. . .

Thursday 21 April 2011

Dah dapat duit dari nuffnang

Hari ini Khamis 21.4.2011 dengan sukacitanya dan penuh senyuman dimaklumkan aku Pn.HoyaHadis telah mendapat duit dari nuffnang buat pertama kalinya..hu..hu..suka-suka....($__$)

Tapi walaumacammanapun atas sebab yang tertentu duit tersebut belum boleh dicashkan..hurm...takpelah...nak buat macammana kan...tunggu jelah..mungkin kena berusaha lagi...

Ada sesiapa yang nak tahu berapa jumlah aku dapat..ho..ho..malu pulak nak beritahu...Tapi apasalahnya kalau nak kongsi kan..meh sini nak tunjuk gambar yang telah di print screen kan...
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
nipun gambarnya....!!!!



Haaaa...itulah jumlahnya setakat ini...banyak tak...banyak lah jugak kan.Sape nak bagi duit senang-senang kan.

Boleh beli jajan super ring ni kalau dapat...tak pun chikedis...ataupun cokelat...tapi nampak gayanya kena tambah 5 sen lagi...sape nak mak cik belanja angkat tangan sekarang he..he.....(tawaran hanya untuk 3 saat,selepas tu ditutup...)

*doaku semoga impianku menjadi kenyataan.....aaamiiiiinnnnnn...sesiapa yang baik hati tolong aminkan sekali boleh..he..he..mekasih..mekasihh...


Monday 18 April 2011

Aku menang RM200,000...!!!

Assalamualaikum semua...(^_^)5 hari dah tak update entry...hu..hu..gara-gara balik kampung.Kat kampung malas nak on line sebab line broadband sangat menjengkelkan...(~_~)

Balik dari kampung singgah ke rumah adik...hu..hu..kami berkampung kat sana sehari semalam... Sampai je rumah adik terus on laptop , lepastu on broadband dan bukak belog...hurm..bersawang... nasib baik takde tahi cicak...!!!!

Lepas menjengok blog bukak pulak email..hurm..ade mesej dari apesal dot com...Belog ini layak jugak menyertai mereka...suka..suka..he..he..Belog ni kalau boleh aku nak isi dengan maklumat yang berfaedah untuk para pembaca di samping meramaikan kawan...Tanpa kawan tak hidup jugak belog ni kan...(^_^)

Isnin pagi (hari ini) balik kerumah...Petang masa balik rehat (kerja) suami ku check letter box depan rumah...Aku dapat Big Yellow Envelope dari Readers Digest..!!! aku menang RM200,000 ribu siap dengan kunci kereta jenis Peugeot...!!!



Mak ai....!!! banyaknya...!!!Mula la aku berangan nak beli tanah nak bukak ladang untuk bela kambing,atau nak bli helikopter sekenhen untuk kemudahan balik kampung,Takpun buat rumah ada akuarium kat lantai (bawah tanah)

Hurm tapi malangnya semua tu tipu , lagipun aku tak baca habis isi surat tu....ngeh..ngeh..Sebab aku bukannya faham sangat bahasa Mat Salleh ni...Malas nak translate ke bahasa melayu aku pun search kat internet berkaitan Readers Digest...Rupanya ramai yang tak puas hati dan naik menyampah dengan Readers Diegest ni.Bacalah sendiri komen kat forum ni....  he..he..malas nak copy...Hu...hu..aku ingat aku sorang je layak dapat Big Yellow Envelope mereka tu walaupun tak pernah beli pun majalah mereka...Rupanya beribu tak pun puluhan ribu , itu tak termasuk mangsa mereka sejak aku kecik-kecik dulu..Baru aku ingat Pak Cik aku pernah jugak dapat Big Yellow Envelope ni...masa tu aku masih kat sekolah rendah lagi.Mereka menggunakan nama aku dari email yahoo...Tapi yang peliknya macam mana mereka boleh tahu alamat aku...adakah kebocoran maklumat senang sangat berlaku kat internet...!!!

Untuk mendapatkan duit sebanyak tu banyak syaratnya.Setiap peserta wajib menyertai peraduan.Dan untuk satu peraduan wajib mengisi satu borang.Setiap satu borang penyertaan pula dikenakan bayaran. Ala-ala gores dan menang gitu....Step terakhir mereka suruh beli barang mereka yang agak mahal harganya.Baru layak masuk ke final...tu pun belum tentu menang....Ho..ho..banyaknya duit habis untuk menuju kemenangan yang tak pasti..

Nasib baik aku tak tertipu...Kejap lagi nak masuk Big Yellow Envelope dalam plastik sampah dan buang ke rumah sampah depan rumah,Esok pagi semestinya lori sampah akan kutip dan hantar ke Sungai Besi,
Selamat tinggal Big Yellow Envelope.....!!!!! (~_~)

 Inilah Big Yellow Envelope

moral : bukan senang nak carik duit dengan cara mudah kalau adapun tak semestinya halal sebab guna kaedah menipu dan tertipu...!!!


