Pagi ni search kat google terbaca artikal tentang telur tiruan...Pelik pada mulanya,telur tiruan pun adake...Alahai ayam pun dah hilang pekerjaan sekarang...Lepasni banyaklah ayam menganggur sebab dah tak diperlukan untuk bertelur.Tunggu masa untuk disembelih je dan dimakan oleh aku juga manusia lain dimuka bumi ni termasuklah pembaca yang sudi..
Pengluaran telur ni sebenarnya dah lama.sejak tahun 2008 lagi,Dah semestinya berasal dari china.Tapi baru sekarang ada dipasaran Malaysia.Agak ketinggalan jugaklah aku...
Telur ayam ini dicipta hanya sebab duit dan nak cepat kaya...mana taknya kos untuk membuat telur ayam sangat murah dan mereka yang menciptanya dah tentu boleh menjual telur ayam tiruan lebih murah berbanding harga di pasaran.Kos dalam mata Yuan untuk membuat sebiji telur hanya memerlukan 0.55Yuan/kg berbanding telur sebenar berharga 5.6Yuan/kg..
Ini adalah rupa perbezaan telur sebenar dan telur tiruan
Jom tengok macam mana diorang buat...
Bahan-bahannya; calcium carbonate, starch, resin, gelatin, alum dan lain-lain lagi bahan kimia yang diperlukan.
Cecair "telur kuning" dimasukkan pada cetakan bulat
Lapiasan luar telur kuning terbentu
Lapisan luar disaluti dengan lilin dan calcium carbonate. Proses ini diulang beberapa kali sehingga lapisan luar terbentuk dan menebal.
Setelah siap .. telur tersebut dibiarkan kering bagi mengeraskan kulit dilapisan luar. Dah siap !
Telur
ayam tiruan .. kalau digoreng seperti gambar dibawah.
Gelembung-gelembung kecil akan kelihatan disekelilingnya. Selain itu ..
rasanya pun lain. Lebih sedap dari biasa ! Kulit telur ayam pula.Lebih senang dipecahkan.Tapi ini hanya untuk pratonton sahaja.Telur tiruan yang diproses dikilang mesti lebih berkualiti dan susah untuk dibezakan luaranya.
Susah juga sebenarnya nak kesan telur tiruan ni. Kadang-kadang memang ada telur ayam yang bersaiz besar (telur kembar) ! Kalau kita tengok gambar telur tiruan dengan yang sebenar kat atas tu saiznya lebih kurang sama je.
Tapi cara yang paling senang nak kesan cuba pastikan ada tak tercalit sedikit tahi ayam kat kulit telur..he..he..kalau dulu nak pegang pun geli sebab ada najis...tu tandanya telur yang original..
Satu lagi bila kita pecahkan telur ada tak seakan sayap di dbahagian tepi kuning telur...telur yang asli jika dieram akan hidup dan menetas tapi telur ayam kampung jela...telur ayam daging juga tetap ada sayap kalau ia dilahirkan ayam itu sendiri...ho..ho..betul ke ayat ni...
Gambar di bawah ini pula menujukkan perbezaan telur tiruan dan telur asli sesudah di rebus
Maklumat tambahan :
"Sekali pandang, ia tidak ubah seperti telur ayam gred A namun, ia sebenarnya telur tiruan yang dibuat sepenuhnya daripada ramuan bahan-bahan kimia berbahaya. Itu pendedahan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang mendakwa telur berkenaan rupa bentuknya tidak ubah seperti telur ayam sebenar dan tidak menolak kemungkinan ia terdapat di pasaran negara ini."
"Presidennya,
S.M. Mohamed Idris berkata, siasatan awal pihaknya mendapati, kulit telur
tiruan itu diperbuat daripada lilin parafin dan kalsium karbonat. “Kuning telur
dan putih telur tiruan itu pula dihasilkan menggunakan natrium alginat, alum,
gelatin, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan pewarna lemon,” katanya di
sini semalam.
"Menurut
S.M. Mohamed, pada amnya bahan-bahan itu merupakan makanan tambahan tetapi
dalam menghasilkan telur tiruan, ia menjadi komponen utama dalam bahan-bahan
pemprosesannya.
Justeru,
pemakanannya dipercayai mampu mengganggu kadar metabolisme dalam badan, hati
dan otak jika dimakan pada kadar yang kerap. "- Sumber Kosmo
24 8 juta memberi pandangan dan pendapat:
ank koi da la suka telur bhya betul
banyak betul barang tiruan sekarang nie kan kak?
hurrmm..harap2 b4 nie tak der lah termakan telur tiruan nie...
mempelam apple : mu bagi telur itik jelah..hu..hu..(^^,)
mayra aish♥ : tulah..kena berwaspada je skarang ni..(^_^)
lepas nie apa pula nk ditiru kan? produk dari china nie mmg byk bahaya la.. nie la susahnya berniaga dgn org kafir.. asyik nk menipu je
Salah satu entri paling hot firdauskasim.com
Cara-cara menambahkan ketinggian badan
Firdaus Kasim : jangan diorang tiru dan jual daging ayam tiruan sudah..camnno nak buek..ho..ho..
telur pun nak ditiruan kan.. x faham motif nye.. huu
telur pun ade tiruan ke kak. huk5
kay_are : motif nye cormfem nak dapat untung lebih..hu..hu..(^_^)
cik azeya : tak tau la..macammana diorang bole terpiki untuk buat telur tiruan..sangat bijak..klu kebijaksanaan tu digunakan untuk kebaikan kan bagus
bahayakan pengguna tul la..
takutnya...zamann ni banyak sangat tiruan...
rasanya takde kat Mesia (kuar berita kot)
bobiedanbad : hurm..memang2..tanda-tanda dunia akhir zaman...(~_~)
nur : dah masuk..bace kat kosmo online..(^^,)
bala-bala..harap2 xtermakan la telur tiruan ni :(
bahaya sekarang nih...huk3
im new follower of u
Ingin Belog anda diterjah...setiap entry dikomen????klik sini
Sape Nak Chegu Zubir Terjah?????-Segmen
lepas ni, apa lagi laa yg tiruan...^_^'
China ni memg suke hasilkan barang tiruan lah .hishh....
Chege Zubir : emm..memang bahaya kalau takde info..
baincardin : banyak lagi sebenarnya barang tiruan yang dah dicipta...cuma kita tak tahu je..
Ainnur Afiffah : hurm betul tu..mereka bijak..tapi kenapala tak cipta sesuatu yang mendatangkan kebaikan...
dasyt gila...makan telur masin sajala lepas ni..haha
EJA : ha..ha..boleh je eja tp jangan banyak-banyak tau..nanti kena darah tinggi pulak..(^_^)
Post a Comment