. . .

Friday 27 May 2011

Cara mudah mengedit gambar menggunakan photoshop - part 1

Assalamualaikum semua dan salam jumaat..hari ini ialah hari yang paling indah bagi aku sebab selepas blogspot,google pulak buat kejutan yang hampir sama macam kejutan elektrik kat aku..#_#..Mana taknya pagi-pagi dah buat aku tersentap sebab tak boleh login..bila dah boleh login widget follower pulak hilang.Dalam kekalutan aku teringat nasihat seorang blogger genius Izamir Ridzwan untuk bertukar ke wordpress..Sempat jugak aku tanya beliau kat facebook tentang masaalah aku ni...Jawapan beliau membuatkan aku lebih tentang sedikit dan renjatan elektrik dah beransur hilang..Rupanya google sedang maintenance..wakaka..gelabah betul aku ni..harap selepas ini semuanya kembali normal...(^_^)

Walauapapun aku tetap nak teruskan menaip entry untuk hari ini..Entry kali ini juga berbentuk tutorial lah kununnya..ha..ha..aku bukanlah seorang yang teror menggunakan photoshop..Tapi aku memang suka sangat mengedit menggunakan photoshop...adakalanya boleh mencapai tahap gian..bahaya jugak tu..

Okey kita teruskan...misi yang pertama  buka perisian photoshop..klik "file" dan pilih "open" untuk memilih gambar yang korang nak crop..contohnya macam gambar ni.

Untuk mengcrop gambar kita boleh guna "quick selection tool" atau "pen tool".
Tapi klu nak lebih mudah gunala "pen tool"...

double klik pada "layer" (bulatan merah).
akan keluar pop up seperti dalam gambar..klik ok.

crop menggunakan "pen tool" pada gambar yang korang nak..
pastikan ia berakhir pada titik permulaan...
Bila dah siap adjust titik-titik atau kotak-kotak kecik (pen tool)
 menggunakan "arrow" (direct selection tool).right kilik pada "arrow" untuk 
 memilih function yang korang nak.

Dah selesai dan puas hati klik ctrl+enter .Kotak kecik 
 tadi akan bertukar menjadi dot-dot yang mengerlip-ngerlip..

 Klik "select" (bahagian atas) dan pilih "inverse"...
akan keluar dot-dot disekeliling gambar.
Tekan button (keyboard) Backspace atau Del.
Selepas itu hanya akan tinggal gambar yang korang crop.

Untuk menghilangkan garisan dot-dot klik ctl+D.
Dah siap,senang saje..selamat mencuba..minah dalam gambar ni ialah night flower my yonger sister.Tapi blog beliau jarang berupdate disebabkan keadaan dirinya yang sangat suka menyibukkkan diri dengan kerja..ha..ha..Walauapapun kalau nak jengok blog beliau klik di sini...

11 8 juta memberi pandangan dan pendapat:

cik azeya said...

susah lah kak pakai pen tool. tangan gigil gigil. akak tak tension ke pakai photoshop. nanti kalau kite tak faham, kite tanya akak tauuu. serius ni. huhuhu

hoyahadis said...

menggigil ea..ntahla akk senang je..memula memang tension..tp bila dah biasa bessttt sangat..ha..ha.. boleh je lau nak tanye..klu tahu akk tolong..he..he..akk pun budak bru belajar..(^_^)

cik azeya said...

hahahhah. ha ah. mengigil. lepas tu asyik tak jadi, -_-

NasQ said...

hoho... malas nak crop2... letak je sebijik... ha amik... besar pun besar...

hoyahadis said...

cik azeya : takpe pelan2..he..he.. lame-lame nti lebih dari jadi..bila da biasa gian nk mengedit mcm akk ni ha..hu..hu..(^_^)

hoyahadis said...

Nasriq : ha..ha..takpe lg jelas gamba tu klu letak besar2..tp lebih kretip klu diedit..(^_^)

kay_are said...

waa.. tutorial photoshop?? menarik menarik.. thanx share ^__^

A D M I N said...

thanks sifu... :)

hoyahadis said...

@kay_are same2..selamat mencuba..

hoyahadis said...

@Mr Rileks sifu..!!.ahha tinggi penghargaan tu..mekasih2..he..he..

Lyana Ruba'i said...

Thank you very much..memang tgh cari sangat tutorial photoshop ni..senang jerk rupa2 nya...:)

"ku menatap dalam kelam, tiada yang bisa ku lihat, selain hanya nama-Mu Ya Allah......Esok ataukah nanti, ampuni semua salahku, lindungi aku dari segala fitnah. Kau tempatku meminta, kau beriku bahagia, jadikan aku selamanya..hamba-Mu yang selalu bertakwa. Ampuniku Ya Allah, yang sering melupakan-Mu, saat Kau limpahkan kurnia-Mu, dalam sunyi aku bersujud......pada-MU"