Thursday 14 April 2011

Penyelesaian masaalah cicak

Ntah kenapa entry kali ni aku nak bercerita pasal cicak…macam takde cerita pulak.he..he..tadi la masa nak menyapu  banyak betul tahi cicak brgelimpangan kat bawah lampu.Bila aku nak ambik buku dekat rak ada pulak tahi cicak kat bucu buku.Bila aku pergi dapur nak buka peti ais adela pula tahi cicak lepak kat atas peti ais dengan senang hatinya. hi… geram betul.
Tak pasal-pasal aku jadi geram sangat dengan cicak nie.kenape la mereka tak buat jamban sendiri. Atau carik tempat yang sesuai untuk melepas…
Aku suke sikitla ngan CICAKMAN sebab dia hero…err agaknyela..kot..



Tapi aku geram sangat dengan masyarakat cicak sebab mereka itu betul - betul menyusahkan orang.apa kata cicakman pergi berbincang dengan masyarakat cicak.Nasihatkan mereka biar bersopan sikit bile nak berak..

Oleh kerana aku benci sangat dengan cicak aku pun searchlah perkara yang di benci oleh cicak ataupun perkara yang menyebabkan mereka itu sakit lalu meninggal dunia.
Antaranya :

1.Cicak takut dengan kucing.Kalau nampak kucing dari jauh pun cicak akan lari lintang pukang.Tp tak  semua kucing suka makan cicak,kucing sekarang pun da moden kalau boleh nk mkan nasi dengan ikan.Tapi kucing tetap suke tangkap cicak untuk die main la agaknya.
Tapi klu takde kucing..

2.Jangan ternak serangga sebab cicak suka makan serangga.Santapan kegemaran cicak ialah semut anai-anai&lipas.Selama ni banyak sangat semut di sekitar rumahku.
Hapuskan serangga,bile takde serangga cicak akan pindah ke tempat lain ataupun meninggal dunia sebab kelaparan...

3.Pergi ke dapur sediakan sajian paling best untuk cicak.Blend air cili dan spray tempat cicak selalu bersantai atau menyorok,mesti berpinau la cicak tu karang.

4.Cicak rupanya sensitif dengan asid borik...taburkan asid borik pada laluan cicak.Dia akan meninggal  dunia kalau lalu kat tempat yang kita tabur tadi.

5.Cicak tak suka dengan kulit telur ayam.Ish..ish..tak sangka kan,berguna rupanye kulit telur.Selalu aku buang je.Jap lagi nk kutip baliklah kulit-kulit tu.
(Basuh dan keringkan dalam 2 atau 3 hari. Pecahkan kecil-kecil jadi saiz duit 5 sen atau seposen. Lekatkan berapat-rapat pada kadbod dengan gam. Letak kat mana-mana yang nak elak cicak berkunjung.)

6.Paling best lastik cicak ble nampak die terhendap-terhendap nak keluar.Tp jgn lastik dulu bagi can die duduk kat tempat strategik dan senang nak lastik die..ha..ha..nampak cam kejam pulak..

posing terbaik dari salah seekor model yang terpilih.
comel kan..






Wednesday 13 April 2011

Doa untuk ibu bapa

Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka,
Perindahlah ucapanku di depan mereka.
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkanlah hatiku untuk mereka.
Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya
Atas didikan mereka padaku dan
Pahala yang besar
Atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku,
Peliharalah mereka
Sebagaimana mereka memeliharaku.
Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan,
atau kesusahan yang mereka derita karana aku,
atau hilangnya sesuatu hak mereka karana perbuatanku,
jadikanlah itu semua
Penyebab pupusnya dosa-dosa mereka,
Meningginya kedudukan mereka dan
Bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu, ya Allah
sebab hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan
dengan kebaikan berlipat ganda.
Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika magfirah-Mu lebih dahulu mencapai diriku,
Maka izinkahlah aku memberi syafa'at untuk mereka,
sehingga kami semua berkumpul
Bersama dengan santunan-Mu
di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta
rahmat-Mu.
Sesungguhnya Engkaulah
yang memiliki Karunia Maha Agung,
serta anugerah yang tak berakhir dan
Engkaulah yang Maha Pengasih Diantara semua pengasih.
****
Mari kita kenang dosa kepada orang tua kita.
Siapa tahu hidup kita dirundung nestapa karena kedurhakaan kita.
Karena kita sudah menghisap darahnya, tenaganya, airmatanya, keringatnya.
Istighfar, istighfarlah
Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orangtuanya.
Atau kata-katanya sering mengiris melukai hatinya, atau yang jarang
memperdulikan dan mendoakannya.
Percayalah bahwa anak yang durhaka siksanya didahulukan didunia ini.
Istighfar yang pernah mendholimi ibu bapaknya.
Astaghfirullahal Adhiim
Astaghfirullahal Adhiim

 Dipetik dari

Tips kebahagiaan rumah tangga (disayangi suami)

Assalamualaikum semua....hu..hu..pagi-pagi aku menaip entry.Orang kata kalau berpagi-pagi ni murah rezeki.Otak pun sedikit cerah.takdelah aku merepek dalam entry ni.Tak percaya...Jom baca sampai habis...

