. . .
Showing posts with label Perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label Perkahwinan. Show all posts

Wednesday, 16 February 2011

Tips Bahagia Suami Isteri

Tips ni aku sekadar ingin berkongsi bersama para pembaca sekalian.Sape tak nak hidup bahagia.Semua  orang mesti nak kan.Cume sesekali kita banyak buat silap..Biaselah kita ni hanyalah manusia biasa tak lari dari buat silap..Banyakkan membaca dan menuntut ilmu itu perlu untuk meluaskan pengetahuan.(Termasuk lah diri aku sekali )..Kat bawah ni ialah ntara yang perlu kita buat demi kebahagian rumahtangga :

-Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing - masing

-Walau sesibuk manapun,luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang - kurangnya sekali walau sekadar bertanya apa yang sedang dilakukan.

-Sentiasa ucapkan kata - kata sayang seperti I LOVE U sepenuh hati sebelum keluar kemana - mana,menamatkan perbualan telefon dan sebelum tidur.

-Sentiasa mencari peluang untuk makan tengahari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari bekerja.

-Biasakan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari bekerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan 

-Luangkan masa untuk berbual dengan pasangan.

-Mudah berbaik jika berlaku pertelingkahan,jangan biar berlarutan selama berjam-jam atau berhari-hari 

-Temani pasangan semasa menonton T.V walaupun sambil membaca surat khabar.yang penting ada disisi. 

-Jangan berpisah tempat tidur walaupun anak da berderet. 

-Amalkan sembahyang berjemaah bersama semasa di rumah.

-Biasakan berkongsi gelas atau pinggan semasa makan jangan merasa geli untuk menghabiskan makanan suami atau isteri 

-Sesekali buatla kejutan dengan memberi hadiah atau kad 

-Ambik masa untuk bergurau senda dengan pasangan.cerita sesuatu yang kelakar teka - teki atau ape je yang membuatkan anda ketawa bersama.

-Kenang pengorbanan masing - masing seperti kesusahan isteri melahirkan anak atau kepayahan  suami yang bekeja keras untuk bekerja. 

-Berterus terang jika ada masaalah jangan simpan dalam hati.

-Simpan tekad untuk menjadi suami atau isteri yang baik dalam rumah tangga

*Kadang-kadang ada pasangan yang segan - segan untuk mrngucapkan I LOVE U pada pasangan sendiri (Terutama pasangan yang da LAMA berkahwin)
Jangan ambik kisah,jangan malu,biar kita yang memulakan.....

Isteri : Abang sayang nak cakap sesuatu ni.. 
Suami : Ape die..
Isteri : Tapi takutla..nanti abang marah.. 
Suami : Cakap je la..abang tak marah pon.. 
Isteri : Betul nie... 
Suami : Abang tak janji..kok ye pun cakapla dulu ape bendenya.. 
Isteri : O.K Sayang cakap ni..tapi jangan marah tau.. 
Suami : Ye...cakapla cepat......
Isteri : I LOVE U.... 
Suami : (tersenyum) I LOVE U TOO...
                                                                                             
"ku menatap dalam kelam, tiada yang bisa ku lihat, selain hanya nama-Mu Ya Allah......Esok ataukah nanti, ampuni semua salahku, lindungi aku dari segala fitnah. Kau tempatku meminta, kau beriku bahagia, jadikan aku selamanya..hamba-Mu yang selalu bertakwa. Ampuniku Ya Allah, yang sering melupakan-Mu, saat Kau limpahkan kurnia-Mu, dalam sunyi aku bersujud......pada-MU"