. . .

Thursday 31 March 2011

Resepi : Ayam percik

Hari ni mood makan meluap-luap...teringin pulak nak post resepi...sebenarnye lame da nak publish..Tapi akibat gambar tak berapa nak cantik jadi aku perap dulu kat folder buat pekasam.Da pikir habis ni.Selepas mengedit gambar ni sebaik mungkin akhirnya aku post jugak..biar lah tak cantik pun kan...janji resepi boleh membuat anda terliur bila melihatnye... 
jom cuba...sila beri tunjuk ajar jika ada kesilapan..he..he..
(Resepi ni juga sebenarnya perminataan dari  Eja (Kiawai cute) ...hu..hu..tapi lame bebenor akak mengeposnye....hu..hu.)


Bahan penting (^_^) :
1/2 ekor ayam (potong dua)

Kuah Percik :
*1 sudu kecil jinta manis
*1 sudu kecil ketumbar
*1 biji bawang besar (ikut suka)
*3 ulas bawang putih
*1 cm inci halia
*15-20 biji cili kering (ikut suka)
*2 cm kunyit / 1 sudu kecil serbuk kunyit
*7 batang serai (5 untuk kuah,dua untuk percik)
1 keping asam keping 
1 cawan air
1 1/2 cawan santan
Garam dan gula secukup rasa

Mula memasak :
- Blend semua bahan bertanda (*)..
-Dah siap ambil 1 senduk untuk perap ayam (perap selama 1-2jam biar serasi : ayam dan rempah)
-Panaskan kuali,masukkan santan dan sedikit air,campurkan bahan kisar yang selebihnye dan masak dengan api perlahan.
-Kemudian masukkan gula ,garam dan asam keping.
-Kacau selalu untuk mengelakkan kuah menjadi berketul-ketul atau bergumpal
-Masak hingga kuah menjadi pekat.
-Dah siap untuk kuah...(^_^)

Seterusnya :
-Bakar ayam diatas bara api (arang).Nak bakar guna oven pun boleh...(^_^)
-Ambil sedikit kuah yang dah masak buh dalam mangkuk kecil bersama 2 batang serai yang dititik untuk dipercikkan pada ayam.
-Bila ayam da hampir masak percikkan kuah percik tadi dan balik-balikkan ayam beberapa kali.(setiap ayam diterbalikkan percikkan kuah percik dengan serai ye..).
- Agak da masak dan menarik rupa parasnye bolehla angkat dan letak dalam pinggan.
-Tuang baki kuah percik keatas ayam tadi...sedia untuk makan panas...nyum-nyum..sedapnye


Selamat mencuba.....(>_^)

Monday 28 March 2011

Interior Design "Koleksi Hijau Yang Menenangkan"

Kali ini ntah kenape aku berangan lebih sikit....(^_^)..Seronok pulak tengok Interior Design..O.k tak koleksi ni..Hijau yang menenangkan..Rasa damai bila tinggal dalam rumah macamni kan....Memang tak keluar rumahla jawabnya.Angan-angan Mat Jenin ku dah menjadi-jadi...Aiyooo....

Tapi sebenarye kite boleh ubah suai hiasan dalaman rumah mengikut kemampuan.Tak semestinya ikut seratus peratus seperti gambar yang ada di bawah ni.Yang penting kemahiran dan kebijaksanaan sesorang dalam mengatur atau mereka sesebuah kediaman.Pandai pulak aku merapu..jom layan foto ni..

  Ruang tamu..




Macammane menarik tak ruang tamu ni...jom layan lagi..sila scroll gadget dibawah untuk melihat kesemuanye...he..he..

Bilik tidur


Kalau dah tidur dalam bilik macam ni mesti susah nak bangunkan...

Ruang makan


 Dapur
Sayang rasanye nak kotorkan dapur yang cantik macamni...

Bilik air
Kalau dah terdesak tidur dalam bilik air ni pun boleh.Manalah tahu sedara mara datang serbu.Tak cukup bilik pulak tu...hu..hu.Belasah jela...Akhirnye tuan rumah kena tidur dalam bilik air...kesian pulak.Tapi bilik air nicantiknye dah mengalahkan ruang tamu rumahku......
*foto sumbangan dari inchik google

Sunday 27 March 2011

Ceriteraku Di Hujung Minggu...


