. . .

Friday, 6 January 2012

Petua kekal cantik dengan bersenam

Agak sukar bagi seseorang itu hendak memulakan satu senaman, lebih - lebih lagi jika individu tersebut sememangnya jarang bersenam, bersenam sebulan sekali, dan yang paling teruk, tidak pernah bersenam langsung sepanjang tahun tersebut.


alasan tak masuk akal seperti “kurang fit”, tak larat nak berlari, semput, tiada masa, dan berbagai-bagai lagi sebagai halangan untuk bersenam. Bukannya tiada alternatif, tetapi sengaja mencari alasan kerana hakikatnya, individu yang memberikan alasan itu MALAS BERSENAM.
Bersenam bukan bermaksud anda melakukannya untuk kurus, atau bila dah naik berat badan, baru terhegeh-hegeh hendak bersenam.

Tujuan bersenam adalah lebih kepada peningkatan tahap kesihatan dan kekuatan fizikal , membakar lemak., menguruskan badan., menghilangkan stress.

Senaman boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung
  • Ia memperkuat dan meningkatkan keupayaan otot-otot jantung serta mengurangkan bebanan pada jantung anda.
  • Ia menambah penerokaan pembuluh-pembuluh darah dan seterusnya meningkatkan kemasukan oksigen ke dalam otot-otot jantung.
  • Ia meningkatkan paras kolesterol pelindung yang dikenali sebagai ‘high density lipo’ proteins (HDL).
  • Ia membantu mengawal berat badan dengan membakar kalori yang ada.
  • Ia menugurangkan tekanan darah bagi mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi.
  • Ia mengurangkan ketegangan yang disebabkan oleh tekanan perasaan.
  • Ia membantu anda tidur dengan nyenyak.

Senaman yang berkesan mestimensasarkan 5 perkara berikut

1. Kardiovaskular (stamina, jantung)
2. Daya tahan otot (stamina)
3. Kekuatan otot (strength)
4. Komposisi badan
5. Kelenturan


Senaman yang sempurna

  • Jadikan senaman sebagai amalan hidup anda.
  • Senaman perlu dibuat mengikut kehendak dan kesenangan anda.
  • Bila melakukan senaman, jarakkan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu, untuk sekurang-kurangnya 20 minit setiap kali.
  • Senaman yang tidak berkala tidak memberi apa-apa manfaat.
  • Panaskan badan dengan melakukan regangan sekurang-kurangnya 5 minit sebelum sessi senaman dan sejukkan badan melalui regangan selepas aktiviti senaman.
  • Senaman hendaklah bersungguh-sungguh tetapi tidaklah memudaratkan.
  • Kemantapan senaman seharusnya boleh menggerakkan denyutan nadi anda lebih kurang 120-150 denyutan seminit.
  • Mulakan program senaman anda perlahan-lahan dan kemudian tingkatkannya dari masa ke masa.


 Patuhilah Syarat-syarat Bersenam
  • Lakukan senaman dengan betul bagi mengelakkan kecederaan.
  • Jangan bersenam ketika sakit atau cedera.
  • Pastikan anda memanaskan badan sebelum bersenam dan menyejukkannya selepas bersenam.
  • Pakailah pakaian yang selesa dan tidak terlampau ketat.
  • Gunakan kasut yang sesuai dengan lapisan tapak yang cukup apabila berjalan, berjogging atau berlari.

5 Kesalahan Senaman Yang Sering Dilakukan!


Bersenam dengan perut kosong
Apabila anda bersenam dengan perut kosong, ianya agak mustahil untuk tubuh anda membakar lemak dengan baik. Ini adalah kerana karbohidrat diperlukan ketika proses pembakaran lemak. Sekiranya tiada bekalan karbohidrat , otot anda akan bekerja sendiri ketika proses tersebut, dan akan menyebabkan kerosakan pada otot.

Tidak memanaskan badan
Ramai yang mengambil mudah terhadap perkara ini. Sedangkan memanaskan badan adalah perkara yang amat penting untuk mengelakkan kecederaan otot-otot anda. Luangkan sekurang-kurangnya 5 minit untuk memanaskan badan sebelum anda melakukan apa-apa senaman.

Tidak konsisten
Untuk mendapatkan sesuatu hasil daripada senaman yang dilakukan, ia perlu dilakukan dengan konsisten. Ramai yang menganggap senaman boleh dilakukan apabila dirasakan perlu sahaja, sedangkan ia memerlukan penjadualan yang khas untuk anda melakukannya.

Tidak menjaga pemakanan
Ada pendapat mengatakan bahawa apabila anda sudah melakukan senaman, anda bebas untuk memakan apa sahaja. Ia sememangnya tidak benar. Penjagaan pemakanan adalah penting untuk mengekalkan kesihatan dan bentuk tubuh badan anda.

Tidak dilakukan secara berperingkat

Senaman adalah merupakan suatu proses dan anda tidak boleh memaksa otot anda daripada melakukan suatu yang diluar kemampuan secara mengejut. Lakukannya secara berperingkat dan cuba untuk memperbaikinya dari semasa ke semasa.
Cuba elakkan 5 perkara di atas dalam memperoleh keberkesanan senaman. Senaman baik untuk tubuh badan tetapi jika kita salah konsep ia boleh membinasakan badan juga.


5 8 juta memberi pandangan dan pendapat:

cerita best said...

nice entry

cik azeya said...

saya bersenam sebab nak kurus kak, hee

kay_are said...

dah macam cikgu pendidikan jasmani kat sekolah lak.. ape ape pun tips yang berguna untuk bersenam.. thanx!

Mish Apple said...

belajar PJK :)

Iera balqis said...

nice entry ! :)


anyway , done follow here & komen ur entry..hit mae back..please visit & follow my blog..& please give some an ur opinion my entry also..tq ^^

"ku menatap dalam kelam, tiada yang bisa ku lihat, selain hanya nama-Mu Ya Allah......Esok ataukah nanti, ampuni semua salahku, lindungi aku dari segala fitnah. Kau tempatku meminta, kau beriku bahagia, jadikan aku selamanya..hamba-Mu yang selalu bertakwa. Ampuniku Ya Allah, yang sering melupakan-Mu, saat Kau limpahkan kurnia-Mu, dalam sunyi aku bersujud......pada-MU"