Kali ni aku nak bagi tips kebahagiaan rumah tangga dan disayangi suami...opss amaran keras tips ni hanya untuk orang sudah yang sudah berkahwin sahaja ye.Hurm...aku bukan lah seorang yang hebat nak bagi motivasi di pagi hari ni...

Tapi tips ni di beri oleh seorang lelaki veteran yang sememangnya telah bergelar suami.Lelaki ni aku panggil pakcik la kan.Pak cik ni aku kenal masa bujang dulu tapi dah bertunang...Aku kenal Pak cik ni dalam bas.Masa tu aku dalam perjalanan balik dari kampung ke Shah Alam.Pak cik memperkenalkan diri.Beliau seorang kastam dan berkahwin dengan seorang isteri yang penyayang bernama Norliah.Beliau mempunyai empat orang anak tapi semuanya lelaki.Pak cik kata dia suka ambik anak angkat perempuan sebab dia teringin dapat anak perempuan.Pak Cik offer kat aku jadi anak angkat dia.Aku pun cakap "boleh je pak cik...."hu..hu...dalam bersembang tu lah pak cik bagi petua dan nasihat...
  • Dah kawin nanti jaga suami elok-elok ye...jaga makan minum dia...jaga keperluan dia...
  • Bila suami pergi kerja tunggu dia depan pintu dan bersalam dengan dia...Bagi senyuman dan doakan kesejateraan dia...Doakan semoga murah rezeki suami.
  • Bila suami balik dari kerja tunggu dia depan pintu dengan senyuman.Kalau boleh sediakan segelas air kosong (pun takpe) untuk suami...
  • Terima seadanya apa yang suami beli (nafkah makan pakai) jangan marah atau merajuk jika tak berkenan atau tak suka...Jangan lupa ucapkan terima kasih pada suami.
  • Masakkan untuk suami jangan biar dia makan kat kedai.Air tangan isteri lebih berkat dan pengikat kasih sayang...
  • Bila suami makan wajib temankan dia walaupun kamu tak makan.
  • Hormati suami,jangan sekali-kali mengherdik dan menuding jari kat suami,suami pantang kalau isteri tak hormat,terus hilang rasa sayang dan datang pulak perasaan benci atau menyampah,suami kahwin lain baru tau....hu..hu...sadis yang ini..
  • Bila suami ada masaalah tanya dengan cara yang elok,orang lelaki jarang bercerita masaalah mereka (lebih suka pendam...sebab tu orang lelaki ramai yang sakit, jantung...kesian...hu..hu..)
  • Bertolak ansur dalam hubungan perkahwinan...jangan gaduh-gaduh dengan suami.
Hurm...tu la yang aku ingat pesan pak cik...pak cik kata macam tulah Makcik Norliah buat kat pak cik.Pak cik kata tak pernah jumpa perempuan sebaik Makcik Norliah....romantik pak cik ni...Ooops lupa pulak...nama pak cik ni Baharudin.

Tapi yang aku sedih sangat-sangat aku tak berhubung dah dengan pak cik.Pertemuan kami berakhir di steyen bas.Pak cik bagi no telefon suruh aku telefon balik.Tapi kenapa ntah aku asyik terlupa sampailah nombor telefon pak cik hilang.Teruk betul sampai sekarang aku menyesal....Walauapapun pak cik,ilmu yang pak cik bagi sangat bermanfaat.Saya akan ingat pesan pak cik sampai bila-bila.Terima kasih pada pak cik.....semoga dapat jumpa balik pak cik tak kisahlah kat dunia ni ataupun kat akhirat nanti..hu..hu..sedih pulak....

*Kalau anda rasa tips ini bermanfaat silalah share..hu..hu..diizinkan sama sekali untuk kebaikan...

Tuesday 12 April 2011

Belum ada telur tiruan masuk ke pasaran Malaysia

Baru-baru ini kita semua dikejutkan dengan berita berkaitan telur ayam tiruan yang dicipta oleh negara yang terkenal dengan copy and paste... Rupa-rupanya hasil dari kajian Jabatan Veterinar mendapati tiada telur ayam tiruan di pasaran Malaysia.