Best tak cuti hujung minggu...(^_*)
Mesti best untuk orang yang masih study dan bekerja.
 Aku rasa biase je sebab hari-hari memang cuti..
Jadi penunggu rumah yang setia...hu..hu...dan..
Menjalankan aktiviti sebagai seorang manager at my house..
(dan dan speaking..)
Adakalanye best,adakalanye tak menarik pun...
seronok ade,bosan ade,boring pun ade..
Naseb baek aku ditemani oleh anak-anakku yang comel...
dua orang je tapi macam sepuluh orang...hu..hu..
baru sesaat aku kata jangan sesaat kemudian diorang buat...
sesaat aku kata tidak sesaat lepas tu diorang bertindak...
pelik kadang-kadang aku tengok keletah diorang nie...hurm..
Kadang-kadang kelakar...dan buat aku tergelak...hi..hi..
 Tapi kadang-kadang aku geram dan terus jadi garang..!!!.(*..*)
Akhirnye suaraku yang lunak(eceh) bertukar jadi macam harimau
mengaum...!!!!
Cuma bahasanya je lain...sebab aku bukan harimau la kan....
Bergegar seluruh isi rumah bila aku terjerit-jerit..
Dah ade retak pun kat dinding rumah ni...
Tapi aku tak pasti apa puncanye..
Mungkinkah aku..
habislah kena saman ngan tuan ghumah nanti..
Astaghfirullahhalazim...baru tersedar ghupenye..
Jiran bujang sebelah rumahku awal-awal pagi da kua rumah..
Mungkin mencari ketenangan...untuk cuti hujung minggu diorang...hi..hi..
Sorylah yer...anak-anakku baru nak membesar...
Macam-macam hal yang diorang buat untuk menjadi lebih bijak..
Macam-macam perangai yang diorang tunjuk untuk melangkah kehadapan
 Aku pernah dengar pakar motivasi berkata
Jangan terlalu mengongkong anak
Dan jangan terlalu menegah diorang selagi tak memudaratkan
Aku pun biarkan je diorang main yang penting korang kemas balik
ape yang korang da sepahkan...
Korang selesaikan sendiri dan bawak berbincang..
Jangan gaduh-gaduh okey... 
Walau apapun Ummi akan menjadi hakim untuk mengdili korang
bila masaalah tak selesai...
Ini jelah kisahku tiap hari... [ʘ‿ʘ]

Tensen dan Geram bengan Berok Band...!!!

Tensen betul dengan makhluk bernama Berok Band....!!!
Lambat sangat nak loading.
Hilang mood aku nak berblogging...
Nak usha blog lain pun susah
Macam kura-kura....
 Akhirnya sementara menunggu loading
Aku pun tido sekejap
Lebih kurang satu jam...!!!
 Loading complete..
 Sambung baca..

Dah siap baca..
Bukak pulak blog lain...
Lambat macam tadi...
 Patut ke aku tido balik macam tadi...!!!
Tak patut...buat keje lainlah dulu kot...

Adoyai.....
 Tensen......
Tensen lagi....
 Lag-lagi tensen....!!!

Tetiba datang plak idea genius
Dari otakku yang bergeligani....(*_^)
Boleh tak...
Aku nakbuat sendiri arial
Macam piring astro
Guna kuali aku yang cunni
 Buh berok band 
selotip kat tengah-tengah kuali...
Pastu letak kat bumbung 
sama taraf macam piring astro...
 Agak-agak line laju tak....????

Saturday 26 March 2011

Berhati-hati dengan Pinggan Seramik Jenama "Bone China"

sekadar gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Umat Islam perlu berwaspada apabila membeli pinggan mangkuk dan perkakasan makanan seperti cawan dan piring daripada seramik kerana ada jenama tertentu mengandungi campuran tulang haiwan, termasuk tulang ****.

Tinjauan di beberapa gedung beli-belah di ibu negara mendapati tiada label diletakkan bagi memaklumkan pengguna bahan campuran digunakan untuk menghasilkan perkakasan itu.

Berbanding dengan kedai kasut yang biasanya meletakkan label kasut diperbuat daripada kulit babi di ruang jualan, peniaga yang menjual pinggan mangkuk mengandungi campuran tulang haiwan tidak memaklumkannya kepada pembeli.


