Agak cornfius sebenarnya sebab persatuan pengguna Pulau Pinang telah mengesahkan kewujudanya di Malaysia.
Walau apapun teruskanlah berdoa agar kita semua terlindung dari memakan telur tiruan ini...tak mustahil sebenarya jika ia benar-benar telah masuk ke pasaran Malaysia,sedangkan pendatang tanpa izin pun boleh masuk ke Malaysia dengan jayanya melalui penyeludupan yang bijak apatah lagi hanya telur ayam yang jauh lebih kecil berbanding manusia.
Berikut adalah petikan yang boleh membuatkan kita semua rasa lebih tenang...
Jabatan Veterinar hari ini mengesahkan
tidak terdapat telur tiruan dijual di pasaran negara ini berdasarkan
ujian pensampelan yang dibuat setakat ini
Ketua Pengarah Veterinar Datuk Dr Abd Aziz
Jamaluddin berkata sampel telur itu diambil dari pasar-pasar seluruh
negara termasuk sebuah pasar di Pulau Tikus, Pulau Pinang yang didakwa
menjual telur tiruan sepertimana laporan media minggu lalu.
"Keputusan awal yang diperolehi semua telur yang disampel ini adalah
telur tulen. Bagaimanapun mana-mana pengguna atau persatuan pengguna
yang mempunyai telur tiruan kita minta mereka serahkan kepada jabatan
dan saya sanggup menyediakan ganjaran untuk maklumat ini," katanya
kepada pemberita di sini.
Rabu lalu, Persatuan Pengguna Pulau Pinang
(CAP) mendedahkan pihaknya telah menerima aduan daripada pengguna yang
membeli 30 biji telur tiruan pada harga RM11 di pasar Pulau Tikus.
Merujuk kepada kes itu, Abd Aziz berkata telur itu berkemungkinan adalah
telur yang rosak atau bergred rendah yang tidak sepatutnya dijual
kepada pengguna.
Beliau berkata bentuk yang agak berlainan
tidak bermakna ia adalah telur tiruan, manakala jenis makanan atau
antibiotik yang diberikan kepada ayam juga boleh menyebabkan telur itu
sedikit berbeza. Bagaimanapun, Makmal Kesihatan Awam di Salak Tinggi,
Selangor akan menjalankan kajian terhadap telur-telur itu bagi
memastikan kandungannya selamat dimakan, katanya.
Abd Aziz berkata untuk menghasilkan telur
tiruan yang rupanya hampir sama dengan telur asli memerlukan kos yang
begitu tinggi termasuk untuk penyelidikan yang baik, sedangkan telur
tulen dijual dengan harga yang begitu rendah di negara ini iaitu
sekitar 32 sen sebiji bagi gred terbaik (AA).
Beliau turut menolak kemungkinan telur
tiruan itu dihasilkan di negara lain dan diimport ke negara ini kerana
Malaysia tidak membenarkan pengimportan telur kecuali bagi tujuan
pembiakan. "Ini kerana telur yang dihasilkan di negara ini lebih dari
keperluan rakyatnya iaitu 23 juta biji sehari," katanya.
Petikan dari bernama
Petikan dari bernama
4 8 juta memberi pandangan dan pendapat:
ari tu ade, sekarang xde lak.. betul ke xde? atau pun cume konspirasi kerajaan je? em..
Tak mustahil kalau ada yg terlepas pandang... Mudah-mudahan semua selamat..
kay_are : hurm..tu la conrfius ni..apepun tawakal jelah...(^_^)
Zyash : harap-harapnye macam tulah...moga semuanya selamat..(^^,)
Post a Comment