Agak cornfius sebenarnya sebab persatuan pengguna Pulau Pinang telah mengesahkan kewujudanya di Malaysia.

Walau apapun teruskanlah berdoa agar kita semua terlindung dari memakan telur tiruan ini...tak mustahil sebenarya jika ia benar-benar telah masuk ke pasaran Malaysia,sedangkan pendatang tanpa izin pun boleh masuk ke Malaysia dengan jayanya melalui penyeludupan yang bijak apatah lagi hanya telur ayam yang jauh lebih kecil berbanding manusia.

Berikut adalah petikan yang boleh membuatkan kita semua rasa lebih tenang...

Jabatan Veterinar hari ini mengesahkan tidak terdapat telur tiruan dijual di pasaran negara ini berdasarkan ujian pensampelan yang dibuat setakat ini
Ketua Pengarah Veterinar Datuk Dr Abd Aziz Jamaluddin berkata sampel telur itu diambil dari pasar-pasar seluruh negara termasuk sebuah pasar di Pulau Tikus, Pulau Pinang yang didakwa menjual telur tiruan sepertimana laporan media minggu lalu.
"Keputusan awal yang diperolehi semua telur yang disampel ini adalah telur tulen. Bagaimanapun mana-mana pengguna atau persatuan pengguna yang mempunyai telur tiruan kita minta mereka serahkan kepada jabatan dan saya sanggup menyediakan ganjaran untuk maklumat ini," katanya kepada pemberita di sini.
Rabu lalu, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendedahkan pihaknya telah menerima aduan daripada pengguna yang membeli 30 biji telur tiruan pada harga RM11 di pasar Pulau Tikus. Merujuk kepada kes itu, Abd Aziz berkata telur itu berkemungkinan adalah telur yang rosak atau bergred rendah yang tidak sepatutnya dijual kepada pengguna. 

Beliau berkata bentuk yang agak berlainan tidak bermakna ia adalah telur tiruan, manakala jenis makanan atau antibiotik yang diberikan kepada ayam juga boleh menyebabkan telur itu sedikit berbeza. Bagaimanapun, Makmal Kesihatan Awam di Salak Tinggi, Selangor akan menjalankan kajian terhadap telur-telur itu bagi memastikan kandungannya selamat dimakan, katanya. 

Abd Aziz berkata untuk menghasilkan telur tiruan yang rupanya hampir sama dengan telur asli memerlukan kos yang begitu tinggi termasuk untuk penyelidikan yang baik, sedangkan telur tulen dijual dengan harga yang  begitu rendah di negara ini iaitu sekitar 32 sen sebiji bagi gred terbaik (AA). 

Beliau turut menolak kemungkinan telur tiruan itu dihasilkan di negara lain dan diimport ke negara ini kerana Malaysia tidak membenarkan pengimportan telur kecuali bagi tujuan pembiakan. "Ini kerana telur yang dihasilkan di negara ini lebih dari keperluan rakyatnya iaitu 23 juta biji sehari," katanya. 

Petikan dari bernama

Rumah baru untuk ayam


Mood boring untuk hari ini..(@_@) Entry kali ini memaparkan reka bentuk sebuah rumah yang indah lagi menawan untuk ayam kesayangan anda...

Dengan menghadiahkan rumah yang sebegini cantik sudah tentu ayam yang anda sayangi merasa begitu dihargai....Dengan demikian ayam kesayangan anda akan bertelur dengan banyaknya sebagai menghargai jasa anda...

Jom kita tengok rekaan menarik untuk rumah ayam anda....


Jeng-jeng...pandangan dari atas



 Pandangan dari luar dan depan

 Pandangan dari depan dan pintu yang terbuka

 Ha..tu dia...tuan rumah dah keluar

 Chak...dah siang rupenye...perut lapar nak pergi carik cacing...


Monday 11 April 2011

Bahaya Botol Susu Yang Mempunyai Kandungan BPA

Bahaya Botol Susu Bayi dan Produk PlastikSalam semua..bertemu lagi kita disini..eceh..mcm program wanita hari ini pulak..he..he..entry kali ini bukan berkaitan dengan wanita sahaja sebenarnya.Tetapi lebih diutamakan kepada ibu bapa yang memiliki anak kecil yang masih menyusu menggunakan botol susu BPA.

Perkara ini sebenarnya dah lama tersebar.Tapi tak ramai yang tahu ataupun mengikuti ataupun memandang remeh tentang perkara ini..Soalan dariku untukmu anda menggunakan botol susu jenis apa  untuk anak-anak...hurm..sila check botol susu anak anda sekarang...

Petikan dibawah ini adalah petikan dari berita harian :

"PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi 'Bisphenol A' (BPA), berkuat kuasa 1 Mac 2012, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai."

"Beliau berkata perkara itu diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 2 Mac lalu sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu tersebut adalah selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutamanya bayi dan kanak-kanak.