Pegawai Penyelidik Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Hatijah Hashim, ketika diminta mengulas, berkata orang ramai boleh mengenali perkakasan yang mengandungi tulang haiwan kerana kebanyakannya tercatat Bone China di belakangnya.
Bone China adalah istilah komersial digunakan pembuat perkakasan pinggan mangkuk yang mengandungi tulang haiwan.

Berbanding penggunaan kaca dan tembikar sepenuhnya, perkakasan yang mengandungi tulang haiwan ditumbuk halus itu biasanya diimport dari Jepun dan United Kingdom. Ia dicampurkan bagi menjadikannya lebih berkilat dan cantik.


Ia biasanya lebih eksklusif dengan harga mencecah RM8,000 satu set, katanya.
Namun, katanya, peniaga sepatutnya lebih bertanggungjawab dengan meletakkan label di ruang jualan bagi memudahkan umat Islam mengenal pasti sama ada perkakasan dibeli dicampur tulang haiwan.
Bagaimanapun, beliau berkata, umat Islam boleh menghubungi CAP di talian 04-8299511 untuk kepastian.

Pengarah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Noor Nirwandy Mat Noordin, berkata pihaknya pernah menerima aduan umat Islam yang khuatir mengenai penggunaan perkakasan seramik yang dikatakan mengandungi tulang haiwan.

Namun, kami tidak dapat berbuat apa-apa kerana tidak mempunyai bukti kukuh. Pihak berkuasa perlu menubuhkan unit khas untuk membuat kajian makmal, katanya.

Pengarah Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Zainal Abidin Jaffar, pula berkata pengguna yang ingin mendapatkan kepastian boleh membawa perkakasan itu untuk dianalisis oleh Unit Pemantauan dan Penguatkuasaannya.

Di petik dari
berita harian online

Juga boleh baca 
di sini


Sunday 20 March 2011

Roti Sardin Bersalut Serbuk Roti

Hai lamenye tak update...
Resepi ni sebenarya dah lama nak publish..Tapi akibat malas jadi terperap kat kat folder otakku...ngeh-ngeh..
Jom cuba resepi nie..


Bahan-bahan :
1 bungkus roti keping Gardenia (roti jenama ape pun boleh)
serbuk roti

Bahan-bahan :
1 tin sardin
3 labu bawang besar (dihiris bulat)
5-7 ulas bawang putih (di tumbuk)
15 tangkai cili padi (ikut suka)(di tumbuk)
garam dan gula secukup rasa

Bahan C :
1 setengah cawan tepung gandum
1 biji telur                                   

Mula memasak :
-Panaskan kuali bubuh 3 sudu minyak (ikut suka).Minyak dah panas tumiskan bawang putih dan cili padi.
-Dah naik bau masukkan kuah sardin dan hirisan bawang besar,tambah sedikit air.Tumis sehingga bawang masak,kemudian masukkan ikan sardin.Hancurkan ikan sardin dan kacau sehingga benar-benar masak.Tambah garam dan serbuk perasa (suka bubuh garam di akhir step).
-Dah siap masuk dalam pinggan dan sejukkan.

Seterusnya :
-Pecahkan telur campur bersama tepung gandum dan tambah sedikit air.Kacau hingga sebati..(sukatan cairan sama seperti adunan untuk goreng pisang)

Akhir sekali :
-Lipat dua sekeping roti.Potong untukdijadikan dua bahagian.Ambil sekeping yang telah dipotong dan letak sedikit sardin ikut kesesuaian.kemudian lipat (maaf tiada gambar).
-Buat begini pada semua roti yang telah dipotong.
-Dah siap panaskan minyak untuk menggoreng.
-Celupkan roti pada adunan tepung dan telur tadi (adunan ni bertindak sebagai gam terbaek)
-Kemudian gaulkan pada serbuk roti dan terus goreng.

p/s : roti yang dicelup terus golek pada serbuk roti dan terus goreng,jangan biar lame untuk siapkan sume roti baru goreng sebab nanti roti jadi lembik dan bila digoreng jadi berminyak.aiyooo...berbelit-belit

Wednesday 16 March 2011

Petua : Merawat demam cara tradisional

Hari ini nak bercerita pasal petua pulak....Petua untuk merawat demam.Aku kumpulkan semua dalam satu tajuk bagi memudahkan pembaca...mudah ke...mungkin mudah sikit kot.he..he..

