. . .

Friday, 27 May 2011

Cara mudah mengedit gambar menggunakan photoshop - part 1

Assalamualaikum semua dan salam jumaat..hari ini ialah hari yang paling indah bagi aku sebab selepas blogspot,google pulak buat kejutan yang hampir sama macam kejutan elektrik kat aku..#_#..Mana taknya pagi-pagi dah buat aku tersentap sebab tak boleh login..bila dah boleh login widget follower pulak hilang.Dalam kekalutan aku teringat nasihat seorang blogger genius Izamir Ridzwan untuk bertukar ke wordpress..Sempat jugak aku tanya beliau kat facebook tentang masaalah aku ni...Jawapan beliau membuatkan aku lebih tentang sedikit dan renjatan elektrik dah beransur hilang..Rupanya google sedang maintenance..wakaka..gelabah betul aku ni..harap selepas ini semuanya kembali normal...(^_^)

Walauapapun aku tetap nak teruskan menaip entry untuk hari ini..Entry kali ini juga berbentuk tutorial lah kununnya..ha..ha..aku bukanlah seorang yang teror menggunakan photoshop..Tapi aku memang suka sangat mengedit menggunakan photoshop...adakalanya boleh mencapai tahap gian..bahaya jugak tu..

Okey kita teruskan...misi yang pertama  buka perisian photoshop..klik "file" dan pilih "open" untuk memilih gambar yang korang nak crop..contohnya macam gambar ni.

Untuk mengcrop gambar kita boleh guna "quick selection tool" atau "pen tool".
Tapi klu nak lebih mudah gunala "pen tool"...

double klik pada "layer" (bulatan merah).
akan keluar pop up seperti dalam gambar..klik ok.

crop menggunakan "pen tool" pada gambar yang korang nak..
pastikan ia berakhir pada titik permulaan...
Bila dah siap adjust titik-titik atau kotak-kotak kecik (pen tool)
 menggunakan "arrow" (direct selection tool).right kilik pada "arrow" untuk 
 memilih function yang korang nak.

Dah selesai dan puas hati klik ctrl+enter .Kotak kecik 
 tadi akan bertukar menjadi dot-dot yang mengerlip-ngerlip..

 Klik "select" (bahagian atas) dan pilih "inverse"...
akan keluar dot-dot disekeliling gambar.
Tekan button (keyboard) Backspace atau Del.
Selepas itu hanya akan tinggal gambar yang korang crop.

Untuk menghilangkan garisan dot-dot klik ctl+D.
Dah siap,senang saje..selamat mencuba..minah dalam gambar ni ialah night flower my yonger sister.Tapi blog beliau jarang berupdate disebabkan keadaan dirinya yang sangat suka menyibukkkan diri dengan kerja..ha..ha..Walauapapun kalau nak jengok blog beliau klik di sini...

Wednesday, 25 May 2011

Cara Menggunakan Photoshop Brushes

Assalamualaikum..salam sejahtera..Ape khabar semua......!!! chewah..macam nak berucap kat pentas pulak.. Hari ni baru terasa nak menaip..inipun da kena seru oleh Cik Azeya kat pesbuk..klu tak belum tentu rase malas tahap gaban ni membuatkan aku menaip entry ni..thanks buat beliau yang menyebabkan aku bersemangat balik mengupdate blog..ha..ha..akulah blogger paling teruk di dunia..update blog dua minggu sekali.Bila mood rajin sehari 2-3 entry aku post..Bila mood malas..tu dia hampir dua minggu aku tak update...nasib baik bukan dua bulan...adakah aku akan dipecat oleh blogspot...oh tidak aku sayang jugak kat blog ni..

Sebenarnya pengguna lappy usang aku ni ada tiga orang...Agak susah jugak bagi untuk aku mengupdate blog lebih-lebih lagi broadband sangat slow dan terlalu tenang.Kadang-kadang tengah syok menaip tiba-tiba lappy kesayangan aku ni merajuk pulak...!!! takde angin,ribut taufan,apatah lagi blackout,tiba-tiba je gelap...kalau da merajuk macam tu memang sungguh membuat ketensenan ku menjadi-jadi..tp nak buat macam mane dia pun reti penat jugak..oh lappy kasihan dikau..tak berhenti bekerja..

Panjang jugak aku melalut,macam dah lari tajuk je..melampau ni...okey..berbalik pada tajuk tadi jom kita belajar macammana nak menggunakan photoshop brushes takpun berus lukisan untuk photosop.. ha..ha.. bagi sesiapa yang lebih berpengetahuan bab ni bolehla beri tunjuk ajar jika ada kesilapan ye..he..he..aku pun budak baru belajar...

Mula-mula sekali download berus photoshop kat mane website atau blog,takpun boleh juga tengok kat sini dan klu nak lebih banyak taip saje kat goole search "free download photoshop brushes".Berderet pilihan untuk korang.Selepas download carik kat file C "download".Contoh seperti di bawah...

 Rigt klik file winrar pilih "extrak to....." 
Kemudian akan keluar satu file buka file tu dan 
tada...tula dia berus lukisan korang....right klik pada berus tu klik open.
Secara auto perisian photoshop akan terbuka.

Seterusnya cari  
"kotak simpanan berus" seperti contoh...

Buka kotak berus tadi dan korang boleh mula memberus atau mengecop...

Ha..inilah contohnye...Macam-macam jenis sebenarnya design photoshop brushes.
Senangkan tak perlu bersusah payah untuk melukis..hanya perlu cop sahaja.


Monday, 16 May 2011

Download Free Doodles...!!!

Salam semua...Hari ini tiba-tiba buang tebiat buat entry lain daripada yang lain.Aku memang minat photoshop.Photoshop the best lah...Sebelum ni hampir setiap hari godek-godek makhluk bernama photoshop.Korang suka tak.Kalau suka nak shrae link download free brushes untuk doodles yang kiut ni..kalau tak berminat just ignore lah ye..Tapi yang penting mestilah ada perisian photoshop...

Dengan brushes ni korang tak perlu nak bersusah payah untuk mendesign doodles yang disukai...hanya perlu resize untuk besarkan saiz atau sebaliknya...jom pilih doodles yang berkenan dihati..eh..he..he..






jlyn85.deviantart.com












Selamat mendonlod...ngee..(^__<)


"ku menatap dalam kelam, tiada yang bisa ku lihat, selain hanya nama-Mu Ya Allah......Esok ataukah nanti, ampuni semua salahku, lindungi aku dari segala fitnah. Kau tempatku meminta, kau beriku bahagia, jadikan aku selamanya..hamba-Mu yang selalu bertakwa. Ampuniku Ya Allah, yang sering melupakan-Mu, saat Kau limpahkan kurnia-Mu, dalam sunyi aku bersujud......pada-MU"