"Kementerian tidak akan berkompromi dalam keselamatan pengguna terutamanya bayi dan kanak-kanak. Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan ''bisphenol A'' ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar," katanya."

Kenapa nak tunggu 1 Mac 2012 baru diharamkan...Bila sudah ada keraguan apasalahnya kalau diharamkan terus produk yang membahayakan seperti ini..mungkin mereka (tak tahu sape) nak habiskan stok dulu dan buat yang baru..kesannya memang tak nampak sekarang tapi risiko tetap ditanggung oleh anak-anak kita satu hari nanti.

Selepas ini mungkin syarikat pengeluar produk akan membuat promosi jualan untuk menghabiskan stok.Bagi yang sedia maklum tentang risiko penggunaan produk ini mereka tentunya tidak akan tertarik atau terpengaruh walaupun dijual dengan harga yang murah.Tetapi mereka yang tidak pernah tahu dan tidak pernah mendengar maklumat seperti ini dengan segeranya mereka memborong dan diagihkan sekali pada sedara mara dan jiran tetangga dengan bangganya...benda murah kan...Takut sebenarnya jika anak-anak yang lahir pada hari ini akan jadi generasi yang berpenyakit apabila merka dewasa.

Berikut ialah perkara berkaitan BPA.


*Bisfenol A (BPA) adalah bahan kimia yang terdapat dalam plastik polikarbonat (polycarbonate) dan resin epoksi. Plastik polikarbonat yang jernih dan tahan lasak ini digunakan dalam pelbagai produk pengguna antaranya botol susu bayi, botol air mineral, bekas makanan dan juga dalam teether bayi. Resin epoksi pula digunakan untuk menyaluti lapisan dalam hampir semua makanan dan minuman dalam tin.
*Kesan Terhadap Kesihatan

BPA dari produk mengandungi bahan berbahaya ini dapat melarut resap ke dalam makanan atau minuman dan seterusnya memasuki badan. Dos Bisfenol A yang rendah sekalipun dalam badan manusia boleh disalah anggap sebagai estrogen. Estrogen adalah hormon yang mengawal perkembangan otak, sistem peranakan dan pertumbuhan janin. Keadaan ini boleh memberi kesan negatif terhadap kesihatan.
Janin dalam kandungan (ibu hamil jaga pemakanan anda) dan bayi adalah golongan yang paling berisiko jika terdedah dengan BPA ini kerana ia dikatakan mempengaruhi pembentukan otak dan perangai bayi.
Banyak kajian mengaitkan BPA dengan pelbagai masalah lain seperti baligh awal, kanser payudara, kanser prostat, penyakit jantung, obesiti dan kencing manis. Malah, ia juga dikatakan boleh menyongsangkan ciri-ciri jantina seseorang dan merosakkan kromosom.

*Faktor Pengaruhi Larut Resap BPA ke dalam Makanan

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan larut resap ini berlaku dengan lebih banyak. Antaranya, kepanasan (api dan matahari), calar dan pendedahan terhadap sesetengah bahan kimia (termasuk sabun pencuci).
Pengkaji dari University of Cincinnati melaporkan, pendedahan terhadap air menggelegak menyebabkan botol polikarbonat melepaskan bisfenol A (BPA) sehingga 55 kali ganda lebih cepat berbanding ia terdedah kepada air sejuk atau air suam (air kosong).

*Tip Mengelakkan BPA 
Anda mungkin sukar untuk mengelakkan secara mutlak penggunaan produk yang mengandungi BPA ini, tetapi anda dapat mengurangkannya dengan mengamalkan langkah-langkah berikut:
  1. Jangan panaskan makanan atau minuman dalam plastik polikarbonat sama ada menggunakan ketuhar gelombang mikro atau pun direbus.
  2. Kurangkan pengambilan makanan dalam tin, pilih yang segar atau sejuk beku. Jika mahu yang segera, pilih dalam botol kaca.
  3. Seboleh mungkin, gunakan bekas makanan daripada porselin, kaca atau keluli tahan karat terutamanya untuk makanan atau minuman panas.
  4. Berikan permainan yang selamat untuk anak anda. Lihat kod plastik di bawah permainan. Kod 7 adalah polikarbonat (elakkan juga kod 3 kerana ia mengandungi toksin).
  5. Jika mahu membungkus sup atau air panas dari penjual makanan, bawa bekas makanan atau minuman anda sendiri.
  6. Jangan membiarkan air di dalam botol air mineral terjemur di dalam kereta, dan kemudian meminumnya.
*sumber rujukan


*Tips mengelakkan BPA 

  1. Gunakan botol susu daripada gelas plastik yang bebas BPA. Elakkan polikarbonat. Sebaliknya pilih polietilena, polipropilena atau poliamida.
  2. Jika anda menggunakan juga botol polikarbonat, pastikan ia tidak dijemur, tidak dipanaskan dan tidak dimasukkan air panas menggelegak ke dalamnya.
  3. Elakkan calar dengan menggunakan berus yang lembut daripada plastik dan span, bukan berus daripada dawai untuk membasuh botol susu bayi.
  4. Gunakan sabun yang sesuai untuk mencuci botol bayi.
*Semoga apa yang tertulis ini menjadi panduan serba sedikit untuk kita semua...

