. . .

Saturday, 14 May 2011

Koleksi beg yang pelik tapi comel dan kiut...

Ha..ha..tajuk tak boleh blah...Tujuan yang sebenarnya tadi nak cari design beg yang menarik dan tertarik. Sebelum tu aku ade melawat blog seorang kawan Mayra Aish...Cantik beg baru yang beliau order.Tapi cari punya cari design lain pulak yang aku dapat...apakata kita layan dulu gambar-gambar kat bawah ni ye....


 Beg yang sangat comel..Sesuai untuk kanak-kanak juga orang dewasa..

Design yang sangat cool..juga sesuai untuk kanak-kanak

Beg ini khas untuk si penggemar burger..Ada juga beg seperti ini dicipta untuk anda..Terlebih cool rekaan beg ni..siap ada rantai berukuran 56cm...boleh digunakan sebagai senjata untuk melibas atau menjerut leher peragut sebelum dihantar ke balai polis...hua..ha..ha..

Betseyville Call Me Purse Wishes nama diberi.Bahagian hadapan beg ini dihiasi dengan butang dail putar diperbuat daripada emas dan peranti keras berwarna merah jambu.tapi belum dapat dikenalpasti boleh berfungsi atau tak.
Design beg agak ketinggalan zaman.Tapi nampak klasik dan menarik....Siapa suka sila senyum..(^__^)

Beg ini direka khas oleh João Sabino demi menyelamatkan dunia daripada dipenuhi dengan sampah sarap.Sudah semestinya beg ini direka daripada keybord yang telah rosak.Sangat kreatif..Sila jeling ke keyboard anda sekarang jika ia hampir rosak janganlah merancang untuk membuangnya...

Design beg ini juga direka dari bahan kitar semula...sangat unik


Dalam banyak-banyak design ini yang paling sesuai untuk wanita.Sepatu dan tas disatukan menjadi sebuah handbag.Direka oleh Azumi dan Daud,design ini diberi nama Loop Handle Tas Heel...Agak pelik tapi jangan terkejut harganya £ 200,00...err matawang mana ntah ni..


 Suka tak design-design kat atas tuh...(^__^)

6 8 juta memberi pandangan dan pendapat:

Cik Ila said...

wow.cute nye...hehe. :)

Nurul Syazana Noorhijas said...

smart la beg ni . kalo bawak kuar msti semue terpegun !! :D

suha said...

nak beg katak yg 1st pic tu...hehe

mayra aish♥ said...

suka beg keyboard tu!!
huhuhu..
sangat menarik ;)
hehehe

hoyahadis said...

suha : ha..ha..comel kan..

hoyahadis said...

mayra aish♥ : handmade klu tak silap akak..sangat kretip kan..(^__^)

"ku menatap dalam kelam, tiada yang bisa ku lihat, selain hanya nama-Mu Ya Allah......Esok ataukah nanti, ampuni semua salahku, lindungi aku dari segala fitnah. Kau tempatku meminta, kau beriku bahagia, jadikan aku selamanya..hamba-Mu yang selalu bertakwa. Ampuniku Ya Allah, yang sering melupakan-Mu, saat Kau limpahkan kurnia-Mu, dalam sunyi aku bersujud......pada-MU"