Assalamualaikum...lame btul aku tak blogging...lappy kesayangan aku sakit dan sedang koma hingga sekarang...waduh boring pak,gelisah jugak la aku selame hampir dua bulan...
Rindu nak menaip sebenarnye. Tapi sekarang otak ku tak standby lg untuk mnyumbang idea bernas,
Godek punye godek jumpe la gambar sambal goreng tempe yg aku snap masa laptop rosak...
Jom - jom kite cube resepi berzat ni...sambal goreng ni makan tanpa nasi pun sedap sebab banyak bahan campuran yang mengenyangkan seperti kentang dan tauhu...
Bahan A :
3 ketul tempe - dipotong memanjang (tempe daun pisang,jika tempe brbungkus plastik 1 ketul dah ckup)
1 biji ubi kentang - dipotong memanjang
3 ketul tauhu - dipotong memanjang 25 ekor ikan bilis - dikopek
3 tangkai cili hijau - potong serong
Bahan B :
2 ulas bawang besar - dihiris bulat
3 ulas bawang putih - ditumbuk halus
1/2 inci belacan
1 sudu sos tiram
15 tangkai cili kering - dikisar
garam & gula secukup rasa
serbuk perasa KNORR PASTI SEDAP......!!!
Mula memasak :
-Goreng semua bahan-bahan A satu persatu.Asingkan setiap bahan semasa menggoreng,dah siap goreng baru campur dalam satu pinggan untuk mnjimatkan axion @ sun light dan.......
-Panaskan kuali,bubuh 3 sudu minyak masak untuk menumis,minyak dah panas tumis bawang putih hingga naik bau masukkan belacan yg digiling dengan sedikit air dan sos tiram.
-Bila air dah kering masukkan pula cili kering yang dikisar dan tumis hingga cili bertukar warna menjadi merah hati.Masukkan gula, garam & serbuk perasa secukup rasa.tambah 1 sudu air jika terlalu kering.
-Akhir sekali masukkan kesemua bahan A termasuk cili hijau dan gaul rata.dah siap tutup api...sedia untuk dihidang...sedap dimakan semasa masih panas,sungguh enak dimakan begitu saja.

Selamat mencuba......(^_^)