. . .

Monday, 9 May 2011

Haramkah sambutan hari ibu...???

Buat pertama kalinya aku mengetahui sambutan hari ibu diperdebatkan.Sebelum ini tak pernah terfikir pun...haramkah atau halahkah...
setiap kali aku ucapkan selamat hari ibu pada ibuku dia hanya tersenyum hambar..tak gembira sangat pun...mungkin dia terfikir "hari ni je ke hari istimewa untuk ibu...???..kan best kalau hari-hari hari ibu..."
"Kan seronok kalau hari2 buat ucapan sayang kat ibu..." dan akhirnya ibu menjawab "jadilah insan yang soleh dan solehah..itu adalah hadiah terbaik buat ibu"


Petikan ini aku ambil dari dakwah.org  yang menyingkap dan menghuraikan tentang hari ibu

Mari kita singkap makna sebenar Hari Ibu / Mother’s Day menurut Wikipedia : “One school of thought claims this day emerged from a custom of mother worship in ancient Greece, which kept a festival to Cybele, a great mother of Greek gods. This festival was held around the Vernal Equinox around Asia Minor and eventually in Rome itself from the Ides of March (15 March) to 18 March. The ancient Romans also had another holiday, Matronalia, that was dedicated to Juno, though mothers were usually given gifts on this day. In some countries Mother’s Day began not as a celebration for individual mothers but rather for christians.”
Maksudnya di sini ialah bahawa hari ibu juga merupakan salah satu di antara perayaan yang disambut oleh orang kafir iaitu masyarakat yang beragama kristian. Greek kuno memanggilnya sebagai hari cybele iaitu ibu kepada dewa-dewa mereka. Dan Roman kuno pula meraikan hari matronalia sebagai tanda memperingati dewa juno iaitu mak kepada juventas, vulcan dan mars.

Jadi persoalannya di sini, perlukah kita sebagai orang Islam untuk menyambutnya?
Di dalam Islam, kita dituntut untuk menghormati ibu bapa kita setiap masa dan ketika. Bukannya hanya terhad kepada hari-hari tertentu sahaja seperti pada hari ibu atau hari bapa.
Firman ALLAH Subhana Wa Ta’ala : Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ah”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”

[Surah al-Israa’, Ayat 23 hingga 24]
Dr. Yusuf al-Qaradhawi pernah berkata, “Hari ibu ini timbul kerana pihak orentalis/doktrin barat memikirkan bahawa inilah cara yang terbaik untuk mereka menarik minat anak-anak remaja barat agar menghormati orang tua mereka. Umumnya kita tahu bahawa masyarakat barat amat tipis dengan adab tatasusila, jadi dengan mengadakan/mengkhususkan hari-hari tertentu sekaligus dapat memupuk remaja mereka agar menyayangi dan menghormati orang tua mereka.”

Manakala masyarakat kita pula umumnya lebih cenderung dengan budaya ikut-ikutan. Sentiasa terpengaruh dan terpedaya dengan budaya orang kafir dan barat. Bila orang kafir sambut hari valentine kita pun nak sambut sama! Bila orang kafir sambut april fool, kita pun ‘fool’ sama kerana sambut hari karut tu! Bila orang kafir sambut hari ibu dan hari bapa kita pun nak buat sama! Sungguhpun perayaan ini murni dari pandangan mata kasar kita. Tapi hakikat agama Islam kita tidak pernah mensyariatkan atau menuntut umat-umatnya agar menghormati dan menyayangi orang tua mereka, suami atau isteri mahupun anak-anak mereka pada hari-hari tertentu sahaja.

Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda : “Sesiapa sahaja yang menyerupai sesuatu kaum itu , maka dia itu termasuk di dalam golongan mereka”
[Hadits Sahih - diriwayatkan oleh Imam Abu Daud R.H dalam sunannya, Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam musnadnya Dan Imam as-Suyuti di dalam al-Jamie’ as-Shaghir, disahihkan oleh Al-Albani]

Islam adalah ‘Deen’ atau cara hidup. Ia telah merangkumi segala-galanya. Bukan hanya kehidupan untuk di dunia yang sementara ini bahkan kehidupan abadi (abadan-abadan) nun di akhirat kelak. Moga ALLAH Subhana Wa Ta’ala terus memelihara kita semua agar kekal terus dalam agamanya iaitu Islam dan mengamalkan cara hidup yang berlandaskan syariat Islam yang sebenar.