Chegu Zubir Mehla Terjah..!!!



Assalamualaikum...(^_^_
Jom ramai-ramai join segmen ni...
Segmen ni dari Chegu Zubir...
Tak rugi join....beliau seorang yang peramah tau..
Sebab Chegu Zubir akan selalu terjah blog anda..
 Hu..hu..betulkan Chegu Zubir..
Ha..jom klik di sini


Friday 8 April 2011

Awas telur tiruan..!!!

Salam semua...lama dah tak update entry...Aku pergi German sekejap beli selipar..Tu yang lama tak muncul-muncul..he..he..
Pagi ni search kat google terbaca artikal tentang telur tiruan...Pelik pada mulanya,telur tiruan pun adake...Alahai ayam pun dah hilang pekerjaan sekarang...Lepasni banyaklah ayam menganggur sebab dah tak diperlukan untuk bertelur.Tunggu masa untuk disembelih je dan dimakan oleh aku juga manusia lain dimuka bumi ni termasuklah pembaca yang sudi..

Pengluaran telur ni sebenarnya dah lama.sejak tahun 2008 lagi,Dah semestinya berasal dari china.Tapi baru sekarang ada dipasaran Malaysia.Agak ketinggalan jugaklah aku...

Telur ayam ini dicipta hanya sebab duit dan nak cepat kaya...mana taknya kos untuk membuat telur ayam sangat murah dan mereka yang menciptanya dah tentu boleh menjual telur ayam tiruan lebih murah berbanding harga di pasaran.Kos dalam mata Yuan untuk membuat sebiji telur  hanya memerlukan 0.55Yuan/kg berbanding telur sebenar berharga 5.6Yuan/kg..

Ini adalah rupa perbezaan telur sebenar dan telur tiruan

Jom tengok macam mana diorang buat...

 
Bahan-bahannya; calcium carbonate, starch, resin, gelatin, alum dan lain-lain lagi bahan kimia yang diperlukan.


Bahan untuk kuning telur diisi ke dalam 2/3 bahan acuan bersama-sama,chlorida dan pewarna

Cecair "telur kuning" dimasukkan pada cetakan bulat
 









Lapiasan luar telur kuning terbentu
 













Lapisan luar disaluti dengan lilin dan calcium carbonate. Proses ini diulang beberapa kali sehingga lapisan luar terbentuk dan menebal.


Setelah siap .. telur tersebut dibiarkan kering bagi mengeraskan kulit dilapisan luar. Dah siap !

Perbezaan telur ayam tiruan dengan yang sebenar ?
Telur ayam tiruan .. kalau digoreng seperti gambar dibawah. Gelembung-gelembung kecil akan kelihatan disekelilingnya. Selain itu .. rasanya pun lain. Lebih sedap dari biasa ! Kulit telur ayam pula.Lebih senang dipecahkan.Tapi ini hanya untuk pratonton sahaja.Telur tiruan yang diproses dikilang mesti lebih berkualiti dan susah untuk dibezakan luaranya.
 


Susah juga sebenarnya nak kesan telur tiruan ni. Kadang-kadang memang ada telur ayam yang bersaiz besar (telur kembar) ! Kalau kita tengok  gambar telur tiruan  dengan yang sebenar kat atas tu saiznya lebih kurang sama je.
Tapi cara yang paling senang nak kesan cuba pastikan ada tak tercalit sedikit tahi ayam kat kulit telur..he..he..kalau dulu nak pegang pun geli sebab ada najis...tu tandanya telur yang original..

Satu lagi bila kita pecahkan telur ada tak seakan sayap di dbahagian tepi kuning telur...telur yang asli jika dieram akan hidup dan menetas tapi telur ayam kampung jela...telur ayam daging juga tetap ada sayap kalau ia dilahirkan ayam itu sendiri...ho..ho..betul ke ayat ni...

Gambar di bawah ini pula menujukkan perbezaan telur tiruan dan telur asli sesudah di rebus





Maklumat tambahan :

"Sekali pandang, ia tidak ubah seperti telur ayam gred A namun, ia sebenarnya telur tiruan yang dibuat sepenuhnya daripada ramuan bahan-bahan kimia berbahaya. Itu pendedahan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang mendakwa telur berkenaan rupa bentuknya tidak ubah seperti telur ayam sebenar dan tidak menolak kemungkinan ia terdapat di pasaran negara ini."

