Mungkin anda mempunyai masalah untuk mengawal kadar pengambilan
makanan. Tambahan lagi sekiranya makanan yang dihidang amat
menyelerakan. Jadi, apakah cara tipu muslihat terbaik untuk anda
berjaya mengurangkan berat badan?
1.Menghidu makanan
-Mungkin anda merasakan bahawa cara ini tidak masuk akal sama
sekali. Tetapi berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh Dr Alan R.
Hirsch ( Smell & Taste Treatment and Research Foundation in Chicago
) terhadap 3000 sukarelawan mendapati bahawa seseorang yang gemar
menghidu makanan biasanya lebih kurus berbanding mereka yang tidak
gemar menghidu.
2.Letakkan cermin bertentangan dengan tempat makan anda
-Satu kajian mendapati bahawa seseorang yang makan dihadapan cermin
akan mengurangkan 1/3 jumlah pengambilan makanan berbanding mereka yang
tidak makan dihadapan cermin. Ini berlaku mungkin disebabkan apabila
anda melihat diri anda sendiri, ia akan mengingatkan mengenai matlamat
yang ingin dicapai.
3.Kelilingi tempat makan anda dengan warna biru
-Adakah anda perasan mengapa kebanyakan restoran makanan segera
tidak menggunakan warna biru sebagai tema restoran mereka? Ini adalah
disebabkan kajian psikologi yang telah dilakukan bahawa penggunaan
warna biru akan menahan selera makan seseorang. Elakkan warna seperti
oren, kuning, dan merah ditempat makan kerana ia akan meningkatkan lagi
selera makan anda.
4.Tangkap gambar makanan yang anda ambil
-Setiap kali anda melihat gambar makanan yang telah diambil, pasti
ia akan mengingatkan anda untuk melakukan perancangan tentang bagaimana
cara untuk anda berjaya mengurangkan berat bandan.
5.Ikat seutas benang pada bahagian perut
-Apabila anda sudah merasakan benang yang diikat pada perut semakin
menegang, ia bermakna anda seharusnya sudah perlu berhenti daripada
mengambil makanan lagi.