Petua merawat demam ni berkaitan dengan rawatan tradisional...menggunakan bahan-bahan semula jadi yang sedia ada berada disekitar rumah kita...Kalau da terdesak intai-intai je kat keliling rumah.Mesti ada pokok yang tersenarai kat bawah nie...hurm...

Memang sekarang kita dah moden tetapi ada sebahagian dari kita yang masih suka dengan cara tradisional...
Mehlah cuba...


1)Lidah buaya (aloe vera) :
  • Menyejukkan badan.
  • Caranya : Bancuh lendir lidah buaya dengan gula dan air batu untuk menyejukkan badan setelah diminum







2)Bunga raya (hibiscuss rosa sinensis L)  :
  • Meredakan selsema
  • Caranya : 30 kuntum bunga kering direbus dengan dua gelas air sehingga isi padu air tinggal segelas. Minum bagi meredakan selsema







3)Pokok ati-ati (coleus blumei) :
  • Melegakan sakit kepala,meredakan demam & bengkak-bengkak.
  • Caranya : Lumatkan daun dahulu kemudian dilekat dan diikat dengan kain di dahi untuk meredakan  demam.



4)Sosor bebek / Setawar : (kalanchoe pinnata (lam) pers) :
  •  Meredakan demam.
  • Daun dilumatkan untuk ditampal pada perut ketika cirit-birit dan menurunkan suhu badan ketika demam.








5)Sawi langit (vernonia cinerea (L) less) :
  • Meredakan demam.
  • Caranya :  bahan dicuci bersih, direbus dengan 4 gelas air sampai mendidih dan tersisa 2 gelas. Setelah dingin lalu disaring.Minum 2 kali sehari, masing-masing 1 gelas.



6)Pudina (menta arvensis) :
  • Meredakan demam , batuk dan selsema
  • Caranya : daun dilumatkan dan airnya dicampur dengan limau nipis untuk diminum bagi meredakan sakit tekak.







7)Limau kasturi (citrus microcarpa) :
  • Melegakan pening.
  • Caranya : jus air limau dicampur lada hitam (ditumbuk lumat) untuk diminum bagi melegakan tekak berlendir dan berkahak.






8)Limau purut (chytrus bystix) :


  • Meredakan selsema
  • Caranya : perah jus limau yang telah masak,tambah dengan 1/4 gelas air panas dan diminum ketika masih panas untuk meredakan selsema.






9)Tebu hitam (sacbarum officinarum) : 
  •  Meredakan batuk, mengurangkan suhu badan dan menambah selera makan.
  •  Caranya : tebu dibakar dan diperah untuk mendapatkan airnya.Ia diminum bagi mengurangkan suhu badan, meredakan batuk dan menambahkan selera makan.



10)Kaca piring (gardenia augusta merr) :
  •  Meredakan demam.
  • Caranya : segenggam daun direbus dengan dua gelas air.biarkan isi padu air berkurang menjadi 200cc.Campur gula pasir untuk diminum bagi meredakan demam.





11)Melati (Jasminum sambac (L) ait) :
  •  Meredakan selsema.
  • Caranya : rebus 20 kuntum bunga kering, seruas halia dan dua tangkai daun bawang dengan dua gelas air.Biarkan isipadu air menjadi segelas.Kemudian,minum air rebusan itu bagi meredakan selsema. 


 12)Nilam (pogostemon cablin) :

  • Meredakan batuk dan sesak nafas.
  • Air rebusan daun dikumur atau diminum untuk melegakan batuk dan asma.







13)Tembelekan / Lantana (lantana camara lian) :
  •  Meredakan selsema
  • Akar yang kering direbus dahulu untuk diminum bagi meredakan selsema,lelah dan batuk kering








14)Temu lawak (curcuma xantborrbiza) :
  •  Ubat demam (anti-pyretic) :
  • Rebus 3-9 gm ubi segar (kering 1-5gm)supaya minyak sarinya tidak hilang.Ubinya dimakan dahulu sebelum makan makanan lain.ini akan melancarkan penghadaman makanan.selain itu,ia juga dapat mengembalikan kecergasan
  • Wanita di awal kehamilan elak kan menggunakan tumbuhan ini kerana boleh menyebabka kontraksi pada pangkal rahim & menyebabkan keguguran.penggunaan yang berlarutan (jangka masa yang panjang boleh menyebabkan ulser.