"Presidennya, S.M. Mohamed Idris berkata, siasatan awal pihaknya mendapati, kulit telur tiruan itu diperbuat daripada lilin parafin dan kalsium karbonat. “Kuning telur dan putih telur tiruan itu pula dihasilkan menggunakan natrium alginat, alum, gelatin, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan pewarna lemon,” katanya di sini semalam.

"Menurut S.M. Mohamed, pada amnya bahan-bahan itu merupakan makanan tambahan tetapi dalam menghasilkan telur tiruan, ia menjadi komponen utama dalam bahan-bahan pemprosesannya.
Justeru, pemakanannya dipercayai mampu mengganggu kadar metabolisme dalam badan, hati dan otak jika dimakan pada kadar yang kerap. "- Sumber Kosmo

Tuesday 5 April 2011

Terima Kasih for My Follower

 Hari ni setelah lapan minggu tiga hari berblogging akhirnya mencicah 50 follower..
sikit nye...hu..hu..tapi alhamdulliah..adela jugak tu kan..
cuma aku kena berusaha lebih..hu..hu..
terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi memfollow blog yang tak seberapa ni..
da biasa sebenarnya ayat ni...tak tahu nak guna ayat lain yang luar biasa..hurm..

Sesungguhnya aku rasa seronok berblogging..dapat kawan - kawan baru yang best dan sporting..Dan paling best tak kedekut ilmu...menjadikan dunia blogging semakin menarik minat ku..
Ape - pun   korang memang best walaupun hanya kenal didunia maya...(^_^)
Terima kasih semua.....(^_^)



follower yang ke 50 ni satu-satunye kawan yang aku kenal...
pernah terjumpa,pernah bercakap,pernah bergaduh dengan beliau face to face...
 Setelah berkali-kali aku memaksanye akhirnye beliau buat blog jugak...hu...hu..
sila terjah blog beliau jika nak berkenalan....
nama blog beliau mempelamapple
 

Monday 4 April 2011

Tips Lajukan Broadband

Hari ini aku dapat belajar sedikit ilmu berkaitan broadband...Ape yang aku belajar...???hu..hu...seperti tajuk di atas "Tips untuk lajukan broadband".Ok ke tajuk tu..jika ada cadangan bolehla aku tukar tajuk yang lebih sesuai...(^_^)

Adela sedikit perubahan setelah buat tips ni walaupun tak berdesup macam roket tapi ia tetap memuaskan,daripada ia bergerak malu-malu seperti kura-kura...kan tak best langsung.Terutamanya untuk untuk para blogger.Sedikit tensen dengan keadaan itu...

sebelum

 selepas

Nak tahu siapa yang bagi tips ni beliau ialah inchik firdauskasim.Memang tak kedekut ilmu dia ni tau...Nak tahu lagi tips-tips menarik klik laju-laju ke link beliau yang dah bertukar domain menjadi firdauskasim.com.Ha..ha..jangan segan-segan bertanya pasti akan dijawap soalan anda dengan lajunya...

okey nak tahu apa tipsnya sila baca dengan teliti dan penuh perihatin tips di bawah ni ye....
  • sebelum online connect dulu broadband..
  • klik butang start menu taip huruf  CMD
  • akan keluar kotak hitam taip ipconfig/all dah taip tekan enter
  • untuk melihat no ip anda boleh klik di sini
  • cari IP  adress salin ke notepad
  • scroll ke bawah cari perkataan user 
  • taip ping no IP  (ping dan no IP jarakkan)contohnya ping 12.123.12.123  taip selepas user tekan enter jika ada perubahan (bertambah tulisan berkaitan ping tadi) bermakna misi anda sudah berjaya...(^_^)
  • jangkah tutup kotak hitam biarkan ia berada didesktop atau minimize kan kotak hitam tu selagi anda masih online....
*(PERHATIAN : IP BROADBAND INI SENTIASA BERUBAH-UBAH MENGIKUT TEMPAT, MASA DAN KEADAAN. JADI, SETIAP KALI ANDA SAMBUNG BROADBAND ANDA, ANDA KENA PASTIKAN IP ANDA DAHULU)

*Anda perlu setting seperti step diatas setiap kali nak menggunakan broadband
p/s : sila beri tunjuk ajar jika ada sebarang kesilapan... (^_^)

Resepi : Kari ikan Style Mamak (tanpa santan)

Resepi ini resepi kegemaran aku..hurm sedap sangat...Kari ikan ni tak perlukan santan dan rasa masam seperti asam pedas...sesuai untuk orang mengandung yang loya tekak ataupun penggemar masakan jenis masam-masam seperti tomyam,asam pedas dan tempoyak..(semua ni aku suka..hu..hu..)Resepi ni memang aku tak pernah jemu..(^_^)

