. . .

Tuesday, 12 April 2011

Belum ada telur tiruan masuk ke pasaran Malaysia

Baru-baru ini kita semua dikejutkan dengan berita berkaitan telur ayam tiruan yang dicipta oleh negara yang terkenal dengan copy and paste... Rupa-rupanya hasil dari kajian Jabatan Veterinar mendapati tiada telur ayam tiruan di pasaran Malaysia.

Agak cornfius sebenarnya sebab persatuan pengguna Pulau Pinang telah mengesahkan kewujudanya di Malaysia.

Walau apapun teruskanlah berdoa agar kita semua terlindung dari memakan telur tiruan ini...tak mustahil sebenarya jika ia benar-benar telah masuk ke pasaran Malaysia,sedangkan pendatang tanpa izin pun boleh masuk ke Malaysia dengan jayanya melalui penyeludupan yang bijak apatah lagi hanya telur ayam yang jauh lebih kecil berbanding manusia.

Berikut adalah petikan yang boleh membuatkan kita semua rasa lebih tenang...

Jabatan Veterinar hari ini mengesahkan tidak terdapat telur tiruan dijual di pasaran negara ini berdasarkan ujian pensampelan yang dibuat setakat ini
Ketua Pengarah Veterinar Datuk Dr Abd Aziz Jamaluddin berkata sampel telur itu diambil dari pasar-pasar seluruh negara termasuk sebuah pasar di Pulau Tikus, Pulau Pinang yang didakwa menjual telur tiruan sepertimana laporan media minggu lalu.
"Keputusan awal yang diperolehi semua telur yang disampel ini adalah telur tulen. Bagaimanapun mana-mana pengguna atau persatuan pengguna yang mempunyai telur tiruan kita minta mereka serahkan kepada jabatan dan saya sanggup menyediakan ganjaran untuk maklumat ini," katanya kepada pemberita di sini.
Rabu lalu, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendedahkan pihaknya telah menerima aduan daripada pengguna yang membeli 30 biji telur tiruan pada harga RM11 di pasar Pulau Tikus. Merujuk kepada kes itu, Abd Aziz berkata telur itu berkemungkinan adalah telur yang rosak atau bergred rendah yang tidak sepatutnya dijual kepada pengguna. 

Beliau berkata bentuk yang agak berlainan tidak bermakna ia adalah telur tiruan, manakala jenis makanan atau antibiotik yang diberikan kepada ayam juga boleh menyebabkan telur itu sedikit berbeza. Bagaimanapun, Makmal Kesihatan Awam di Salak Tinggi, Selangor akan menjalankan kajian terhadap telur-telur itu bagi memastikan kandungannya selamat dimakan, katanya. 

Abd Aziz berkata untuk menghasilkan telur tiruan yang rupanya hampir sama dengan telur asli memerlukan kos yang begitu tinggi termasuk untuk penyelidikan yang baik, sedangkan telur tulen dijual dengan harga yang  begitu rendah di negara ini iaitu sekitar 32 sen sebiji bagi gred terbaik (AA). 

Beliau turut menolak kemungkinan telur tiruan itu dihasilkan di negara lain dan diimport ke negara ini kerana Malaysia tidak membenarkan pengimportan telur kecuali bagi tujuan pembiakan. "Ini kerana telur yang dihasilkan di negara ini lebih dari keperluan rakyatnya iaitu 23 juta biji sehari," katanya. 

Petikan dari bernama

4 8 juta memberi pandangan dan pendapat:

kay_are said...

ari tu ade, sekarang xde lak.. betul ke xde? atau pun cume konspirasi kerajaan je? em..

Zyash said...

Tak mustahil kalau ada yg terlepas pandang... Mudah-mudahan semua selamat..

hoyahadis said...

kay_are : hurm..tu la conrfius ni..apepun tawakal jelah...(^_^)

hoyahadis said...

Zyash : harap-harapnye macam tulah...moga semuanya selamat..(^^,)

"ku menatap dalam kelam, tiada yang bisa ku lihat, selain hanya nama-Mu Ya Allah......Esok ataukah nanti, ampuni semua salahku, lindungi aku dari segala fitnah. Kau tempatku meminta, kau beriku bahagia, jadikan aku selamanya..hamba-Mu yang selalu bertakwa. Ampuniku Ya Allah, yang sering melupakan-Mu, saat Kau limpahkan kurnia-Mu, dalam sunyi aku bersujud......pada-MU"