Bahan-bahan :
1 paket mee kuning
9 ekor udang (dibersihkan)
2 ketul ayam (potong dadu)
1 biji tauhu (potong dadu & goreng)
5 ulas bawang putih (ditumbuk lumat)
1 ulas bawang besar - saiz sederhana (ditumbuk lumat)
1 sudu sos tiram
7 sudu besar sos cili
1 1/2 sudu cili giling
daun saderi (dihiris halus)
garam dan gula secukup rasa....
Mula memasak :
-Basuh me kuning untuk membuang minyak dan kapur, kemudian celur dengan air panas selama 3 saat dan toskan.
-Panaskan kuali dan masukkan minyak,Setelah minyak panas,tumis bawang putih dan bawang merah yang telah ditumbuk sehingga naik bau.
-Masukkan cili giling tambah sedikit air dan kacau sehingga kering (tp jgn sampai hangit..)
-Masukkan sos tiram dan sos cili tambah sedikit air dan kacau sehingga sos menjadi pekat dan sedikit kehitaman.
-Kemudian masukkan kesemua bahan penyedap resepi ni satu persatu...ayam,udang dan akhir sekali tauhu yang telah di goreng.Masukkan sekali garam dan gula dan serbuk perasa mengikut citarasa.
-Setelah ayam dan udang masak masukkan mee yang telah dicelur dan daun saderi.Daun saderi untuk menambah bau resepi ini.
-Dah siap...dan sedia untuk dihidang...hiaskan dengan sedikit daun saderi.
selamat mencuba..........(^_^)
3 8 juta memberi pandangan dan pendapat:
wahhhh nmpak sedap..erm nk try ni.. hehehe
wahhhh nmpak sedap..erm terliur2 gitu hehehe
nuriel amani : cubela..mmg sedap..(^_^)
Post a Comment