. . .

Thursday 8 December 2011

Apa itu keputihan dan merawat keputihan cara tradisional

Moga hari ini hari yang ceria buat korang semua...dah lame rasenye tak buat entry tentang petua.Petua kali penting untuk pengetahuan kaum hawa...kaum adam pun perlu juga ambil tahu untuk isteri dan anak2. Jom bace sekejap...(^_^)

Dalam bahasa yang paling mudah keputihan adalah cairan atau lendir yang keluar daripada liang faraj.

Tidak semua cairan yang keluar boleh dianggap normal apatah lagi yang boleh menyebabkan kegatalan...(@_@).Keputihan sering menimbulkan kerungsingan dan ketakutan di kalangan wanita...(#_#)

Keputihan biasanya berwarna jernih atau kelabu keputihan , adakalanya berwarna kekuningan atau kehijauan.Jika keputihan bersifat lendir , beku seperti susu basi , berbau hanyir dan terdapat radang atau kegatalan pada faraj menandakan berlakunya jangkitan.

Cairan lendir ini berasal dari tiga sumber iaitu :
  1. sekitar mulut vagina
  2. selaput liang vagina
  3. selaput rongga rahim
Wanita yang kerap mengalami masaalah keputihan :
  1. Wanita yang menghampiri masa subur,sebelum atau sesudah haid.
  2. Wanita yang sedang mengalami gangguan jiwaseperti terlalu sedih atau gembira
  3. Wanita hamil.
  4. Wanita yang mengambil pil perancang keluarga.
  5. Wanita yang sedang dalam rawatan dengan ubat hormon
  6. Wanita yang bekerja kuat dengan menggunakan tenaga fizikal yang banyak.
  7. Bayi perempuan yang baru lahir , antara umur satu hingga sepuluh hari (cairan boleh keluar dari vaginanya akibat pengaruh hormon yang dihasilkan oleh placenta atau uri).
  8. Gadis remaja yang menghampiri puberti atau baligh.

Cara merawat keputihan cara tradisional

Rawatan semulajadi adalah lebih mudah digunakan berbanding antibiotik. Tiada bahan kimia sintetik dan ia amat sesuai dengan badan kita. Oleh itu penggunaan yang lama antibiotik tidak digalakkan.

Selain itu kesan sampingan rawatan semulajadi tidaklah berbahaya berbanding rawatan antibiotik. Malah ia memberikan perlindungan yang lebih lama dari serangan kembali bakteria keputihan. Ramuan untuk rawatan semulajadi ini banyak sebenarnya. Antaranya adalah penggunaan yogurt , kultur hidup , acid borik dan herba. 

Selain itu rawatan pencegahan semulajadi juga amat penting dalam menghindari keputihan daripada terjadi semula. Melalui rawatan semulajadi ini ia memberikan kelegaan kepada kaum wanita kerana tiada lagi bau yang kurang menyenangkan, tiada lagi kegatalan dan yang lebih penting ia dapat meningkatkan lagi keyakinan diri seseorang wanita.

Rawatan tradisional menggunakan bahan semulajadi


Sirih
Ambil 10 helai daun sirih dan direbus dengan satu liter air. Tapiskan. Air rebusan ini digunakan untuk menggantikan ‘feminine hygiene’. Selamat digunakan walaupun ketika haid.


Delima
Ambil kulit buah delima secukupnya dan jemur sehingga kering. Setelah kering, rebuskan kulit buah delima tersebut dan tapiskan apabila telah sejuk.  Digunakan sebagai ubat sapu.


Kangkung Merawat penyakit busung , insomnia , lemah badan dan keputihan.
Dimakan mentah atau dijadikan jus atau rebus akar kangkung bersama 2 gelas air sehingga isi padu air tinggal segelas untuk diminum


Beluntas
Ambil daun beluntas secukupnya dan rebus dengan segelas air. Tapis apabila telah sejuk dan minum.


Beras
Tanak nasi sehingga hangus. Ambil kerak nasi tersebut dan panggang  sehingga hangus. Kemudian tumbuk sehingga lumat dan masukkan ke dalam setengah cawan air panas dan minum. Amalkan setiap hari sehingga masalah keputihan hilang.

