Resepi hari ini cencaru bakar...mabless tau resepi ni..jom masak..he..he...
Jom kita layan resepi ni.
Bahan-bahan utama (^_^)
6 ekor ikan cencaru
Bahan untuk sambal (inti)
2 cm kunyit hidup
1/2 biji kelapa parut
1 labu bawang besar
2 inci belacan (ikut selera)
25 tangkai cili kering (buang biji & rebus 10 minit)
Jom masak
-Mula-mula sekali selepas siang ikan cencaru a.k.a. ikan jaket belah atau hiris sebelah bahagian badan ikan untuk ruang kita menumbat sambal.
-Dah siap lumur ikan dengan garam , kunyit , dan sedikit asam jawa.
-Biarkan ikan sedikit terperap dan kite teruskan misi seterusnye iaitu membuat inti... Blend kan kesemua bahan untuk inti kecuali kelapa.
-Panaskan kuali bubuh minyak 3 sudu (ikut kesesuaian) panaskan bahan kisar, tumis shingga naik minyak dan warna cili hampir pekat.
-Dah siap isi sambal (inti) kedalam bekas.
-Sumbat sambal (inti) kedalam perut ikan dan bahagian dalam ikan yang dibelah tadi.
Ada tiga cara untuk memasak ikan ni..
Pertama : Kukus dulu ikan atau masuk dalam oven selama 15 minit , kemudian goreng.
Kedua : Goreng terus ikan kedalam kuali
Ketiga : Bakar ikan diatas bara.
Antara ketiga2 cara tu saya suka cara yang pertama dan kedua. Rasanya lebih sedap dan nikmat ketika makan...fuh tak boleh nak cekap ape.. memang sedap. Goreng saje pun sedap tapi kurang mabless gituw..
.
0 8 juta memberi pandangan dan pendapat:
Post a Comment