. . .

Thursday, 10 March 2011

Penawar untuk Fibroid...!!!

Sebelum ini aku pernah bercerita tentang Fibroid yang telah mengganggu hidup ibuku...Tapi hari ini aku telah terjumpa artikal yang memberitahu tentang penawar bagi Fibroid.opps bukan menawarkan fibroid...tapi mengecutkan Fibroid...
Excited aku menaip entry ni...sebab aku ingin berkongsi dengan semua pembacaku...(yang sudi membacalah ye..(^_^)..ngeh..ngeh..)

Pernah tak dengar herba KUMANGO...aku pun tak pernah dengar dan tak pernah sentuh pun KUMANGO ni...dalam mimpi pun tak pernah jumpa....hurm..cammana rupanya ye.Nama nya da hampir sama dengan buah mangga... herba inilah yang dikatakan boleh mengecutkan Fibroid...suka sangat bila terjumpa artikal ini...

Sila baca keratan dari akhbar  kosmo dibawah ini...

gambar kredit untuk nasarteguh


KOORDINATOR klinikal dan pensyarah kejururawatan di Kolej Lincoln, Petaling Jaya, Selangor, Noor Shakinah Hassan Basri, 43, pernah disangka hamil kerana perutnya yang buncit.

Malah, gaya beliau berjalan juga sering menimbulkan tanda tanya mereka yang memerhati.

“Saya disahkan mempunyai ketumbuhan fibroid berdiameter empat sentimeter pada kedua-dua belah ovari pada tahun 2000.

“Setiap kali datang haid, saya akan mengalami pendarahan yang teruk. Darah yang keluar berketul-ketul dan saya perlu menukar tuala wanita hampir setiap lima minit.

“Insiden darah terkena pakaian juga terlalu lazim, biarpun sudah masuk hari ketiga haid. Malah, setiap kali datang haid, saya tidak akan duduk kerana risau akan ‘kebocoran’.

“Sakit akibat senggugut juga mengganda menyebabkan saya kerap ambil cuti sakit, hilang mood ketika mengajar dan perlu makan ubat penahan sakit.

“Hendak berjalan pun dirasakan sukar,” dedahnya yang pada waktu itu akan mengalami haid sehingga sembilan hari.

Tatkala didatangi haid juga Shakinah akan tidur berasingan daripada suami di atas tikar getah di lantai bilik tidur.

Biarpun sering memakai baju dan seluar yang besar serta longgar bagi mengelakkan perut buncit itu kelihatan terlalu jelas, Shakinah tidak dapat berbuat apa-apa dengan caranya berjalan.

“Ketumbuhan itu menyebabkan pembengkakan pada bahagian bawah perut. Jadi setiap kali berjalan, saya merasakan geselan pada bahagian itu. Ia bukan saja tidak selesa, tetapi juga menyakitkan,” kongsi Shakinah.

Keguguran

Sebelum itu, pada tahun 1996, Shakinah disahkan menghidap endometriosis, iaitu keadaan yang berlaku apabila tisu endometrium tumbuh di luar rahim. Akibatnya, Shakinah mengalami keguguran sehingga dua kali.

Rentetan daripada itu, Shakinah menjalani pembedahan untuk mengikis dinding rahim, membuang fibroid dan mengambil suntikan untuk menghentikan haid sehingga enam bulan.

“Ubat herba Cina yang paling pahit pun saya makan tetapi fibroid tumbuh lagi di tempat yang sama selepas itu,” katanya yang berkahwin pada tahun 2006.

Secara kebetulan, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kolej Lincoln, Prof. Datuk Dr. Ir. Badaruddin Nordin sedang membuat kajian tentang khasiat buah kumango atau Star Apple.


Kajian yang dijalankan dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) itu mendapati buah tersebut mengandungi elemen terapi yang baik untuk mengekalkan kesihatan tubuh.

“Saya orang pertama mencuba air buah itu. Disebabkan ia dihasilkan daripada buah dan tidak dicampur sebarang bahan kimia, saya berani mencubanya.

“Hanya selepas seminggu mengambil air buah itu, saya tidak lagi mengalami pendarahan haid yang melampau.

“Untuk mengesahkan keadaan fibroid dan endometriosis di dalam rahim saya itu, saya berjumpa dengan doktor pakar untuk melakukan imbasan bunyi.

“Doktor itu mengatakan saiz fibroid saya yang asalnya ialah tiga sentimeter sudah mengecut kepada satu sentimeter,” kenang Shakinah.

“Perut saya juga semakin kempis dan sekarang saya boleh menyarungkan baju kebaya dan berkasut tumit tinggi. Saya juga semakin yakin dengan diri sendiri,” tambahnya.

Malah, tiga bulan selepas mencuba air buah kumango yang dipopularkan sebagai Bio-99 itu, Shakinah disahkan hamil.

Malangnya Shakinah keguguran sekali lagi semasa kandungan mencecah usia empat bulan akibat terjatuh dari tangga kapal terbang.

“Sekurang-kurangnya usia kandungan sudah mencecah empat bulan. Itu tempoh paling lama saya hamil berbanding sebelum ini di mana saya gugur belum pun usia kandungan mencecah tiga bulan,” ujarnya positif.

Kredit untuk blog :
mylittle dapur
rileks.info

3 8 juta memberi pandangan dan pendapat:

bunga said...

xterbaca lak pasal ni..hehe..

hoyahadis said...

penting jugak info macam nie..hu..hu..

niniey said...

kat mane nk dpt kn ni ek??????????

"ku menatap dalam kelam, tiada yang bisa ku lihat, selain hanya nama-Mu Ya Allah......Esok ataukah nanti, ampuni semua salahku, lindungi aku dari segala fitnah. Kau tempatku meminta, kau beriku bahagia, jadikan aku selamanya..hamba-Mu yang selalu bertakwa. Ampuniku Ya Allah, yang sering melupakan-Mu, saat Kau limpahkan kurnia-Mu, dalam sunyi aku bersujud......pada-MU"