. . .

Friday, 25 February 2011

Kenali Fibroid Mulai Sekarang

Hari ini aku nak berkongsi berkaitan Fibroid..Pernah tak dengar tentang Fibroid.Aku tergerak untuk menaip entry berkaitan kesihatan ni bukannya sebab aku da pandai sangat..malu pulak..uhuk..uhuk..

Tapi timbul kesedaran nie bila ibu yang ku sayangi dijangka menghidap penyakit nie.Sebelum tu dokter kata ibuku menghidap kanser rahim.Tetapi setelah berulang kali buat medical check up dan scan dokter mengesahkan ibuku tidak menghidap kanser.Alhamdulillah...Terima kasih ya Allah..Ibuku terselamat dari penyakit yang sangat digeruni kaum wanita.


Gambar ini dikutip dari Medline Plus


Walaupun Fibroid bukanlah kanser (ia hanyalah ketumbuhan biasa dalam rahim) tetapi pepejal ini tetap memberi masaalah pada ibuku.Ibuku sering merasa lemah badan sebab kekurangan darah kerana terlalu banyak keluar haid.Ini adalah antara masaalah yang dihadapi oleh pesakit Fibroid.Masaalah lain yang sering dihadapi oleh ibuku ialah kerap sakit belakang,sakit semasa haid,sembelit,kerap kencing disebabkan oleh tekanan akibat dari ketumbuhan rahim.Jika pesakit yang masih muda pula mereka sukar mengandung dan mengalami keguguran yang kerap.

Fibroid jarang diketahui oleh wanita kerana ia hanya memberi masaalah bila Fibroid ini membesar.Sebelum ini ibuku memang selalu tak sihat.punca utamanya sebab kekurangan darah..

Pada mulanya ibuku merasa pelik sebab seperti ada benjolan di dalam rahim.Ibuku pergi kehospital macam biasa tapi hanya diberi vitamin.pernah ibuku dimasukkan ke wad sebab kekurangan darah.malam itu juga aku dan adikku balik ke kampung dan menjenguk  ibuku diwad.

Setelah beberapa kali berulang-alik kehospital akhirnya ibuku bertemu dengan seorang dokter yang sangat perihatin. Kali itu ibuku tak diberi vitamin berkilo-kilo macam biasa.Tapi dokter tu buat pemeriksaan yang sangat teliti termasuklah scan.Aku bukan ingin menyalahkan dokter tetapi gejala Fibroid selalunya dikesan dengan tak sengaja.Sesiapun yang bernama wanita sekiranya anda merasa ada benjolan didalam perut segeralah buat pemeriksaan sebelum ia membesar.Hanya ujian ultrasound yang boleh membezakan samada bengkak itu berasal dari Fibroid atau ovari.(Ibuku pernah menjalani ujian papsmear tetapi ujiannya positif sebab papsmear untuk menjejaki sel kanser)

Sejak itu barulah kami tahu yang ibuku bukanlah menhidap penyakit biase.Tapi penyakit yang sangat aku takuti walaupun ia bukanlah kanser.

*Aku pernah terbaca antara punca penyakit yang berkaitan dengan rahim ini disebabkan oleh tuala pakai buang wanita.kerana ia mengandungi bahan kimia yang sangat tinggi terutamanya tuala wanita yang berjenama dioksin.(aku pun tak tahu-menahu berkaitan makhluk ni.).


*Wanita yang mempunyai risiko menghidap penyakit ini biasanya dalam lingkungan 40-50 tahun,wanita yang tidak pernah mengandung,gemuk.

p/s Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang Fibroid sila rujuk pada pakar atau klik disini.


1 8 juta memberi pandangan dan pendapat:

Suhaida dan Ab Rahman said...

Akak ada jual tuala wanita yang bersih dripada dioksin , chlorin dan sbgainya . Jmput lah singgah blog akak.

"ku menatap dalam kelam, tiada yang bisa ku lihat, selain hanya nama-Mu Ya Allah......Esok ataukah nanti, ampuni semua salahku, lindungi aku dari segala fitnah. Kau tempatku meminta, kau beriku bahagia, jadikan aku selamanya..hamba-Mu yang selalu bertakwa. Ampuniku Ya Allah, yang sering melupakan-Mu, saat Kau limpahkan kurnia-Mu, dalam sunyi aku bersujud......pada-MU"