15)Nanas kerang (rhoeo discolor (l.her) hence) : 
  •  Meredakan demam , batuk berkahak dan selsema.
  • caranya : 20-30 kuntum bunga direbus untuk diminum babi meredakan batuk, batuk berkahak dan selsema.



16)Beluntas (pulchia indica (less) :
  • Menurunkan panas badanB VB
  • Caranya : minum air rebusan daun bagi menurunkan panas badan , menambahkan nafsu makan dan melegaka sakit pinggang.





17)Semalu (Mimosa Pudica L) :
  • Meredaka panas badan kanak-kanak.
  • Meredakan batuk berkahak
  • Caranya : Cuci 10-15g akar putri malu segar sampai bersih dan potong ikut suka hati. Tambahkan 3 gelas air, lalu rebus sehingga tinggal separuh. Setelah sejuk, tapis dan minum airnya sehari 3kali, masing-masing 1\\2 gelas.
  • jika terlebih dos boleh menyebabkan keracunan dan muntah-muntah.

rujukan :
-99HERBA-Che Aniha Che Isahak
-Penyembuhan semulajadi dengan Herba - Noraida Arifin
-http://www.rileks.info/coollist/2009/02/herba-temulawak/
-gambar dari incik google (hanya 4 keping je pradok dari aku... lidah buaya,setawar,pudinadan lantana)

Thursday 10 March 2011

Penawar untuk Fibroid...!!!

Sebelum ini aku pernah bercerita tentang Fibroid yang telah mengganggu hidup ibuku...Tapi hari ini aku telah terjumpa artikal yang memberitahu tentang penawar bagi Fibroid.opps bukan menawarkan fibroid...tapi mengecutkan Fibroid...
Excited aku menaip entry ni...sebab aku ingin berkongsi dengan semua pembacaku...(yang sudi membacalah ye..(^_^)..ngeh..ngeh..)

Pernah tak dengar herba KUMANGO...aku pun tak pernah dengar dan tak pernah sentuh pun KUMANGO ni...dalam mimpi pun tak pernah jumpa....hurm..cammana rupanya ye.Nama nya da hampir sama dengan buah mangga... herba inilah yang dikatakan boleh mengecutkan Fibroid...suka sangat bila terjumpa artikal ini...

Sila baca keratan dari akhbar  kosmo dibawah ini...

gambar kredit untuk nasarteguh


KOORDINATOR klinikal dan pensyarah kejururawatan di Kolej Lincoln, Petaling Jaya, Selangor, Noor Shakinah Hassan Basri, 43, pernah disangka hamil kerana perutnya yang buncit.

Malah, gaya beliau berjalan juga sering menimbulkan tanda tanya mereka yang memerhati.

“Saya disahkan mempunyai ketumbuhan fibroid berdiameter empat sentimeter pada kedua-dua belah ovari pada tahun 2000.

“Setiap kali datang haid, saya akan mengalami pendarahan yang teruk. Darah yang keluar berketul-ketul dan saya perlu menukar tuala wanita hampir setiap lima minit.

“Insiden darah terkena pakaian juga terlalu lazim, biarpun sudah masuk hari ketiga haid. Malah, setiap kali datang haid, saya tidak akan duduk kerana risau akan ‘kebocoran’.

“Sakit akibat senggugut juga mengganda menyebabkan saya kerap ambil cuti sakit, hilang mood ketika mengajar dan perlu makan ubat penahan sakit.

“Hendak berjalan pun dirasakan sukar,” dedahnya yang pada waktu itu akan mengalami haid sehingga sembilan hari.

Tatkala didatangi haid juga Shakinah akan tidur berasingan daripada suami di atas tikar getah di lantai bilik tidur.