Sesungguhnya mengamalkan Islam dengan mengikuti contoh Rasulullah s.a.w adalah sebaik-baik jalan dan jalan yang paling selamat di sisi Allah. Bukankah Allah s.w.t telah berfirman:

“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).” Al-Ahzab: 21
Malah, jika kita berbalah tentang sesuatu hal dalam agama, Allah s.w.t menyuruh kita agar menjadikan Al-Quran dan hadith-hadith Rasulullah s.a.w (As-Sunnah) sebagai hakim:

” Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.” An-Nisa:59

“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia termasuk dalam golongan tersebut” – hadis.


Petikan diatas sekadar ingin berkongsi sahaja...bukan untuk berdebat sebab aku bukanlah seorang yang arif...
Raikanlah ibu bukan kerana ikut-ikutan budaya barat,dan bukan hanya pada tarikh yang ditetapkan kita beria-ria meraikan ibu yang disayangi.

Banyak kecelaruan pendapat dalam dunia akhir zaman.Takut bila memikirkannya.Kadang -kadang terfikir adakah aku berada dijalan yang betul.Walauapapun berpeganglah pada hadis dan al-quran insyaalah selamat dunia akhirat.

Yang paling penting ialah doa buat Ibu/bapa setiap kali selepas solat. Itu adalah antara apa yang perlu kita lakukan jika kita benar-benar sayangkan ibu kita dan ia berlaku sekurang-kurangnya lima kali sehari bukannya sehari setahun.Dan permintaan ibuku berdoalah setiap kali teringatkan ibu dan jangan lakukan sesuatu yang menyebabkan tercalit dosa untuk ibu/bapa akibat dari perbuatanku...

Apa pun, sayang ibu selalu…

Teringin Tak nak belajar photoshop...!!!.Klik sini jika nak tahu dengan lebih lanjut..^_^



8 8 juta memberi pandangan dan pendapat:

EJA said...

alamak...tak tahu pun hari ibu itu haram..

hoyahadis said...

akk pun tak pasti la eja..tp dari yg akk baca haram sebab kita jadikan tradisi barat sebagai ikutan..bukan hr ibu je..sambutan hr lain yg ada kaitan ngan tradisi barat..(sebab kebanyakan tarikh dipilih berdasarkan sejarah mereka)

tp ada pendapat tk salah meraikan ibu tp raikan mereka sebab kita benar2 sayang kat mereka..dan bukan pada waktu yg ditetapkan je..ape pun doakan kebahagiaan ibu bapa kita selalu bahagia dunia akhirat tanda kita kasihkan mereka..(^_^)andai kita tak mampu meraikan mereka sebab sibuk tp mereka tetap bahagia andai doa seorang anak tidak pernah lekang..
hurm..tu je yg akk tahu..peace..hu..hu..

cik azeya said...

kak hoya. (:

selamat hari ibu. setiap hari adelah hari ibu.

:)

hoyahadis said...

terima kasih cik azeya..(^_^)

shark said...

pokoknya, kita tak leh tunggu hari ibu je untuk bagi layanan istimewa pada ibu kita. hihihi

hoyahadis said...

shark : begitulah hendaknye..he..he..sebab ibu terlalu banyak memberi pengorbanan & layanan istimewa untuk kita..tp kita memang tk mampu membalas setimpal dengan apa yg mereka beri..(^_^)

Adlan said...

sambut seikhlas hati apa salah nyer kan..jangankan niat utk sambut mother mary..sudah tentulah salah yer tak..so, kat sini niat kita yang penting. btw, sambutan hari ibu setiap hari kan bagus jugak ;p

hoyahadis said...

Adlan : hurm betul tu..tp tak perlu raikan setiap hari..sebab untuk meraikan biasanye perlukan modal..seorang ibu hanya memerlukan perhatian..hu..hu..yg tu setiap hr mungkin kita mampu..memadai dengan ucapan khabar dan doa dr seorang anak(itu yg utama)..ibu merasa dihargai..erm betulkan..hu..hu..

"ku menatap dalam kelam, tiada yang bisa ku lihat, selain hanya nama-Mu Ya Allah......Esok ataukah nanti, ampuni semua salahku, lindungi aku dari segala fitnah. Kau tempatku meminta, kau beriku bahagia, jadikan aku selamanya..hamba-Mu yang selalu bertakwa. Ampuniku Ya Allah, yang sering melupakan-Mu, saat Kau limpahkan kurnia-Mu, dalam sunyi aku bersujud......pada-MU"