, yang sering melupakan-Mu, saat Kau limpahkan kurnia-Mu, dalam sunyi aku bersujud......pada-MU"