Rizom keladi gajah
Hiris rizom keladi gajah nipis-nipis kemudian digoreng tanpa minyak bersama kira-kira segenggam beras sehingga hangus. Masukkan ia ke dalam air dan rebus selama beberapa jam, seelok-eloknya 5 jam. Campurkan gula ke dalam rebusan tersebut dan biarkan sejuk.  Apabila telah sejuk, tapis dan minum.

Senduduk
Ambil segenggam daun senduduk, sepotong bonglai dan halia. Rebuskan bahan-bahan tersebut bersama sedikit gula. Tapis apabila telah sejuk untuk diminum.

Tapak leman
Ambil dalam 20g daun dan akar Tapak leman dan dipotong kecil. Sertakan juga 10g daun inai, 15g rizom kunci kuning dan 30gm daun misai kucing. Rebuskan kesemua bahan tersebut dan sejukkan. Tapis dan minum dua kali sehari sebelum datang haid.

Turi
Ambil segenggam daun turi dan kunyit. Basuh bersih dan tumbuk sehingga lumat. Masukkan ke dalam 3/4 cawan air panas dan dikacau rata. Biarkan untuk beberapa minit sebelum diperah dan ditapis untuk diminum. Amalkan dua kali sehari.
Satu cara lagi ialah dengan mengambil 120g daun turi, 120g daun sirih, 50g daun ketumbel dan 150g daun jambut batu, hancurkan dan direbus dengan air secukupnya. Campurkan ke dalam air mandian dan berendamlah untuk beberapa minit di dalam air campuran tersebut.


Daun baru cina
Ambil kira-kira 30g daun baru cina. Rebuskan sehingga mendidih dan tapiskan apabila telah sejuk. Bolehlah diminum.


.



Lain - lain petua (tak larat nak carik gambar)

Sentul
Akar sentul dipotong kecil dan direbus dengan tiga gelas air sehingga menjadi satu gelas. Tapis dan minum apabila telah sejuk.


Balung ayam ungu
Ambil kira-kira 60g bunga balung ayam dan daging secukupnya. Rebus dengan tiga gelas air sehingga daging menjadi empuk. Makan daging dan minum air rebusan itu apabila telah sejuk.

Balung ayam lebar
Ambil 15g balung ayam lebar yang kering, 15g daun hempedu bumi kering dan hati-hati ungu kering. Rebus dengan tiga gelas air sehingga menjadi satu gelas. Tapis dan minum apabila telah sejuk. Amalkan dua kali sehari seeblum makan.

Bunga Butang
Rebus bunga butang dengan segelas air. Tapis dan minum apabila telah sejuk.

Bunga matahari
Rebus akar dan batang bunga matahari sehingga air rebusan tinggal separuh. Tapis dan minum apabila telah sejuk.

Siantan/jarum-jarum
Ambil bunga siantan kira-kira segenggam dan rebus. Biarkan sejuk sebelum diminum.

Cempaka telur
Rebus bunga cempaka telur secukupnya sehingga mendidih. Tapis dan minum apabila telah sejuk.





Petua dan gambar dari pelbagai sumber dari google.
Kredit : intim , gadismalaysia .

.

6 8 juta memberi pandangan dan pendapat:

Lutfi Azmi said...

masalah orang pompuan rupenyer.. btw nice info.. boleh buat ilmu tambhan.. hehe

chEntA said...

thanks 4 da info..=)

syg ibuaniQ said...

info yg bermanfaat. keen to read more from u. slm ziarah tn umah. i da folo :)

hoyahadis said...

PeJuAnG CinTa : banyak sebenrnye masaalah orang pompuan ni..thanks..(^_^)

hoyahadis said...

chEntA : welcome..(^_^)

hoyahadis said...

syg ibuaniQ : okey thanks..(^_^)

"ku menatap dalam kelam, tiada yang bisa ku lihat, selain hanya nama-Mu Ya Allah......Esok ataukah nanti, ampuni semua salahku, lindungi aku dari segala fitnah. Kau tempatku meminta, kau beriku bahagia, jadikan aku selamanya..hamba-Mu yang selalu bertakwa. Ampuniku Ya Allah, yang sering melupakan-Mu, saat Kau limpahkan kurnia-Mu, dalam sunyi aku bersujud......pada-MU"