. . .

Monday 11 April 2011

Bahaya Botol Susu Yang Mempunyai Kandungan BPA

Bahaya Botol Susu Bayi dan Produk PlastikSalam semua..bertemu lagi kita disini..eceh..mcm program wanita hari ini pulak..he..he..entry kali ini bukan berkaitan dengan wanita sahaja sebenarnya.Tetapi lebih diutamakan kepada ibu bapa yang memiliki anak kecil yang masih menyusu menggunakan botol susu BPA.

Perkara ini sebenarnya dah lama tersebar.Tapi tak ramai yang tahu ataupun mengikuti ataupun memandang remeh tentang perkara ini..Soalan dariku untukmu anda menggunakan botol susu jenis apa  untuk anak-anak...hurm..sila check botol susu anak anda sekarang...

Petikan dibawah ini adalah petikan dari berita harian :

"PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi 'Bisphenol A' (BPA), berkuat kuasa 1 Mac 2012, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai."

"Beliau berkata perkara itu diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 2 Mac lalu sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu tersebut adalah selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutamanya bayi dan kanak-kanak.

"Kementerian tidak akan berkompromi dalam keselamatan pengguna terutamanya bayi dan kanak-kanak. Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan ''bisphenol A'' ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar," katanya."

Kenapa nak tunggu 1 Mac 2012 baru diharamkan...Bila sudah ada keraguan apasalahnya kalau diharamkan terus produk yang membahayakan seperti ini..mungkin mereka (tak tahu sape) nak habiskan stok dulu dan buat yang baru..kesannya memang tak nampak sekarang tapi risiko tetap ditanggung oleh anak-anak kita satu hari nanti.

Selepas ini mungkin syarikat pengeluar produk akan membuat promosi jualan untuk menghabiskan stok.Bagi yang sedia maklum tentang risiko penggunaan produk ini mereka tentunya tidak akan tertarik atau terpengaruh walaupun dijual dengan harga yang murah.Tetapi mereka yang tidak pernah tahu dan tidak pernah mendengar maklumat seperti ini dengan segeranya mereka memborong dan diagihkan sekali pada sedara mara dan jiran tetangga dengan bangganya...benda murah kan...Takut sebenarnya jika anak-anak yang lahir pada hari ini akan jadi generasi yang berpenyakit apabila merka dewasa.

Berikut ialah perkara berkaitan BPA.


*Bisfenol A (BPA) adalah bahan kimia yang terdapat dalam plastik polikarbonat (polycarbonate) dan resin epoksi. Plastik polikarbonat yang jernih dan tahan lasak ini digunakan dalam pelbagai produk pengguna antaranya botol susu bayi, botol air mineral, bekas makanan dan juga dalam teether bayi. Resin epoksi pula digunakan untuk menyaluti lapisan dalam hampir semua makanan dan minuman dalam tin.
*Kesan Terhadap Kesihatan

BPA dari produk mengandungi bahan berbahaya ini dapat melarut resap ke dalam makanan atau minuman dan seterusnya memasuki badan. Dos Bisfenol A yang rendah sekalipun dalam badan manusia boleh disalah anggap sebagai estrogen. Estrogen adalah hormon yang mengawal perkembangan otak, sistem peranakan dan pertumbuhan janin. Keadaan ini boleh memberi kesan negatif terhadap kesihatan.
Janin dalam kandungan (ibu hamil jaga pemakanan anda) dan bayi adalah golongan yang paling berisiko jika terdedah dengan BPA ini kerana ia dikatakan mempengaruhi pembentukan otak dan perangai bayi.
Banyak kajian mengaitkan BPA dengan pelbagai masalah lain seperti baligh awal, kanser payudara, kanser prostat, penyakit jantung, obesiti dan kencing manis. Malah, ia juga dikatakan boleh menyongsangkan ciri-ciri jantina seseorang dan merosakkan kromosom.

*Faktor Pengaruhi Larut Resap BPA ke dalam Makanan

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan larut resap ini berlaku dengan lebih banyak. Antaranya, kepanasan (api dan matahari), calar dan pendedahan terhadap sesetengah bahan kimia (termasuk sabun pencuci).
Pengkaji dari University of Cincinnati melaporkan, pendedahan terhadap air menggelegak menyebabkan botol polikarbonat melepaskan bisfenol A (BPA) sehingga 55 kali ganda lebih cepat berbanding ia terdedah kepada air sejuk atau air suam (air kosong).

*Tip Mengelakkan BPA 
Anda mungkin sukar untuk mengelakkan secara mutlak penggunaan produk yang mengandungi BPA ini, tetapi anda dapat mengurangkannya dengan mengamalkan langkah-langkah berikut:
  1. Jangan panaskan makanan atau minuman dalam plastik polikarbonat sama ada menggunakan ketuhar gelombang mikro atau pun direbus.
  2. Kurangkan pengambilan makanan dalam tin, pilih yang segar atau sejuk beku. Jika mahu yang segera, pilih dalam botol kaca.
  3. Seboleh mungkin, gunakan bekas makanan daripada porselin, kaca atau keluli tahan karat terutamanya untuk makanan atau minuman panas.
  4. Berikan permainan yang selamat untuk anak anda. Lihat kod plastik di bawah permainan. Kod 7 adalah polikarbonat (elakkan juga kod 3 kerana ia mengandungi toksin).
  5. Jika mahu membungkus sup atau air panas dari penjual makanan, bawa bekas makanan atau minuman anda sendiri.
  6. Jangan membiarkan air di dalam botol air mineral terjemur di dalam kereta, dan kemudian meminumnya.
*sumber rujukan


*Tips mengelakkan BPA 

  1. Gunakan botol susu daripada gelas plastik yang bebas BPA. Elakkan polikarbonat. Sebaliknya pilih polietilena, polipropilena atau poliamida.
  2. Jika anda menggunakan juga botol polikarbonat, pastikan ia tidak dijemur, tidak dipanaskan dan tidak dimasukkan air panas menggelegak ke dalamnya.
  3. Elakkan calar dengan menggunakan berus yang lembut daripada plastik dan span, bukan berus daripada dawai untuk membasuh botol susu bayi.
  4. Gunakan sabun yang sesuai untuk mencuci botol bayi.
*Semoga apa yang tertulis ini menjadi panduan serba sedikit untuk kita semua...

6 8 juta memberi pandangan dan pendapat:

ana ayesha said...

salam perkenalan

ana follower blog anda yg ke 60

tq sudi singgah dan follow blog ana

hoyahadis said...

terima kasih juga..(^__^)

Anonymous said...

kalau nak diikut air yg panas tak sesuai letak dlm bekas plastik sbb dia menghakis...

Firdaus Kasim said...

kak, kalo bekas air dari China yang berlambak kt shopping kompleks tue leh beli ke?

Thriller Nur Kasih The Movie

hoyahadis said...

azharr : betl tu...tp nk buat mcmmana hampir keseluruhan produk dibuat dari plastik

hoyahadis said...

Firdaus Kasim :hurm...sebenarnya terpulang pada diri sendiri kan Firz..klu kita dah pernah tahu kita boleh membuat pilihan yg terbaik..(^^,)

"ku menatap dalam kelam, tiada yang bisa ku lihat, selain hanya nama-Mu Ya Allah......Esok ataukah nanti, ampuni semua salahku, lindungi aku dari segala fitnah. Kau tempatku meminta, kau beriku bahagia, jadikan aku selamanya..hamba-Mu yang selalu bertakwa. Ampuniku Ya Allah, yang sering melupakan-Mu, saat Kau limpahkan kurnia-Mu, dalam sunyi aku bersujud......pada-MU"