Resepi ini juga sesuai untuk diet sebab ia kurang penggunaan kolestrol dan berempah.... Kari ni sesuai sangat dimakan bersama keropok popedam...(betul ke ejaan ni..macam salah eja je..)Kalau nak tahu sebelum ni ade seseorang yang aku kenal beliau kata tak suka makan kari tapi bila aku masak kari dengan resepi ni...ha..ha..jangan tak tahu tiga kali beliau tambah tau....(^_^)

Jom cuba resepi ni...rugi tak cuba tau...(^_^)


Bahan -bahan :
3 ekor ikan kerisi (dipotong dua) resepi untuk 6 orang pun boleh....(^_^)
13 batang kacang bendi
3 biji tomato di belah empat

Bahan bahan untuk menumis :
2 tangkai daun kari
3 ulas bawang putih ditumbuk
1 ulas bawang besar dihiris bulat
1 keping asam gelugur (ikut suka)
1 biji bunga lawang
1 biji buah pelaga
3 biji bunga cengkih
1 batang kayu manis
3 sudu besar serbuk kari ikan adabi (i paket kecil serbuk kari ikan)
5 cawan air (ikut suka)
garam secukup rasa

Mula memasak :
-Panaskan kuali masukkan 5 sudu minyak (ikut suka)...setelah minyak dah panas masukkan rempah buah pelaga,kayu manis,bunga lawang dan bunga cengkih.
-Dah wangi masukkan pulak bawang putih yang telah ditumbuk lumat.Tumis hingga kekuningan.
-Masukkan serbuk kari dan tambah sedikit air.Jangan biar kering takut hangus pulak nanti..(^_^)
-Kacau-kacau..kemudian masukkan bawang besar yang dihiris...kacau-kacau lagi sehingga air kering.
-Masukkan pula 5 cawan air biarkan mendidih masukkan asam gelugur,kacang bendi dan tomato...lebih kurang 3 minit masukkan pula ikan...
-Tutup kuali dengan tudung kuali atau tudung periuk...jangan guna tudung saji atau tudung kepala okey..hi..hi...biar selama 3 minit...dan tutup api...
-Boleh di hidang terus...

p/s : selepas memasak masakan yang ada sayur  jangan biarkan periuk atau kuali bertutup dengan tudungnya apatah lagi dibiar bertenggek ditas dapur yang masih panas...sayur akan menjadi lembik dan layu...(^_^)

Sunday 3 April 2011

Interior Design : Koleksi Merah Jambu Yang Mendebarkan

Interior design kali ni aku pilih warna merah jambu.Kali ini diatas permintaan seorang gadis cute bernama Eja (kiawai cute)...Sebenarnyea bila tengok design-design ni aku rasa seperti nak belot pulak dengan warna hijau...Pink memang sangat comel..comel kan..

Merah jambu memang dah sinonim dengan gadis-gadis dan juga tak ketinggalan para wanita yang sudah bergelar ibu...seperti ada tarikan nya yang tersendiri..betul tak

Tapi percayalah klu di waktu tengahari yang panas terik kebetulan kebetulan pulak anda terlihat sebuah rumah berwarna merah jambu...tiba-tiba mesti rasa haus sebab rumah tu seperti berubah jadi ais bandung atau ABC....betul tak..he..he..itulah juga salah satu tarikan merah jambu...

Jom layan gambar ni...manalah tahu anda terus tertarik dan mendapat idea untuk mereka hiasan dalaman idaman anda...hu..hu..(^_^)


Ruang tamu


Untuk lihat gambar seterusnya sila scroll gadget ke bawah ye...Banyak lagi design menarik untuk bilik tidur,ruang makan,dapur dan bilik air....jangan malu-malu tiada sesiapa yang memerhatikan....hu..hu..

Bilik tidur dewasa



Bilik tidur remaja



Bilik tidur kanak - kanak



Ruang makan dan dapur

yang ini set meja makan untuk si comel tau..(^_^)


Ruang dapur




Bilik air






Comel kan interior design...hu..hu..sesiapa yang berminat bolehlah menukar design dalaman rumah anda dengan warna merah jambu...(^_^)
(For Eja o.k tak...complete ni .hu..hu..)

Image from google

"ku menatap dalam kelam, tiada yang bisa ku lihat, selain hanya nama-Mu Ya Allah......Esok ataukah nanti, ampuni semua salahku, lindungi aku dari segala fitnah. Kau tempatku meminta, kau beriku bahagia, jadikan aku selamanya..hamba-Mu yang selalu bertakwa. Ampuniku Ya Allah, yang sering melupakan-Mu, saat Kau limpahkan kurnia-Mu, dalam sunyi aku bersujud......pada-MU"