Ntah kenapa entry kali ni aku nak bercerita pasal cicak…macam takde cerita pulak.he..he..tadi la masa nak menyapu banyak betul tahi cicak brgelimpangan kat bawah lampu.Bila aku nak ambik buku dekat rak ada pulak tahi cicak kat bucu buku.Bila aku pergi dapur nak buka peti ais adela pula tahi cicak lepak kat atas peti ais dengan senang hatinya. hi… geram betul.
Tak pasal-pasal aku jadi geram sangat dengan cicak nie.kenape la mereka tak buat jamban sendiri. Atau carik tempat yang sesuai untuk melepas…
Aku suke sikitla ngan CICAKMAN sebab dia hero…err agaknyela..kot..
Tapi aku geram sangat dengan masyarakat cicak sebab mereka itu betul - betul menyusahkan orang.apa kata cicakman pergi berbincang dengan masyarakat cicak.Nasihatkan mereka biar bersopan sikit bile nak berak..
Oleh kerana aku benci sangat dengan cicak aku pun searchlah perkara yang di benci oleh cicak ataupun perkara yang menyebabkan mereka itu sakit lalu meninggal dunia.
Antaranya :
1.Cicak takut dengan kucing.Kalau nampak kucing dari jauh pun cicak akan lari lintang pukang.Tp tak semua kucing suka makan cicak,kucing sekarang pun da moden kalau boleh nk mkan nasi dengan ikan.Tapi kucing tetap suke tangkap cicak untuk die main la agaknya.
Tapi klu takde kucing..
2.Jangan ternak serangga sebab cicak suka makan serangga.Santapan kegemaran cicak ialah semut anai-anai&lipas.Selama ni banyak sangat semut di sekitar rumahku.
Hapuskan serangga,bile takde serangga cicak akan pindah ke tempat lain ataupun meninggal dunia sebab kelaparan...
3.Pergi ke dapur sediakan sajian paling best untuk cicak.Blend air cili dan spray tempat cicak selalu bersantai atau menyorok,mesti berpinau la cicak tu karang.
4.Cicak rupanya sensitif dengan asid borik...taburkan asid borik pada laluan cicak.Dia akan meninggal dunia kalau lalu kat tempat yang kita tabur tadi.
5.Cicak tak suka dengan kulit telur ayam.Ish..ish..tak sangka kan,berguna rupanye kulit telur.Selalu aku buang je.Jap lagi nk kutip baliklah kulit-kulit tu.
(Basuh dan keringkan dalam 2 atau 3 hari. Pecahkan kecil-kecil jadi saiz duit 5 sen atau seposen. Lekatkan berapat-rapat pada kadbod dengan gam. Letak kat mana-mana yang nak elak cicak berkunjung.)
6.Paling best lastik cicak ble nampak die terhendap-terhendap nak keluar.Tp jgn lastik dulu bagi can die duduk kat tempat strategik dan senang nak lastik die..ha..ha..nampak cam kejam pulak..
posing terbaik dari salah seekor model yang terpilih.
comel kan..
3 8 juta memberi pandangan dan pendapat:
MIAHAHAHAHAHA
mak geli gila dgn cicak ni but dek kerana nk tau apa tipsnya, baca tips pastu scroll slow....slow...je kat bwh. Jeli sket2 dulu takut ada pic cicak tu hah!
Lastly, bila dah nmpk ada kepalanya tu, cpt2 je cari kotak komen ni hah..ekekeke
bagus gak tips tu dear. mak ni siap beli racun cicak tau! hehehe
he..he..cubela tipsni..berkesan tak..saya pun memang anti dengan cicak ni..hi..hi..
kucing aku suka gile main dengan cicak.sampai mati cicak tu dikejekn.huhu
Post a Comment