Biarpun sering memakai baju dan seluar yang besar serta longgar bagi mengelakkan perut buncit itu kelihatan terlalu jelas, Shakinah tidak dapat berbuat apa-apa dengan caranya berjalan.

“Ketumbuhan itu menyebabkan pembengkakan pada bahagian bawah perut. Jadi setiap kali berjalan, saya merasakan geselan pada bahagian itu. Ia bukan saja tidak selesa, tetapi juga menyakitkan,” kongsi Shakinah.

Keguguran

Sebelum itu, pada tahun 1996, Shakinah disahkan menghidap endometriosis, iaitu keadaan yang berlaku apabila tisu endometrium tumbuh di luar rahim. Akibatnya, Shakinah mengalami keguguran sehingga dua kali.

Rentetan daripada itu, Shakinah menjalani pembedahan untuk mengikis dinding rahim, membuang fibroid dan mengambil suntikan untuk menghentikan haid sehingga enam bulan.

“Ubat herba Cina yang paling pahit pun saya makan tetapi fibroid tumbuh lagi di tempat yang sama selepas itu,” katanya yang berkahwin pada tahun 2006.

Secara kebetulan, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kolej Lincoln, Prof. Datuk Dr. Ir. Badaruddin Nordin sedang membuat kajian tentang khasiat buah kumango atau Star Apple.


Kajian yang dijalankan dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) itu mendapati buah tersebut mengandungi elemen terapi yang baik untuk mengekalkan kesihatan tubuh.

“Saya orang pertama mencuba air buah itu. Disebabkan ia dihasilkan daripada buah dan tidak dicampur sebarang bahan kimia, saya berani mencubanya.

“Hanya selepas seminggu mengambil air buah itu, saya tidak lagi mengalami pendarahan haid yang melampau.

“Untuk mengesahkan keadaan fibroid dan endometriosis di dalam rahim saya itu, saya berjumpa dengan doktor pakar untuk melakukan imbasan bunyi.

“Doktor itu mengatakan saiz fibroid saya yang asalnya ialah tiga sentimeter sudah mengecut kepada satu sentimeter,” kenang Shakinah.

“Perut saya juga semakin kempis dan sekarang saya boleh menyarungkan baju kebaya dan berkasut tumit tinggi. Saya juga semakin yakin dengan diri sendiri,” tambahnya.

Malah, tiga bulan selepas mencuba air buah kumango yang dipopularkan sebagai Bio-99 itu, Shakinah disahkan hamil.

Malangnya Shakinah keguguran sekali lagi semasa kandungan mencecah usia empat bulan akibat terjatuh dari tangga kapal terbang.

“Sekurang-kurangnya usia kandungan sudah mencecah empat bulan. Itu tempoh paling lama saya hamil berbanding sebelum ini di mana saya gugur belum pun usia kandungan mencecah tiga bulan,” ujarnya positif.

Kredit untuk blog :
mylittle dapur
rileks.info

Bertukar...!!!!

 
Yey..blog aku bertukar lagi..
Untuk yang ke berapa kali ntah..
 Lupa pulak nak kira...
 Kali ni aku pilih warna hijau jugak..
Warna kegemaran aku...
asyik ijo je,balik-balik ijo,sumenye ijo
 Sebelum ni aku ingat malas nak guna template ijo..
 Try la pulak guna merah jambu ke,
merah menyala yang bole buat lembu mengamuk ke...
(seb baik lembu tak ade blog kan..!!!)
 Tapi tak masuk dalam jiwalah...cheh
 Dan akhirnya ijo jugak yang aku pilih...
Sedap mata memandang..(bagi aku)
Bagai menatap alam yang indah...
Sebab tulah aku suka hijau ye..ataupun ijo..
Aku berharap tangan ni tak gatal lagi untuk menukar template yang ade ni..
ngeh..ngeh....

"ku menatap dalam kelam, tiada yang bisa ku lihat, selain hanya nama-Mu Ya Allah......Esok ataukah nanti, ampuni semua salahku, lindungi aku dari segala fitnah. Kau tempatku meminta, kau beriku bahagia, jadikan aku selamanya..hamba-Mu yang selalu bertakwa. Ampuniku Ya Allah, yang sering melupakan-Mu, saat Kau limpahkan kurnia-Mu, dalam sunyi aku bersujud......pada-MU"